Megat Panjialam

. إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الَّذِينَ يُقَاتِلُونَ فِي سَبِيلِهِ صَفّاً كَأَنَّهُم بُنيَانٌ مَّرْصُوص 61.4. Sesungguhnya Allah menyukai orang yang berperang dijalan-Nya dalam barisan yang teratur seakan-akan mereka seperti suatu bangunan yang tersusun kokoh.

Monday, March 3, 2014

PAS BERITAHU DUNIA TIDAK BOLEH DIAM DIRI APABILA ORANG KRISTIAN DI MALAYSIA TERUS DICERCA !!!

Jangan takut, wira PAS untuk orang-orang Kristian di sini ...  ~ ‘PAS won’t keep silent as Christiansbashed‘ (Malaysiakini, 1 March 2014)


Malaysiakini Mujahid
Datuk Dr. Mujahid Rawa dengan gahnya memaparkan artikel bertajuk ‘PAS Menangi Pujian Padri’ dalam pos terbarunya semalam. Artikel itu adalah berdasarkan kenyataan Mujahid di dalam sebuah gereja di Sungai Petani sejurus selepas solat Jumaat pada 28 Februari lalu. Kehadiran Mujahid di Gereja Christ the King di Sungai Petani itu merupakan kunjungan keduanya ke gereja untuk berdialog mengenai agama.


Dalam kenyataannya, Mujahid menegaskan bahawa PAS tidak boleh berdiam diri apabila orang Kristian di Malaysia terus dicerca.

Artikel di beberapa portal dan blog pembangkang turut membawa tajuk yang sama iaitu “PAS Will Not Keep Silent As Christians Bashed”. Antara kandungan artikel-artikel tersebut adalah puji-pujian orang-orang Kristian terhadap Mujahid atas mesejnya yang jelas membenarkan Kristian menggunakan nama ‘Allah’

Datuk Dr. Mujahid Rawa dengan gahnya memaparkan artikel bertajuk ‘PAS Menangi Pujian Padri’ dalam pos terbarunya semalam. Artikel itu adalah berdasarkan kenyataan Mujahid di dalam sebuah gereja di Sungai Petani sejurus selepas solat Jumaat pada 28 Februari lalu. Kehadiran Mujahid di Gereja Christ the King di Sungai Petani itu merupakan kunjungan keduanya ke gereja untuk berdialog mengenai agama.

Dalam kenyataannya, Mujahid menegaskan bahawa PAS tidak boleh berdiam diri apabila orang Kristian di Malaysia terus dicerca.

Artikel di beberapa portal dan blog pembangkang turut membawa tajuk yang sama iaitu “PAS Will Not Keep Silent As Christians Bashed”. Antara kandungan artikel-artikel tersebut adalah puji-pujian orang-orang Kristian terhadap Mujahid atas mesejnya yang jelas membenarkan Kristian menggunakan nama ‘Allah’.

Nampaknya, pendirian PAS mengenai kalimah Allah masih belum jelas. Beberapa tahun lepas, PAS begitu beria-ia menempelak UMNO kerana menghalang penyebaran Injil berbahasa Melayu di semenanjung. Menurut PAS, UMNO gagal mengamalkan toleransi agama kerana menghalang orang-orang Kristian berdakwah. Untuk itu, PAS berdiri teguh di belakang, dan kadangkala di hadapan DAP dan Padri-padri Kristian, mengutuk UMNO.

Apabila isu ini kembali hangat di mahkamah, pendirian PAS mengenainya mula berubah-rubah dan berbeza-beza antara satu pemimpin dengan pemimpin lain. Isu Kalimah ‘Allah’ di dalam Injil kemudiannya semakin hangat ekoran pihak gereja mengambil sikap degil enggan akur dengan perintah mahkamah yang menghalang penggunaan nama Allah bagi menggantikan ‘Tuhan’ di dalam Injil berbahasa Melayu di semenanjung. Serbuan JAIS ke gereja yang terlibat menjadikan api yang sebelumnya bersifat setempat, mula merebak.
Perlu diingatkan bahawa setahun yang lalu, iaitu pada 1 Mac 2013, Nik Aziz dilaporkan bersetuju Kristian menggunakan kalimah ‘Allah’ di dalam Injil. Pendirian Nik Aziz pada waktu itu mendapat pujian dari Bishop Dr. Paul Tan Chee dalam menyatakan kekesalan beliau terhadap Tuan Ibrahim Tuan Man yang mengambil pendirian bertentangan.

Bagaimanapun, pada 25 Januari tahun ini, kenyataan Nik Aziz mengenai isu ini berbeza pula. Kali ini, beliau tidak setuju Kristian menggunakan nama ‘Allah’ di dalam Injil berbahasa Melayu.
Alhamdulillah, setakat ini, Nik Aziz belum lagi membuat sebarang pusingan U atau membelok ke mana-mana dalam memperkatakan isu ini.
Justeru, bolehlah dianggap bahawa Nik Aziz turut bersetuju dengan UMNO dan mahkamah bahawa Kristian tidak boleh menggunakan kalimah ‘Allah’ di dalam Injil berbahasa Melayu.

Malangnya, nampaknya kenyataan Nik Aziz sudah tidak laku lagi walaupun di kalangan pemimpin bawahan PAS sendiri. Jika tidak, mana mungkin Mujahid berani ke hulu ke hilir membela Kristian menggunakan nama ‘Allah’ di dalam Injil.
Malah, untuk tujuan itu, Mujahid bukan saja ‘rajin’ ke gereja, malah beliau turut tampil menjadi barisan hadapan untuk membela dan mempertahankan Kristian bermati-matian. Mujahid sungguh-sungguh tidak rela Kristian ‘dicerca’.

Pelik sekali kerana Mujahid tidak pula tampil membela Islam sedemikian rupa apabila Namewee mempermainkan azan, ataupun Alvivi menghina Ramadan. Mujahid juga tidak peduli jika pemimpin-pemimpin DAP menyalahgunakan ayat-ayat Al-Quran bagi mengaut keuntungan politik di kalangan orang-orang PAS. Mujahid juga tidak kisah jika tentera siber DAP menghina Rasulullah SAW dan juga Allah SWT sesuka hati mereka.

Mungkin bagi Mujahid, biar Islam dicerca, tetapi Kristian jangan sekali. 

No comments :

DISCLAIMER

Blog ini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian blog ini. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Penulis tidak memaksa anda memasuki blog ini dan tidak akan bertanggungjawab jika ada yang tercedera atau tersinggung emosi, atau disaman jika melanggar akta mesin cetak dan lain-lain undang-undang yang berkaitan. Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.