Megat Panjialam

. إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الَّذِينَ يُقَاتِلُونَ فِي سَبِيلِهِ صَفّاً كَأَنَّهُم بُنيَانٌ مَّرْصُوص 61.4. Sesungguhnya Allah menyukai orang yang berperang dijalan-Nya dalam barisan yang teratur seakan-akan mereka seperti suatu bangunan yang tersusun kokoh.

Saturday, March 8, 2014

HASUT MERUSUH, TAK DILAYAN, BELA ANWAR KENA GELAK BALIK, AKHIRNYA CIPTA TEORI KONSPIRASI MH370 ANGKARA UMNO!!!


Itulah sebenarnya tahap dan mentaliti otak pecacai Pakatan Rakyat, khususnya penjilat dan pemercaya Anwar Ibrahim.

Sudahlah mereka sendiri tidak boleh menjawab bagaimana air mani Anwar Ibrahim boleh masuk ke dalam punggung Saiful bagi membenarkan teori mereka, kononnya Najib dan Rosmah Mansor terlibat dalam konspirasi memenjarakan Anwar Ibrahim kerana meliwat, sekarang mereka terpaksa pula mencipta satu teori lain yang tidak kurang TAHAP BANGANGNYA.

Insiden kehilangan pesawat MAS MH370 bersama 273 penumpang dan 12 orang anak kapal masih lagi menjadi berita hangat di seluruh dunia, dan usaha-usaha mencari serta mengesan sedang diperhebatkan dengan bantuan membabitkan beberapa buah negara dan agensi ketenteraan dan maritim.

Namun, para pecacai dan penjilat Anwar Ibrahim sekadar mampu berfikir di sekitar Anwar Ibrahim sahaja. Apa-apa yang mereka fikirkan, hanyalah tentang Anwar Ibrahim.

Bayangkanlah betapa bangangnya mereka ini apabila menjadikan insiden yang paling menggemparkan Malaysia pada 2014 itu sebagai satu bahan konspirasi.

Kata mereka, kehilangan pesawat tersebut hanyalah sebahagian daripada helah UMNO untuk mengurangkan kehangatan dan ketegangan selepas Anwar Ibrahim dijatuhi hukuman penjara selama lima tahun oleh Mahkamah Rayuan kerana kesalahan meliwat. Pada Disember 2012, Anwar telah dibebaskan oleh Mahkamah Tinggi atas tuduhan yang sama kerana kesilapan teknikal. Si pengadu, Saiful Azlan Bukhari kemudiannya membuat rayuan dan peguam Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah menawarkan diri untuk membantu Saiful Bukhari Azlan dalam kes rayuannya.

Anwar Ibrahim dan barisan peguamnya serta-merta menjadikan isu Shafee Abdullah sebagai isu besar dan cuba menangguhkan prosiding di Mahkamah Rayuan beberapa kali dengan alasan Shafee Abdullah bukannya Peguam Negara. Peruntukan undang-undang bagaimanapun, membenarkan Shafee menjadi pendakwaraya bagi kes berkenaan.
                                                             
Label 'Peguam UMNO' yang diberikan kepada Muhammad Shafee juga digembar-gemburkan walaupun kesemua peguam yang mewakili Anwar Ibrahim adalah para pemimpin tertinggi PKR dan DAP manakala Muhammad Shafee seperti yang diketahui, tidak mempunyai sebarang pegangan dan kepentingan dalam UMNO.

Keputusan telah dibuat, Anwar telah didapati bersalah. Keputusan Hakim Mahkamah Tinggi tahun 2012 yang membebaskan Anwar Ibrahim setelah proses perundangan tertangguh sebanyak 63 kali, telah diterbalikkan.

Kini para pecacainya meroyan sakan. Mereka akan menjadikan apa-apa sahaja isu sebagai cara untuk membela Anwar Ibrahim sungguhpun mereka tahu, mereka akan kelihatan bodoh, bahlol dan tongong sepertimana yang terbukti dalam kenyataan-kenyataan yang dikeluarkan di Facebook.


No comments :

DISCLAIMER

Blog ini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian blog ini. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Penulis tidak memaksa anda memasuki blog ini dan tidak akan bertanggungjawab jika ada yang tercedera atau tersinggung emosi, atau disaman jika melanggar akta mesin cetak dan lain-lain undang-undang yang berkaitan. Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.