Megat Panjialam

. إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الَّذِينَ يُقَاتِلُونَ فِي سَبِيلِهِ صَفّاً كَأَنَّهُم بُنيَانٌ مَّرْصُوص 61.4. Sesungguhnya Allah menyukai orang yang berperang dijalan-Nya dalam barisan yang teratur seakan-akan mereka seperti suatu bangunan yang tersusun kokoh.

Friday, March 17, 2017

DAP Iktiraf Mahathir Pejuang ‘Malaysian Malaysia’ Sama Seperti Kit Siang



AIDCNews – DAP kini melabel Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai seorang pejuang ‘Malaysian Malaysia’ (Malaysia untuk semua rakyat Malaysia), visi yang sama diperjuangkan penasihat parti itu, Lim Kit Siang sejak dari tahun 1969.

Label itu cuba dipotretkan oleh organ DAP, Roketkini selepas parti itu dilanda pelbagai kritikan dalaman termasuk ahli mengumumkan keluar parti, ekoran perubahan polisi DAP yang berkerjasama semula dengan Dr Mahathir, musuh nombor satu DAP sebelum ini.

Lim Kit Siang pernah melabel Dr Mahathir pemimpin korup di Malaysia menerusi bukunya bertajuk ‘Skandal Kerugian Bank Negara Berjumlah RM30 bilion Akibat Pertukaran Matawang Asing’ diterbitkan pada 1993, kini telah menukar pendirian bekerjasama politik dengan bekas Perdana Menteri 22 tahun yang dilabel korup itu.

Perubahan polisi Kit Siang daripada menentang kepada menyokong Dr Mahathir telah menimbulkan kekeliruan di kalangan akar umbi parti itu.
Salah satu alasan mereka yang keluar parti menuduh DAP kini telah lari daripada pejuangan asal untuk memertabatkan konsep ‘Malaysian Malaysia’ di negara ini.

Ekoran protes dalaman DAP hingga mendorong ahli-ahli keluar parti, organ DAP berusaha keras untuk menjustifikasi semula kewajaran Kit Siang berkerjasama dengan Dr Mahathir.

Kerjasama Mahathir dan Kit Siang melalui Pakatan Harapan + Bersatu mungkin bakal melahirkan semula usaha untuk mencapai wawasan Bangsa Malaysia, iaitu mencapai kesejahteraan bagi semua kaum termasuk Melayu, dan demi negara (nation),” rumus penulis Roketkini, Wan Hamidi Hamid dalam rencana terbaharu bertajuk “Mengapa Mahathir berkawan dengan Kit Siang?

Kebijakan penulis DAP meletakkan tajuk seumpama itu sudah menggambarkan Kit Siang pemimpin nombor satu DAP sejak dari tahun 1969 merupakan pemimpin yang lebih hebat berbanding dengan Dr Mahathir yang hanya menjadi Perdana Menteri selama 22 tahun.

No comments :

DISCLAIMER

Blog ini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian blog ini. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Penulis tidak memaksa anda memasuki blog ini dan tidak akan bertanggungjawab jika ada yang tercedera atau tersinggung emosi, atau disaman jika melanggar akta mesin cetak dan lain-lain undang-undang yang berkaitan. Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.