Megat Panjialam

. إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الَّذِينَ يُقَاتِلُونَ فِي سَبِيلِهِ صَفّاً كَأَنَّهُم بُنيَانٌ مَّرْصُوص 61.4. Sesungguhnya Allah menyukai orang yang berperang dijalan-Nya dalam barisan yang teratur seakan-akan mereka seperti suatu bangunan yang tersusun kokoh.

Saturday, January 6, 2018

Pergunakan Perkataan 'RAKYAT' Untuk Realisasikan Agenda Jahat Sendiri?

Perkataan "'Rakyat' Disalahguna Pembangkang Demi Merealisasikan Agenda Jahat Mereka

Pemimpin pembangkang sering berselindung di sebalik perkataan ‘rakyat’ dalam memperjuangkan kepentingan politik mereka.

Terbaharu, Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Nurul Izzah Anwar mempergunakan perkataan ‘rakyat’ sebanyak lima kali bagi membidas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR)

Beliau menggunakan perkataan ‘rakyat’ berulang kali sedangkan kenyataan yang beliau keluarkan hari ini jelas berkepentingan kepada parti pembangkang.

Berikut petikan penggunaan perkataan ‘rakyat’ oleh Nurul Izzah yang tidak berpuas hati dengan SPR:

1. “SPR diingatkan bahawasanya ‘rakyat‘ bukan sahaja memerhati, tetapi juga terlibat secara langsung dengan proaktif dalam PRU kali ini”

2. “Saya yakin, langkah ini mustahak bagi menjamin ketelusan SPR disemak oleh ‘rakyat‘”

3. “Bukankah SPR bertanggungjawab untuk melaksanakan pilihan raya secara adil dan saksama tidak kira apa jua pola pengundian yang berada dalam peti undi oleh ‘rakyat‘?”

4. “Tuntas, saya tegaskan ‘rakyat‘ dan NGO sama-sama mengambil peranan dalam meningkatkan pengetahuan kependidikan pilihan raya”

5. “Saya juga mendesak Pengerusi SPR tampil dengan jawapan yang berpihak kepada `rakyat‘ jelata”

Nurul Izzah merupakan anak Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang sedang menjalani hukuman penjara lima tahun selepas mahkamah mendapati dia terlibat dalam perbuatan liwat seorang lelaki lain.

Ahli Parlimen Lembah Pantai itu juga sering dikritik ramai netizen tempatan kerana amat jarang turun padang meninjau masalah ‘rakyat’ marhaen di kawasannya sendiri berbanding pihak UMNO.

Malahan nama parti beliau itu turut disindir penganalisis politik kerana bukan berjuang untuk ‘rakyat’ tetapi diwujudkan khas untuk membela nasib bapanya yang terpalit isu moral.

No comments :

DISCLAIMER

Blog ini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian blog ini. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Penulis tidak memaksa anda memasuki blog ini dan tidak akan bertanggungjawab jika ada yang tercedera atau tersinggung emosi, atau disaman jika melanggar akta mesin cetak dan lain-lain undang-undang yang berkaitan. Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.