KompleksBersepadu Petrolium Pengerang (Pengerang Integrated Petroleum Complex- PIPC) mengandungi Projek Pembangunan
Bersepadu Penapisan Minyak dan Petrokimia (RAPID) dan kemudahan
sampingan yang lain seperti Terminal Regasifikasi LNG Pengerang, Unit
Pemisahan Udara, Projek Pembekalan Bekalan Air Mentah (Pamer) Tangki
Produk dan Minyak Mentah serta kemudahan perkongsian dan pemusatan
utiliti.
Manakala
di dalam projek RAPID ini membabitkan pembinaan kilang penapis
minyak mentah, pemisah nafta yang akan menghasilkan kira-kira tiga
juta tan etilena, propilena, C4 dan C5 olefin (melalui proses yang
dikenali sebagai “cracking”) setahun dan sebuah kompleks polimer
dan petrokimia yang boleh mengeluarkan pelbagai bahan kimia
Projek
ini juga mengandungi projek pembinaan terminal laut dalam, terminal
regasifikasi (penukaran cecair kepada gas), terminal LNG, projek unit
pengasing udara, projek pembekalan air mentah dan lain-lain.
Saudi
Aramco tidak membeli Petronas, PIPC atau keseluruhan RAPID seperti
mana yang dituduh pembangkang dan macai-macai yang sealiran dengannya.
Apa
yang Saudi Aramco beli RM31 bilion ialah 50% dalam projek-projek
penapisan dan minyak mentah di RAPID sahaja - yang hanya sebahagian
daripada Kompleks Bersepadu Petrolium Pengerang (Pengerang Integrated
Petroleum Complex - PIPC). Pelaburan Aramco ini hanya akan selesai
dan boleh berjalan pada tahun 2019.
Di
bawah kerjasama strategik itu, Saudi Aramco akan membekalkan sehingga 70%
daripada keperluan bahan mentah iaitu minyak mentah untuk penapisan
di RAPID, manakala gas asli, tenaga dan utiliti-utiliti lain akan
disediakan oleh Petronas.
Pelaburan
begini bukan baru kepada Saudi Aramco kerana mereka telah melakukan
pelaburan yang sama di kilang-kilang penapisan di seluruh dunia
supaya mereka boleh membekalkan minyak mentah mereka ke kilang
penapisan minyak.
Petronas
juga akan mendapat banyak manfaat kerana akan memberi jaminan bekalan
minyak mentah untuk Malaysia kerana kita bukan pengeluar minyak
mentah terbesar dunia.
Projek
PIPC memberi banyak kelebihan jika dibandingkan dengan negara
jiran terdekat kita iaitu Singapura kerana kita mempunyai keluasan
tanah yang besar dan kapasiti penapisan yang lebih banyak.
Singapura
adalah pusat pemprosesan dan hab perdagangan minyak yang terbesar di
Asia dan ketiga terbesar di dunia semenjak berdekad yang lalu setelah
mereka memanafaatkan bekas Pengkalan Tentera Laut British yang
ditinggalkan dahulu. Sedangkan Singapura tidak mempunyai setitis
minyak sendiri pun, menariknya minyak dan gas tersebut adalah
sebahagianya datang dari Malaysia.
Perdana
Menteri DS Najib telah nampak perkara ini yang bakal memberi kekayaan
dan keuntungan kepada Malaysia selain memproses minyak mentah dari
negara luar, kita juga mampu memproses minyak mentah kita sendiri
yang dikeluarkan oleh Petronas.
Ia
bukan seperti membina KLCC, KL Tower serta projek-projek mega lain
seperti jambatan bengkok atau Sepang circuit yang memberi kekayaan
kepada kroni-kroni, sebaliknya mengambil alih mahkota minyak
Singapura yang sepatutnya menjadi keutamaan nombor satu Malaysia.
Dengan
adanya Kompleks Bersepadu Petrolium Pengerang (PIPC) yang mengandungi
RAPID serta kemudahan-kemudahan sampingan lain, maka kekayaan yang
selama ini dilambak di Singapura akan kembali menjadi milik kita dan
menawarkan peluang pekerjaan berpendapatan tinggi. Malaysia bakal
menjadi pengeksport bersih produk minyak bertapis dan bukannya
pengimport bersih yang telah memberi keuntungan kepada orang lain
hasil dari perbelanjaan negara kita. Cukup, cukup sudahlah selama
berpuluh tahun kepimpinan negara membenarkan Singapura mengaut
keuntungan berbilion setahun hasil dari minyak negara kita.
No comments :
Post a Comment