Megat Panjialam

. إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الَّذِينَ يُقَاتِلُونَ فِي سَبِيلِهِ صَفّاً كَأَنَّهُم بُنيَانٌ مَّرْصُوص 61.4. Sesungguhnya Allah menyukai orang yang berperang dijalan-Nya dalam barisan yang teratur seakan-akan mereka seperti suatu bangunan yang tersusun kokoh.

Wednesday, March 19, 2014

ROS Masih Menyiasat Keputusan Pemilihan Semula DAP 2013 - KDN.

ROS Masih Menyiasat Keputusan Pemilihan Semula DAP 2013 - KDN.


2014: Penerbangan Malaysia Airlines 370

Jet penumpang Boeing 777 penerbangan MH370 telah hilang awal pagi Sabtu, 7 Mac lepas, sejam setelah memulakan penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing. Tidak ada isyarat kecemasan yang dikeluarkan sebelum ia hilang di antara perairan Malaysia dan Vietnam. Pasukan mencari dari pelbagai negara sedang menjejak pesawat tersebut, tetapi buat masa ini, ia gagal dikesan. Misteri tentang nasib pesawat MH370 dan 239 orang di dalamnya mengejutkan pegawai kerajaaan dan pakar penerbangan.


 
Anggota krew kapal frigat Brazil, Constituicao menemui cebisan pesawat Air France 447 yang terbang di Atlantik pada Jun 2009.


2009: Air France Penerbangan 447

Pesawat jenis Airbus A330 berlepas dari Rio De Janeiro ke Paris pada 31 Mei 2009. Beberapa jam kemudian, semasa menyeberangi lautan Atlantik dalam keadaan cuaca yang buruk, ia memberitahu pusat kawalan tentang kedudukan terkininya.

Itu ialah perhubungan terakhir pesawat itu dengan pusat kawalan. Posisi terakhirnya mengambil masa dua hingga empat jam untuk didekati dari pelabuhan terdekat, dan kedalaman laut tersebut menyukarkan proses pencarian.

Hampir dua tahun berlalu sehingga sebahagian besar bangkai pesawat ditemui, dan majoriti mayat serta rakaman suara dan data turut ditemui. Semua 228 orang dalam pesawat disahkan terbunuh.

Pada tahun 2012, pihak berkuasa Perancis mengumumkan bahawa kristal ais yang berfungsi menentukan kelajuan udara pesawat itu telah menyebabkan mod autopilot terputus. Pesawat itu kemudiannya terhempas ke dalam laut.

Rakaman dari kotak hitam mengisyaratkan yang berlaku kesilapan apabila pembantu juruterbang 1 dan pembantu juruterbang 2 membuat keputusan-keputusan tertentu yang menyebabkan keadaan lebih buruk untuk pesawat tersebut selepas mod autopilot dinyahaktifkan. Semasa itu juruterbang sedang berehat dalam masa yang diperuntukkan kepada beliau. Kesemua yang berada dalam kokpit hanya menyedari pesawat itu akan terhempas 10 saat sebelum ia berlaku.

2003: Boeing 727

11 tahun lepas, sebuah pesawat Boeing 727 hilang di ibu kota Luanda, Angolan.

Pesawat itu berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Quatro de Fevereiro pada 25 Mei 2003 untuk ke Burkina Faso. Ia berlepas dengan lampu yang tidak menyala dan transponder yang tidak berfungsi.

Ada beberapa laporan yang bercanggah tentang jumlah penumpang dalam pesawat, tetapi jurutera Ben Charles Padilla dipercayai berada dalam pesawat tersebut. Sesetengah laporan mendakwa dia terbang seorang diri, manakala beberapa laporan lain memberitahu terdapat tiga orang dalam pesawat itu.

Tidak ada apa-apa khabar berita tentang apa yang telah terjadi kepada pesawat itu selepas itu. Lokasinya tidak diketahui hingga ke hari ini.

 

Wakil media mengambil gambar apa yang berkemungkinan serpihan pesawat penerbangan 990 Egypt Air di Nantucket, Massachusetts pada November 1999.

1999: EgyptAir Penerbangan 990

15 tahun dulu, penerbangan 990 EgyptAir terjunam, pada jarak 14,000 kaki dalam masa 36 saat.

Jet 767 itu dalam perjalanan dari Kaherah ke bandaraya New York, terhempas ke Lautan Atlantik berdekatan pantai Massachusetts.

Walaupun serpihannya ditemui, masih terdapat spekulasi tentang punca sebenar kejadian tersebut, yang menyebabkan 217 orang yang menaiki pesawat itu pada Oktober 1999 terbunuh.

Pelbagai teori termasuk juruterbang dan pembantu juruterbang membunuh diri, juga terdapat kisah yang tidak dapat diakui kesahihannya tentang pertengkaran untuk mengawal pesawat di kokpit antara juruterbang dan pembantunya. Mesir pula memberitahu ia kerana kegagalan mekanikal.



Bahagian sayap Penerbangan 800 TWA terapung di Lautan Atlantik berdekatan Long Island, New York pada Julai 1996.

1996: Penerbangan 800 TWA

Pesawat yang dalam perjalanan ke Paris meletup di udara sejurus selepas berlepas di bandaraya New York, dan menyebabkan kesemua 230 orang dalam pesawat terbunuh.

Saksi mendakwa mereka menyaksikan lingkaran cahaya dan bola api, menyebabkan ada yang curiga bahawa pesawat itu dibedil oleh pengganas dengan roket. Ada yang mendakwa peluru berpandu dan meteor.

Lembaga Keselamatan Pengangkutan Nasional (NTSB) memutuskan yang letupan tersebut ialah disebabkan litar pintas elektrik yang meletupkan tangki bahan api dan seterusnya memusnahkan pesawat tersebut sehingga menjadi cebisan kecil di perairan Long Island.

Walaupun diberi penerangan sebegitu, masih wujud teori konspirasi tentang pembabitan kerajaan dalam insiden tersebut.

1947: British Stardust

67 tahun lepas, sebuah pesawat British lenyap di banjaran Andes setelah berlepas dari Buenos Aires ke Chile.

Setelah pencarian pesawat yang diberi nama Stardust itu tidak berhasil selama 50 tahun, teori konspirasi mula muncul, antaranya tentang makhluk asing, dan semua ini terbukti tidak benar apabila bangkai pesawat itu ditemui tertanam dalam bongkah glasier. Kejadian itu berlaku pada 2 Ogos 1947 dan membunuh 11 orang dalam pesawat, seperti laporan BBC.

Mesej terakhir dari Stardust dalam bentuk kod Morse ialah perkataan ‘STENDEC’. Walaupun setelah beberapa dekad, maksud perkataan tersebut masih misteri.


Anggota tentera laut bergambar di harapan Penerbangan 19 yang lenyap pada tahun 1945.

1945: Para tentera laut pengebom di Penerbangan 19 (Segitiga Bermuda)

Penerbangan 19 tidak merujuk kepada satu pesawat, sebaliknya lima orang tentera laut pengebom yang hilang di pantai Florida pada 5 Disember 1945.

Seorang jurulatih penerbangan memandu pesawat itu, yang turut membawa juruterbang-juruterbang berkelayakan dalam penerbangan selama 350 hingga 400 jam, menurut Sejarah Tentera Laut dan Arahan Warisan US.

Transmisi radio menunjukkan yang jurulatih itu sesat kerana kompas tidak berfungsi. Hubungan radio juga putus sebelum masalah yang sebenar dikenal pasti, dan kehilangan pesawat tersebut tidak meninggalkan sebarang jejak.

Menambah misteri, pesawat yang ditugaskan untuk mencari Penerbangan 19 juga hilang lenyap. Pesawat patrol itu, yang berlepas keesokan harinya, tidak pernah dilihat atau didengar lagi.

Penerbangan 19 dilaporkan kali terakhir berada di satu kawasan yang secara tidak rasmi dikenali sebagai Segitiga Bermuda.

 

Pesawat P-40 Kittyhawk tentera udara diraja British di gurun Sahara. Pesawat itu terhempas pada 28 Jun 1942 dan ditemui pada 2012

1942: Jet Pejuang British

Sebuah pesawat pejuang tentera udara diraja British terhempas di kasawan gurun Sahara Mesir pada 29 Jun 1942.

Tidak ada sebarang berita didengari tentang juruterbang pesawat itu selepas itu, dan pesawat P-40 Kittyhawk yang dipandunya dianggap hilang buat selamanya.

Bagaimanapun, dua tahun lepas, seorang pekerja syarikat minyak menemui bangkai pesawat itu. Apa yang mengejutkan, pesawat itu ditemui dalam keadaan baik, dengan keadaan sayap, ekor dan instrumen kokpit masih terbina.

Di masa itu, menurut pakar, pesawat terbang dengan kelengkapan yang sangat asas, jadi peluang untuk juruterbang untuk terselamat ialah tipis.

 

Dalam sebuah gambar yang diambil pada tahun 1930-an, Amelia Earheart melihat keluar menerusi tingkap kokpit pesawatnya.

1937: Amelia Earhart

Kehilangan Amelia Earheart berkemungkinan merupakan misteri paling terkenal kehilangan pesawat yang tidak dapat diselesaikan.

Juruterbang yang mencipta sejarah itu berada dalam penerbangan yang paling bercita-cita tinggi untuknya, iaitu untuk menjadi wanita pertama terbang mengelilingi dunia.

Pada tahun 1937, dia terbang dengan pesawat miliknya Lockheed Elektra, yang mempunyai enjin berkembar. Dengan baki penerbangan sejauh 7, 000 batu, dia cuba mendarat di Pulau Howland di tengah lautan Pasifik.

Menurut biografi Earheart, transmisi radio beliau menjadi tidak jelas di situ, dan laporan terakhir yang dibuat olehnya ialah, “kami terbang utara dan selatan”.

Setelah menbelanjakan USD 4 juta dan pencarian sejauh 250, 000 batu persegi di lautan pasifik, Amerika Syarikat membatalkan pencarian.


Pelbagai teori wujud hari ini tentang kehilangannya, namun nasibnya dan pemandu arah yang terbang bersamanya, Fred Noonan, tidak diketahui. 

Sumber asal CNN

No comments :

DISCLAIMER

Blog ini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian blog ini. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Penulis tidak memaksa anda memasuki blog ini dan tidak akan bertanggungjawab jika ada yang tercedera atau tersinggung emosi, atau disaman jika melanggar akta mesin cetak dan lain-lain undang-undang yang berkaitan. Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.