SEJAK dari
awal insiden pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 berlaku, agensi
berita CNN kerap membuat laporan yang tidak tepat serta menuduh
Malaysia dengan beberapa dakwaan yang mengarut dan melampau.
Antaranya
ialah menuduh Malaysia bukan satu sumber maklumat yang rasmi selain
mendakwa kerajaan sedang menutup malu berkenaan kehilangan pesawat
itu dengan memutarbelitkan fakta.
Hari
ini membuka pekung CNN yang tidaklah sehebat mana
melaporkan berita terbuka kerana pengetahuan mereka mengenai Malaysia juga
masih tidak lengkap.
Dalam
satu laporan eksklusif CNN berkaitan misteri kehilangan pesawat
MH370, lokasi lintas langsung wartawan CNN dilihat tertera sebagai
Kuala Lumpur, Indonesia.
Kesalahan
sebegitu rupa sememangnya dilihat sebagai satu kegagalan yang teruk
oleh sebuah stesen berita lebih-lebih lagi yang mempunyai reputasi
tinggi seperti CNN.
Pengguna
Facebook di Malaysia yang mengesan kesilapan itu menyebarkannya di
laman sosial berkenaan sebagai mengecam tindakan CNN membuat pelbagai
dakwaan tidak berasas bertujuan menjejaskan prestij Malaysia di
peringkat antarabangsa.
Biarpun
bijak dalam memutarbelitkan berita dan juga mereka cerita sensasi
bagi peminat setia berita mereka, tetapi dari segi ilmu yang senang
sebegitu pun mereka boleh tersilap dan ia amat memalukan.
No comments :
Post a Comment