Megat Panjialam

. إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الَّذِينَ يُقَاتِلُونَ فِي سَبِيلِهِ صَفّاً كَأَنَّهُم بُنيَانٌ مَّرْصُوص 61.4. Sesungguhnya Allah menyukai orang yang berperang dijalan-Nya dalam barisan yang teratur seakan-akan mereka seperti suatu bangunan yang tersusun kokoh.

Wednesday, March 26, 2014

Memintas Pesawat Tidak Dikenali di waktu aman. NON ARRIPIENT VIAM, AIR INTERCEPTION EXPLAINED


Memintas pesawat tak dikenali semasa aman sangat berbeza dengan pemintasan dalam keadaan perang. Terdapat pelbagai sebab berlakunya pemintasan antaranya:
(a) mengenal pasti sebuah pesawat tak dikenali;
(b) memantau (tracking) sebuah pesawat tak dikenali;
(c) memeriksa pesawat tak dikenali;
(d) mengalihkan arah (divert) pesawat tak dikenali;
(e) mewujudkan komunikasi dengan kapal terbang tak dikenali.
Dalam situasi pemintasan, pesawat pejuang hanya perlu mengenalpasti jenis pesawat melainkan maklumat2 tertentu diperlukan seperti nombor siri dan sebagainya. Dalam mana2 situasi krew pesawat pejuang akan mengambil langkah berjaga2 supaya tidak mengejutkan krew pesawat yg di pintas.


Semua pilot didunia tau bagaimana nak bawa diri jika di pintas oleh pesawat pejuang. Sama ada masa tu mereka melakukan navigation error atau pun mereka tu perampas, mereka memahami prosedur jika di pintas. Aviator memahami jika mereka melakukan kesilapan dan enggan bekerjasama pesawat pejuang pemintas berhak bertindak dengan kekerasan.
refer gambar


1. Fasa satu ialah fasa merapat

Di waktu aman (maknanya bukan waktu perang) pesawat yang di pintas akan didekati dari belakang.. istilah aviasinya ialah stern. Gohed (kedepan) Gostern (kebelakang) Apapun dua pesawat pemintas akan di gunakan untuk melakukan pengecaman. .. dan kebetulan saya meminati Su-30MKM maka MKM lah ia... Flight leader dan wingman akan koordinasi kedudukan mereka berpandukan arahan ground controler. Jarak selamat antara pesawat di tekankan dengan serius. 

2. Fasa dua - Fasa Pengecaman



Merapat dengan lembut. Seperti merapat isteri di malam juumaat. Tujuannya supaya pesawat yang di pintas tidak terkejut. Pada ketika ini pesawat yang dipintas sepatutnya dah perasan Su-30MKM yang merapati beliau. Wingman pula akan stay di belakang memerhati mana-mama yang patut. 

Seperti yang saya tulis di atas, pengecaman jenis pesawat sahaja di lakukan, ini bagi memastikan pesawat itu memang pesawat awam.. al maklum banyak pesawat militari bentuk sama dengan pesawat awan semenjak dua menjak ni.

3. Fasa Tiga - Fasa Pasca Pemintasan (maaf ini bing translate punya hal istilah betul dia ntah)


Sebaik sahaja flight leader berjaya melakukan pengecaman, beliau akan menjauhkan diri sedikit dari pesawat tersebut, lalu berlakulah dialog antara flight leader dengan ground controller bagi memastikan apa tindakan seterusnya yang perlu di lakukan. OK. perkara seterusnya susah nak explain sebab ia subjektif. Biasanya pesawat yang di pintas tak melakukan salah apa pun.. jadi biasanya tiada apa2 terjadi lah kan.

Apapun pilot pesawat yang di pintas, tak kiralah beliau tu baik ke atau tidak MESTI mematuhi arahan yang di berikan oleh pemintas, dan MESTI respon secara visual kepada pesawat pemintas. Komunikasi radio di buat antara pesawat yg di pintas dengan ground controller atau air traffic unit yang ada. Dalam situasi ini ground controller lah. Beliau akan berkomunikasi mengenai tindakan yang perlu di ambil, jika berlaku kecemasan dan sebagainya. 

Mengapa tetiba tulis artikel ni.. tak ke ni membocorkan rahsia negara? kenapa tak hantar jet gi syria?
Waklu ni standard prosedur lah beb

Soalan2 terpilih dari FB


Sebenarnya sangat susah nak menyamar didalam koridor pesawat awam... sebab anda boleh di kesan oleh pesawat lain. Jadual penerbangan dan waktu penerbangan di ketahui oleh ground controller. Melainkan pesawat musuh tu shadow bawah pesawat awam macam dalam filem yang you and i tgk tu.


Pesawat awam yang terkeluar dari koridor2 penerbangan komersial akan terus di pintas.


Motif orang jahat ni kita sukar nak tau. 


Jamming ni biasanya berlaku semasa perang. Tapi kalau sewaktu awam memang pelik kalau di buat. Tapi memang peristiwa tahap cerita james bond lah.

Akhir kata jika nampak situasi mcm ni semasa anda membawa pesawat ke mana-mana pulau.. sila patuhi brader yang sedang lambai tu.

"NON ARRIPIENT VIAM " 

Sumber

No comments :

DISCLAIMER

Blog ini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian blog ini. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Penulis tidak memaksa anda memasuki blog ini dan tidak akan bertanggungjawab jika ada yang tercedera atau tersinggung emosi, atau disaman jika melanggar akta mesin cetak dan lain-lain undang-undang yang berkaitan. Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.