Megat Panjialam

. إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الَّذِينَ يُقَاتِلُونَ فِي سَبِيلِهِ صَفّاً كَأَنَّهُم بُنيَانٌ مَّرْصُوص 61.4. Sesungguhnya Allah menyukai orang yang berperang dijalan-Nya dalam barisan yang teratur seakan-akan mereka seperti suatu bangunan yang tersusun kokoh.

Friday, March 10, 2017

Ethan Hunt Dalam Mission Imposibble Pun Boleh Menangis Dengan Soalan Bodoh MP PKR ini.




9 tahun lalu, pengundi-pengundi Bayan Baru telah membuat kesilapan dengan melantik Sim Tze Tzin sebagai Wakil Rakyat mereka. Ini diakui sendiri oleh Ahli Parlimen berkenaan di dalam laman sosial Twitter dan Facebook beliau. Hari ini terbukti apabila di dalam Sidang Dewan Rakyat, Ahli Parlimen PKR Bayan Baru bertanyakan soalan berapakah jumlah agen perisikan asing di Malaysia!


Bagi sesiapa yang pernah menonton filem Allied, di dalam filem berkenaan Brad Pitt, seorang agen perisik telah menyamar sebagai seorang suami kepada heroin supaya identitinya tidak diketahui oleh pihak musuh. Ini namanya perisik atau 'spy'. Agak kurang bijak atau bodoh sekiranya mana-mana negara asing hendak mengisytiharkan agen perisikan mereka kepada Malaysia atau pun kepada negara-negara lain.



Jawapan Timbalan Perdana Menteri saya suka apabila beliau menjawab perisik asing tidak mendaftar sebagai perisik dengan Kerajaan Malaysia. Ada jugak Ahli Parlimen pembangkang yang kurang bijak di Malaysia ini ya? 



No comments :

DISCLAIMER

Blog ini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian blog ini. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Penulis tidak memaksa anda memasuki blog ini dan tidak akan bertanggungjawab jika ada yang tercedera atau tersinggung emosi, atau disaman jika melanggar akta mesin cetak dan lain-lain undang-undang yang berkaitan. Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.