Megat Panjialam

. إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الَّذِينَ يُقَاتِلُونَ فِي سَبِيلِهِ صَفّاً كَأَنَّهُم بُنيَانٌ مَّرْصُوص 61.4. Sesungguhnya Allah menyukai orang yang berperang dijalan-Nya dalam barisan yang teratur seakan-akan mereka seperti suatu bangunan yang tersusun kokoh.

Monday, March 13, 2017

Lim Guan Eng Dalang Kumpulan G25 & Gagasan ‘Maqasid Syariah’ ?


lge


AIDCNews – Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng merupakan pelopor gagasan liberal yang berselindung di sebalik jenama Islam, ‘maqasid syariah’ ?

Lim yang juga Setiausaha Agung DAP merupakan perasmi “Forum G25 : Maqasid Syariah Dalam Demokrasi Perlembagaan,” anjuran bersama G25 dengan badan pemikir Penang Institute, pada 31 Oktober di Olive Tree Hotel, Bayan Lepas, Pulau Pinang.

Dalam ucapan perasmian forum itu, Lim merakamkan alu-aluan kepada lapan individu yang menjayakan program itu.

lge1

Mereka adalah;
      1. Zairil Khir Johari, Ketua Pegawai Eksekutif Penang Institute

      2. Dato’ Abdul Malik Kassim, Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam, Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Kerajaan Pulau Pinang

      3. Datuk Latifah Merican Cheong; G25-bekas pembantu Gabenor Bank Negara dan Ahli Lembaga Pengarah The Asian Women’s Leadership University (AWLU) Project

      4. Dato’ Noor Farida Mohd Ariffin, G25 – Bekas Ketua Pengarah di Penyelidikan, Triti dan Jabatan Undang-undang Antarabangsa, Kementerian Luar Negeri dan Ambassador bagi Kumpulan Pakar Perundangan Tinggi pada Susulan kepada ASEAN Piagam (HLEG)

      5. Dato’ Seri Mohd Nazir bin Tun Abdul Razak G25-Pengerusi CIMB Group

      6. Dato’ Dr Anwar Fazal, G25 -Pengerusi the Malaysian Interfaith Network (MIN) dan Inisiatif Kelestarian Pulau Pinang

      7. Dato’ Dr. Sharom Ahmat, G25 – Pengerusi SERI (Socio-economic and Environmental Research Institute) nama lain kepada Penang Institute.

      8. Dr Dzulkefly Ahmad, Pengarah Strategi Parti Amanah Negara (PAN).
      Dari segi sejarah, Pulau Pinang adalah tempat pertemuan idea dari tamadun yang berbeza, yang memberkati kita rakyat Pulau Pinang dengan pandangan kosmopolitan dan progresif.
      Institut Pulau Pinang harus dipuji kerana membantu untuk menganjurkan forum bersama dengan G25 dalam tradisi mulia ini di Pulau Pinang.
      Saya perlu mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada G25, bukan sahaja membawa forum di Pulau Pinang – (tetapi) mereka juga akan mempunyai satu lagi forum di Kuala Lumpur pada 5 Disember..”kata Lim dalam ucapannya.
8-g25

Selanjutnya, sila klik di sini

Tentatif program itu seperti berikut :

08.30 pagi: Pendaftaran

09.00 pagi: Ucapan alu-aluan oleh YB Zairil Khir Johari, Pengarah Eksekutif Institut Pulau Pinang
09:10: Ucapan pengenalan berkenaan G25 oleh Tan Sri Mohd. Sheriff Mohd. Kassim

09:20: Sesi Panel 1- Perlembagaan Persekutuan dan Undang-undang Syariah

Moderator: Dato’Noor Farida Ariffin

Topik 1: Pertindihan bidang kuasa antara Undang-undang Syariah dan Undang-Undang Sivil (Encik Nizam Bashir)

Topik 2: Islam dan Hak Asasi Manusia dalam Perlembagaan Persekutuan (Mr Lim Heng Seng)

Topik 3: Trend dalam Semakan Kehakiman Perkara-perkara Syariah (Speaker – TBC)

11.00 pagi: rehat
11:20: Sesi Panel 2 – Isu-isu konflik dalam sistem undang-undang majmuk
Moderator: Dato ‘Anwar Fazal

Topik 1: Kebangkitan Semula Islam dan Kesan Sosio-Politik (Dr Nawab Osman)

Topik 2: Dasar Islamisasi dan Kesannya Terhadap Sistem Pentadbiran (Dr Maznah Mohamad)

Topik 3: Kepelbagaian budaya dan Politik Islam (Dr Syed Farid Alatas)

01:00: Ucapan perasmian oleh YAB Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng

01:30: Makan tengah hari

02.00  petang: Sesi Panel 3 – Maqasid Syariah dan kesejahteraan rakyat Malaysia

Moderator: Dr. Wong Chin Huat

Topik 1: Maqasid Syariah – Satu wawasan kesejahteraan bagi umat Islam? (Dr Mazlee Malik)

Topik 2: Bolehkah Maqasid Syariah memberikan keadilan ? (Dr. Mohd. Iqbal Abdul Wahab)

Topik 3: Adakah Maqasid Shariah menghalang kebebasan ? (Encik Abdul Naser Tun Abdul Rahman)

Pembahas: Dr Dzulkefly Ahmad

04:30: Ucapan penutup oleh Dato ‘Dr Sharom Ahmat

04:40: Teh & Bersurai.

Individu-individu yang terlibat dalam “Forum G25 : Maqasid Syariah Dalam Demokrasi Perlembagaan” di Pulau Pinang pada Oktober itu hampir sama dengan tokoh-tokoh liberal yang terlibat dalam forum “G25 : Islam Dalam Demokrasi Berpelembagaan di bangunan Persatuan Alumni Universiti Malaya (PAUM), Kuala Lumpur pada 5 Disember.

Pada forum di Kuala Lumpur, jurucakap G25, Datuk Noor Farida Ariffin mencetuskan kontroversi apabila mencadangkan pemansuhan hukuman terhadap perbuatan berkhalwat yang didakwa melanggar hak kebebasan seseorang seperti termaktub di dalam Perlembagaan.


No comments :

DISCLAIMER

Blog ini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian blog ini. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Penulis tidak memaksa anda memasuki blog ini dan tidak akan bertanggungjawab jika ada yang tercedera atau tersinggung emosi, atau disaman jika melanggar akta mesin cetak dan lain-lain undang-undang yang berkaitan. Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.