Megat Panjialam

. إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الَّذِينَ يُقَاتِلُونَ فِي سَبِيلِهِ صَفّاً كَأَنَّهُم بُنيَانٌ مَّرْصُوص 61.4. Sesungguhnya Allah menyukai orang yang berperang dijalan-Nya dalam barisan yang teratur seakan-akan mereka seperti suatu bangunan yang tersusun kokoh.

Sunday, March 9, 2014

Rahsia Peguam Kanan Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah



Saya mendapati pasukan peguam DS Anwar Ibrahim (Anwar) yang diketuai oleh peguam berpengalaman Karpal Singh telah melakukan yang terbaik untuk membela Anwar sejak sekian lama. Sudah tentu kos guaman sangat tinggi.

Namun begitu, kekalahan pasukan paling berpengalaman itu amat mengejutkan selepas mereka menang banyak kali kes membabitkan Anwar sebelum ini. Kini, baharulah semua orang faham kenapa Anwar bermati-matian mahu menghalang Peguam Kanan Tan Sri Shafee Abdullah (TS Shafee).
Beberapa tahun yang lalu semasa bertugas, saya sering hadir dalam sesi press conference dan seminar perundangan di mana TS Shafee membuat ulasan dan academic talk tentang beberapa isu semasa. Beliau seorang yang humble, biasa-biasa saja dan saya anggap beliau peguam mesra rakyat.
Ketika menunaikan ibadah Haji pada tahun 2012, saya bertemu lagi dengan TS Shafee di Lapangan Terbang Jeddah. Beliau bersama anak lelakinya, dan kami berbual ringkas sahaja bersalam khabar berita. Seperti saya katakan tadi, beliau seorang yang humble dan mesra rakyat di mana beliau tidaklah seperti orang ternama lain yang sukar didekati.
TS Shafee dan Anwar bukanlah musuh peribadi, mereka rakan semasa di tingkatan 6 dahulu. Sama seperti Karpal Singh, sebelum tahun 1998 Karpal Singh banyak kali menuduh Anwar macam-macam, namun selepas 1998 Karpal pusing memihak kepada Anwar. Seperti kata Tun Dr. Mahathir, di dalam politik tiada kawan yang kekal dan tiada musuh yang kekal.
TS Shafee adalah seorang peguam yang luar biasa, jika anda mempunyai kes dan memerlukan khidmat guaman atau nasehatnya, anda perlu bersedia bila-bila masa tidak kira masa makan, masa tidur atau di subuh hening.
Beliau umpama seorang penulis genre penerima Hadiah Nobel, ketika seorang penulis tetiba mendapat idea ianya perlu ditulis dengan segera sebelum idea itu hilang dalam visual minda kita. Begitu juga dengan TS Shafee, sekiranya beliau mempunyai sesuatu yang penting, bukti baharu, perkara baharu dan sekiranya ianya perlu berjumpa ketika pukul 2 pagi atau 3 pagi, anda mesti bersedia untuk berkejar jika beliau memanggil.
Itulah antara cara beliau bekerja, sangat komited dan teliti.
Semasa Anwar dibebaskan 6 tahun lalu, Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Mohamad Zabidin Mohd. Diah berkta Mahkamah tidak 100% pasti mengenai kewibawaan sampel yang diambil untuk ujian DNA daripada Mohd. Saiful kerana sampel tersebut telah dicemari sebelum ia tiba di Jabatan Kimia untuk dianalisis.
TS Shafee pula semasa berhujah bahawa tidak ada bukti sampel itu diusik kerana bungkusan itu masih tertutup (patri tidak rosak) meskipun diletak dalam sampul oleh pegawai penyiasat Jude Pereira.
Kedua, TS Shafee juga berhujah bahawa kredibiliti pakar asing pembelaan boleh dipertikai kerana memberi keteragan berdasarkan Buku Teks Manual sedangkan pakar Tempatan menganalisis sampel DNA daripada Mohd. Saiful.
Ketiga, TS Shafee juga menjelaskan bahawa rakaman CCTV menunjuk dengan jelas menunjukkan ketibaan dan kepulangan Anwar dan Saiful dalam premis tersebut.
Saya mendapati pasukan peguam Anwar gagal menjawab hujahan TS Shafee di atas dengan meyakinkan (seakan beyond reasonable doubt), malahan peguam berpengalaman Karpal Singh tidak membalasbantah hujahan-hujahan TS Shafee di atas. Sebaliknya Karpal Singh memohon penangguhan. Ketika itu, pasukan peguam Anwar dan Anwar sendiri kelihatan kelam-kabut, emosional, terjejas dan akhirnya Anwar sendiri meminta supaya perbicaraan diteruskan.
Akhirnya, Datuk Balia Yusuf Wahi yang mengetuai 3 panel Hakim sebulat suara membatalkan keputusan Mahkamah Tinggi 6 tahun lalu.

ULASAN PEJABAT PERDANA MENTERI

Hukuman penjara lima tahun ke atas Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana kesalahan meliwat bekas pembantunya Mohd. Saiful Bukhari Azlan, adalah keputusan Mahkamah Rayuan dan bukannya keputusan pihak kerajaan.
Pejabat Perdana Menteri dalam satu kenyataan yang dikeluarkan lewat petang ini menegaskan, Malaysia mempunyai sistem kehakiman yang bebas.
Hakim-hakim pula, katanya, akan mencapai keputusan mereka hanya setelah mempertimbangkan semua bukti yang ada dengan cara yang seimbang.
”Anwar dan barisan peguam belanya mempunyai hak untuk merayu keputusan hari ini ke Mahkamah Persekutuan.”
Kes tersebut membabitkan dua individu dan hanya melibatkan mahkamah dan bukannya pihak kerajaan.
”Oleh itu, demi menghormati proses undang-undang dan hak-hak mereka yang terlibat, adalah tidak wajar bagi kerajaan untuk mengulas lanjut mengenai perkara itu,” kata kenyataan tersebut.
Mahkamah Rayuan dalam keputusannya hari ini mendapati Anwar yang juga Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) bersalah meliwat Mohd. Saiful selepas membenarkan rayuan pihak pendakwaan ke atas pembebasannya. 

No comments :

DISCLAIMER

Blog ini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian blog ini. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Penulis tidak memaksa anda memasuki blog ini dan tidak akan bertanggungjawab jika ada yang tercedera atau tersinggung emosi, atau disaman jika melanggar akta mesin cetak dan lain-lain undang-undang yang berkaitan. Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.