Megat Panjialam

. إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الَّذِينَ يُقَاتِلُونَ فِي سَبِيلِهِ صَفّاً كَأَنَّهُم بُنيَانٌ مَّرْصُوص 61.4. Sesungguhnya Allah menyukai orang yang berperang dijalan-Nya dalam barisan yang teratur seakan-akan mereka seperti suatu bangunan yang tersusun kokoh.

Friday, March 10, 2017

Zairil Nafi Video Menari Berpelukan, Kini Muncul Pula Video Kedua




BELUM reda dengan penyebaran video pertama yang dikaitkan dengan Ahli Parlimen Bukit Bendera, Zairil Khir Johari, muncul pula video kedua yang memaparkan aksi menari dengan ghairah wakil rakyat itu dengan seorang wanita.

Video berdurasi 11 saat itu KLIK di SINI jelas memaparkan wajah lelaki itu yang kelihatan seiras dengan Zairil.

Wajah wanita itu pula mirip dengan seorang bekas calon DAP pada pilihan raya kecil Teluk Intan, tiga tahun lalu.

Kedua-dua mereka kelihatan intim berpelukan dan menari sambil menghayati lagu di dalam sebuah kelab malam.


Sebelum ini, Zairil menafikan individu di dalam video berkenaan adalah dirinya dan menganggap ianya adalah karut.



Untuk rekod, Barisan Nasional (BN) Pulau Pinang sebelum ini telah membuat laporan polis untuk membantu Zairil Khir Johari mencari siapakah dalang yang membocorkan semua gambar intim beliau dan Dyana Sofea. Setakat hari ini, masih tiada maklum balas daripada pihak polis mengenai laporan BN berkenaan dan yang lebih buruk Zairil Khir Johari sendiri masih tidak membuat laporan polis mengenai perkara tersebut.

Jelasnya, kisah mengenai dirinya tidak pernah berhenti dan setiap hari pasti ada sahaja ‘gosip’ mengenai dirinya.

Gosip’ mengenai Zairil ini bukan pertama kali dilaporkan kerana pada Oktober 2014, Ahli Parlimen itu pernah dikaitkan dengan Setiausaha Politik Lim Kit Siang, Dyana Sofya Mohd Daud selepas gambar bercium dan berpeluk mereka tersebar di media sosial.





No comments :

DISCLAIMER

Blog ini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian blog ini. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Penulis tidak memaksa anda memasuki blog ini dan tidak akan bertanggungjawab jika ada yang tercedera atau tersinggung emosi, atau disaman jika melanggar akta mesin cetak dan lain-lain undang-undang yang berkaitan. Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.