Megat Panjialam

. إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الَّذِينَ يُقَاتِلُونَ فِي سَبِيلِهِ صَفّاً كَأَنَّهُم بُنيَانٌ مَّرْصُوص 61.4. Sesungguhnya Allah menyukai orang yang berperang dijalan-Nya dalam barisan yang teratur seakan-akan mereka seperti suatu bangunan yang tersusun kokoh.

Wednesday, March 29, 2017

Kenapa Hutang Luar singapura Lebih Tinggi Dari Malaysia???



Setiap kali membicarakan tentang hutang dan kemajuan yang dikecapi oleh Malaysia, segelintir rakyat Malaysia yang langsung tidak berbangga dengan apa yang dinikmati Malaysia, pantas membandingkan apa yang dinikmati negara ini dengan negara jiran, Singapura. Bagi mereka, Singapura adalah sebuah negara yang maju, ekonomi yang subur serta paling efektif di Asia Tenggara.

Timbul persoalan, benarkah dakwaan ini? Adakah benar Singapura sebuah negara yang maju tanpa menanggung hutang yang tinggi? Hebat sangatkah Singapura berbanding Malaysia seperti yang mereka war-warkan dalam media sosial mahupun “perdebatan ekonomi” kedai kopi yang sentiasa membicarakan perkembangan ekonomi Malaysia, walhal mereka bukanlah pakar dalam bidang ekonomi?
images-9

Jika di ukur dari aspek kemajuan, benar Singapura merupakan negara termaju di rantau ASEAN. Namun begitu, hakikat yang cuba diselindungkan ialah, Singapura merupakan antara 20 negara memiliki kadar hutang asing tertinggi di rantau Asia Tenggara. Hutang negara berkenaan dianggarkan bernilai AS$1.76 trilion (RM7.22 trilion).
Data hutang negara berkenaan di perolehi menerusi maklumat hutang global yang dikumpul oleh enjin pencarian, Yahoo!. Mengikut ruangan kewangan enjin pencarian itu, hutang asing bermaksud pinjaman-pinjaman yang dibuat oleh individu atau entiti sesebuah negara daripada pihak asing. Pinjaman itu sama ada merupakan pinjaman atau sekuriti hutang oleh kerajaan atau syarikat-syarikat tempatan daripada institusi kewangan atau bank komersial asing.
Nilai hutang yang dikumpul oleh Yahoo! itu disiarkan pada 7 September lalu, dengan meletakkan kuasa ekonomi terbesar dunia, Amerika Syarikat (AS) sebagai negara yang memiliki hutang asing tertinggi sebanyak AS$17.91 trilion (RM73.43 trilion) setakat 31 Mac 2016.
Jika ada yang mahu mempertikaikan data maklumat yang diperolehi oleh Yahoo! ini, harus di ingat, Ibu Pejabat terbesar Yahoo! di rantau Asia terletak di Singapura di mana segala data dan maklumat perniagaan, selain enjin carian Google, Yahoo! merupakan pilihan utama rakyat Singapura. Justeru, maklumat yang didedahkan oleh Yahoo! ini ada asasnya.
images-10

Berdasarkan data-data hutang terkini yang dikumpul, United Kingdom (UK) merupakan negara kedua mempunyai hutang asing terbanyak iaitu AS$9.6 trilion (RM39.36 trilion) diikuti Perancis AS$5.75 trilion (RM23.58 trilion) dan Jerman AS$5.54 trilion (RM22.71 trilion).
Antara negara-negara lain yang dikelaskan sebagai 20 negara yang memiliki hutang asing yang tinggi ialah Luxembourg AS$3.47 trilion (RM14.23 trilion), Jepun AS$2.86 trilion (RM11.73 trilion), Itali AS$2.65 trilion (RM10.87 trilion), Belanda AS$2.52 trilion (RM10.33 trilion) dan Sepanyol AS$2.3 trilion (RM9.43 trilion).
Negara paling maju di ASEAN, Singapura berada di kedudukan ke-10 dengan hutang asing AS$1.76 trilion (RM7.22 trilion), diikuti China AS$1.68 trilion (RM6.89 trilion), Switzerland AS$1.61 trilion (RM6.60 trilion), Kanada AS$1.49 trilion (RM6.11 trilion), Australia AS$1.39 trilion (RM5.69 trlion), Belgium AS$1.28 trilion (RM5.25 trilion) Hong Kong AS$1.23 trilion (RM5.04 trilion) dan Rusia AS$599 bilion (RM2.46 trilion).
Jika benar negara sedang menanggung hutang luar negara yang tinggi, kenapa nama Malaysia tidak disenaraikan sebagai penanggung hutang antara terbesar di dunia? Menurut “pakar-pakar” ekonomi Mahathir dan pembangkang, Malaysia menanggung hutang sebanyak RM 656 bilion bersandarkan kepada laporan kewangan Bank Negara Malaysia. Kenapa Malaysia tidak disenaraikan di atas Rusia jika bersandarkan kepada jumlah hutang yang di dakwa ditanggung oleh Malaysia?
Semua negara di dunia ini tidak terkecuali dari mengambil hutang untuk memajukan negara mereka. Apa yang membezakan adalah, bagaimana sesebuah negara itu mengendalikan hutang mereka serta mengimbangi segala hutang negara mereka dengan KDNK. Setakat ini, Malaysia masih mampu untuk menguruskan kewangannya dengan baik, jauh lebih baik dari apa yang didakwa oleh pentaksub Mahathir dan pembangkang. 
http://www.pru14.tv

No comments :

DISCLAIMER

Blog ini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian blog ini. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Penulis tidak memaksa anda memasuki blog ini dan tidak akan bertanggungjawab jika ada yang tercedera atau tersinggung emosi, atau disaman jika melanggar akta mesin cetak dan lain-lain undang-undang yang berkaitan. Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.