Megat Panjialam

. إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الَّذِينَ يُقَاتِلُونَ فِي سَبِيلِهِ صَفّاً كَأَنَّهُم بُنيَانٌ مَّرْصُوص 61.4. Sesungguhnya Allah menyukai orang yang berperang dijalan-Nya dalam barisan yang teratur seakan-akan mereka seperti suatu bangunan yang tersusun kokoh.

Tuesday, March 4, 2014

Siapa sebenarnya “pelampau”, Najib boleh tolong sebutkan

Anwar Ibrahim mempertahankan lawatannya ke gereja Holy Family di Kajang bulan lalu, kata The Malaysian Insider dalam rencana semalam bertajuk ‘Saya ke gereja doakan Nabi Isa, kata Anwar‘.

Semasa berucap di gereja tersebut, Anwar telah berkata ada pihak tertentu kian mengeruhkan hubungan antara agama.

anwar gereja


Mengikut laporan TMI itu:
Katanya [Anwar], Putrajaya membenarkan suara kebencian, keganasan dan kemusnahan menenggelamkan mesej cinta keamanan dan keharmonian.
Mereka melempar bom ke dalam perkarangan gereja, tidak ada yang ditangkap. Mereka menawarkan ganjaran kepada orang ramai untuk menampar orang lain, namun, tiada tindakan diambil oleh pihak polis.
Dan mereka mengancam satu lagi kejadian 13 Mei dan sekali lagi orang-orang ini kebal daripada sebarang tindakan undang-undang,’ katanya disambut dengan tepukan.”
Para hadirin di gereja menyambut dengan tepukan gemuruh tuduhan Anwar bahawa kerajaan BN tidak berbuat apa-apa untuk mengekang “suara kebencian, keganasan dan kemusnahan”.


Guan Eng melawat gereja di Pulau Pinang yang diserang molotov cocktail
Lim Guan Eng melawat gereja di Pulau Pinang yang diserang molotov cocktail
Apabila Anwar mengungkit tentang ganjaran untuk menampar Teresa Kok beserta “ancaman” ulangan kejadian 13 Mei sebagai tindakan melampau, ia membayangkan bahawa ketua pembangkang itu mempercayai bahawa suara kebencian, keganasan dan kemusnahan adalah sinonim dengan suara orang Melayu-Islam.

Jadi tidak hairanlah kita apabila dakwaan-dakwaan Anwar disambut dengan tepukan gemuruh oleh hadirin di gereja Holy Family Kajang pada tempoh hari.

Maka dengan langkah Anwar  ini, ia lebih senang lagi bagi puak Kristian untuk mengadu kepada media antarabangsa bahawa mereka sedang dianiaya dan dizalimi di negara ini yang majoriti penduduknya adalah Muslim.


AhJibGorSelfie

Najib pun dua kali lima

Dalam pesanan ‘Rekonsiliasi Nasional’ yang dikeluarkan Najib Razak pada 25 Feb 2014, Perdana Menteri mengesyorkan agar rakyat “harus tidak menggalakkan penyebaran laporan-laporan tentang tindakan-tindakan kumpulan atau organisasi pelampau yang berkecenderungan untuk menghancurkan kepercayaan di antara kaum-kaum dalam negara kita ini”.

Seperti juga si Anwar tadi, Najib dalam kenyataan ‘Rekonsiliasi Nasional’nya juga menyebut tentang tindakan kumpulan pelampau.

Selain itu, PM telah memberi nasihat: “Lebih baik lagi, janganlah kita cepat menyebarkan insiden-insiden ini kerana ia sudah pasti akan menyebabkan ketakutan dan kebencian”.

NajibLGEkrismaslollipop

Saranan Najib supaya

Janganlah kita berikan pihak pelampau ini publisiti yang mereka idamkan. Sekiranya tiada pihak yang melaporkan tindakan-tindakan mereka, mereka tidak akan dapat perhatian yang mereka ingini. Mereka tidak akan dapat menarik orang lain untuk kepada mereka. Mereka akan gagal. Namun, segalanya terpulang kepada kita. Kita tidak perlu mengutuk tindakan mereka, sebaliknya kita usah hiraukan saja. Usah berikan mereka sebarang publisiti”

ibarat keluhan seorang pemimpin yang kakinya tidak berpijak di bumi nyata, lebih-lebih lagi memandangkan beliau mengkehendaki supaya kita menganggap diri semua “adalah sebahagian daripada sebuah keluarga Malaysia”.

graphPolis

Contoh pergaulan mesra di antara kaum yang diberikan oleh Najib, yakni gambaran seorang anggota polis berbangsa Melayu membantu seorang wanita tua berbangsa Cina melintas jalan, mengimbau kepada propaganda pembangunan masyarakat tahun 1970-an yang kurang sofistikated gayanya.

Nampak sangat Najib seorang pemimpin yang pola pemikirannya masih di takuk lama.

Kenapa tidak boleh beliau keluar daripada acuan stereotaip? Tidakkah PM boleh sebaliknya mengambil pendekatan menggesa lebih ramai Cina menyertai seorang pasukan polis untuk membantu seorang wanita tua berbangsa India melintas jalan?

Hannah Yeoh (hannahyeoh) on Twitter RBA

HannahLKS

Rekonsiliasi Nasional’ dengan musuh ketat yang mahu menghancurkan Umno?

Najib menyelar “pihak-pihak pelampau” dengan tanpa menyebut siapakah pelampau yang dimaksudkannya.

Bagi Anwar Ibrahim, pelampau adalah mereka yang melempar bom ke dalam perkarangan gereja, NGO Islam yang menjalankan protes terhadap Teresa Kok dan orang Melayu yang “mengancam satu lagi kejadian 13 Mei”.

Bagi Perdana Menteri Najib Razak pula, siapakah “pihak-pihak pelampau” yang dituding jari beliau kepada mereka?

RacistBaboons

Mesej ‘Rekonsiliasi Nasional’ Najib mempunyai kesan mengukuhkan lagi dakyah orang Kristian yang senantiasa merengek bahawa mereka adalah mangsa penindasan.

Setakat ini, propaganda Kristian sudah amat berjaya. Evangelista DAP telah berjaya menerapkan imej orang Melayu yang tidak habis-habis dicop mereka sebagai “rasis”. Orang Islam dicop evangelista DAP sebagai “ekstremis” atau bak yang suka dikatakan oleh penutur bahasa Inggeris — “religious bigots”.

Mesej ‘Rekonsiliasi Nasional’ disampaikan Najib yang menyalahkan “pihak-pihak pelampau” pun lebih kurang begitu juga nadanya.


http://my.news.yahoo.com/christmas-day-pas-mp-vows-fight-religious-extremism-035800390.html

Najib sebenarnya telah menepuk air di dulang, terpercik muka sendiri kecuali kalau Perdana Menteri segera menjelaskan bahawa “pihak-pihak pelampau” yang disebutnya itu adalah merujuk kepada paderi Kristian, contohnya Uskup Agung Emeritus Murphy Pakiam yang meludah ke atas muka PM dengan berkata “Najib just a bickering politician” (baca ‘Archbishop Emeritus fears Perkasa will bomb the churches‘).

Berbagai-bagai tuduhan jahat yang dilontarkan oleh orang Kristian kononnya Melayu-Islam ada perancangan untuk bertindak ganas.

Jadi ia amat wajar jika Najib memaklumkan sahaja siapa mereka-mereka yang ganas dan melampau itu yang dirujuknya dalam pesanan Rekonsiliasi Nasional. Tolong sebut dengan jelas YAB Najib. Kami pun ingin tahu juga.

Setinggi penghargaan buat Helen Ang

No comments :

DISCLAIMER

Blog ini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian blog ini. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Penulis tidak memaksa anda memasuki blog ini dan tidak akan bertanggungjawab jika ada yang tercedera atau tersinggung emosi, atau disaman jika melanggar akta mesin cetak dan lain-lain undang-undang yang berkaitan. Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.