Megat Panjialam

. إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الَّذِينَ يُقَاتِلُونَ فِي سَبِيلِهِ صَفّاً كَأَنَّهُم بُنيَانٌ مَّرْصُوص 61.4. Sesungguhnya Allah menyukai orang yang berperang dijalan-Nya dalam barisan yang teratur seakan-akan mereka seperti suatu bangunan yang tersusun kokoh.

Wednesday, March 29, 2017

DAP Tolak Cubaan PPBM Mahu Jadi ‘Abang Sulung’ Dalam Pakatan Harapan




AIDCNews –DAP menolak cadangan Presiden PPBM, Tan Sri Muhyiddin Yassin supaya parti dominan kaum Melayu mengetuai Pakatan Harapan (PH) untuk melawan Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya umum nanti.


Setiausaha Organisasi DAP, Anthony Loke mengkritik Muhyiddin dengan mengatakan PH tidak mempunyai mana-mana parti yang dominan dan menegaskan tiada konsep ‘abang sulung’ atau ‘adik bongsu’ dalam parti pembangkang.


Tiada abang sulung atau adik bongsu dalam PH. Kita gabungan politik yang ada parti ada kekuatan sama. Tiada yang dominan,” kata Loke dalam sidang media di Parlimen semalam.

Anthony berkata perkara itu membezakan antara PH dengan BN dan mereka tidak berhasrat untuk meniru pendekatan sama seperti BN.
Itu perbezaan ketara antara PH dan BN, bukan kita nak tiru pendekatan BN,” ujarnya.

Dalam pada itu, Loke juga membidas Muhyiddin yang seolah-olah cuba membawa cara UMNO dalam PH kerana hakikatnya kekuatan parti dalam PH adalah sama rata dan saling memerlukan.

Apa yang buat PH kuat adalah kerana kita parti yang sama kuat dan peranan sama rata.

Rakyat MALAYSIA tak mahu wujud lagi satu UMNO dalam PH. Kami terbuka untuk sebarang cadangan. Tak semua cadangan PPBM akan kita setuju,” katanya.


Terdahulu, Muhyiddin dalam ceramahnya di Kota Kiri, Padang Rengas, pada Sabtu lalu mencadangkan supaya PH dipelopori oleh parti yang berteraskan Melayu bagi mewujudkan keyakinan rakyat untuk melawan BN.

Kata Muhyiddin, gerakan yang akan dipelopori oleh pembangkang mestilah organisasi yang diketuai Melayu, majoritinya Melayu tetapi parti-parti lain yang bergabung dalam PH akan menjadi sebahagian daripadanya.

Muhyiddin juga mencadangkan gabungan pembangkang dinamakan “Barisan Rakyat” bagi menentang BN.


No comments :

DISCLAIMER

Blog ini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian blog ini. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Penulis tidak memaksa anda memasuki blog ini dan tidak akan bertanggungjawab jika ada yang tercedera atau tersinggung emosi, atau disaman jika melanggar akta mesin cetak dan lain-lain undang-undang yang berkaitan. Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.