Megat Panjialam

. إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الَّذِينَ يُقَاتِلُونَ فِي سَبِيلِهِ صَفّاً كَأَنَّهُم بُنيَانٌ مَّرْصُوص 61.4. Sesungguhnya Allah menyukai orang yang berperang dijalan-Nya dalam barisan yang teratur seakan-akan mereka seperti suatu bangunan yang tersusun kokoh.

Friday, March 10, 2017

Tugas Kita Adalah Menghasut - St Regis Langkawi, Bakal Fitnah Dan Gurauan Terbaru @RafiziRamli





"Tugas kita ialah menghasut. Kita hasut rakyat tiap-tiap hari suruh buang UMNO dan Barisan Nasional (BN). Memang betul, nak menang jadi kerajaan memang tugas kita kena menghasut."


Jangan lupa ini iltizam yang dilafazkan oleh Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli setiap kali fitnah terbaru yang dikeluarkan olehnya. 

Fitnah terbaru beliau yang boleh dibaca di laman blog beliau di sini adalah hotel mewah St Regis Langkawi dan Pusat Persidangan Antarabangsa Langkawi (LICC) adalah milik TS Peter Sondakh. Hakikat yang sebenarnya adalah kedua-dua projek Langkawi yang dituduh dimiliki oleh TS Peter Sondakh sebenarnya 60% adalah milik kerajaan melalui Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA) dan Aset Tanah Nasional Berhad. TS Peter Sondakh memiliki pegangan saham sebanyak 40% melalui suntikan dana dan melalui branding St Regis. Untuk rekod, TS Peter Sondakh juga pemilik hotel St Regis di Jakarta dan di Bali.

Kedua, Rafizi Ramli mempertikaikan bagaimana sebuah hotel mewah seperti St Regis yang dimiliki oleh TS Peter Sondakh, milik ahli perniagaan besar yang bukan rakyat Malaysia pun boleh dibiayai oleh wang rakyat melalui Bank Pembangunan Malaysia Berhad (BPMB)? Bab ini saya hendak katakan Rafizi Ramli seorang akauntan yang bodoh! 

Sejak bila meminjam daripada Bank menggunakan wang Rakyat? Pinjaman dari BPMB memerlukan kedua-dua projek berkenaan dicagarkan kepada Bank. Setiap pinjaman perlu dibayar balik kepada Bank bersama faedah atau keuntungan. Celah kangkang Rafizi Ramli yang mana duit Rakyat digunakan dengan membuat pinjaman dari Bank? Ini bukan duit rakyat percuma. Ini PINJAMAN. Faham atau tidak si sotong ini?

Kesimpulannya, sememangnya tugas Rafizi Ramli ialah menghasut rakyat tiap-tiap hari dengan pelbagai tuduhan dan tuduhan yang tidak masuk akal. 




No comments :

DISCLAIMER

Blog ini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian blog ini. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Penulis tidak memaksa anda memasuki blog ini dan tidak akan bertanggungjawab jika ada yang tercedera atau tersinggung emosi, atau disaman jika melanggar akta mesin cetak dan lain-lain undang-undang yang berkaitan. Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.