Megat Panjialam

. إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الَّذِينَ يُقَاتِلُونَ فِي سَبِيلِهِ صَفّاً كَأَنَّهُم بُنيَانٌ مَّرْصُوص 61.4. Sesungguhnya Allah menyukai orang yang berperang dijalan-Nya dalam barisan yang teratur seakan-akan mereka seperti suatu bangunan yang tersusun kokoh.

Wednesday, March 15, 2017

[ VIDEO ] Pengantin Baru Maut Kereta Bertembung Dengan Kereta Dipandu Melawan Arus



Butterworth : Bernama melaporkan seorang pekerja kilang maut apabila sebuah kereta yang dipandu seorang remaja perempuan dilaporkan memandu melawan arus di KM 134, Lebuhraya PLUS di seberang Perai Tengah awal pagi tadi.

Susulan kejadian jam 7.50 pagi ke arah utara itu yang berlaku berhampiran susur masuk k Permatang Pauh menyebabkan Mohamad Fandi Rosli, 26 maut ditempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala dan badan. Allahyarham dikatakan baru tiga bulan mendirikan rumahtangga dan menurut sahabatnya, isteri arwah sedang mengandung anak sulung mereka.

Pihak polis percaya remaja berusia 19 tahun itu yang memandu kereta proton Gen-2 memandu dalam keadaan mabuk.


Remaja terbabit mendapat kecaman netizen gara-gara diri nya memandu secara merbahaya dan beliau hanya mengalami kecederaan ringan, sepertimana gambar beliau ditempat kejadian.









Difahamkan sebelum memandu melawan arus remaja wanita ini dikatakan telah terlibat dalam kemalangan dengan beberapa buah kenderaan lain berhampiran plaza tol, dan berpatah balik dengan melawan arus.




Dalam kejadian tersebut kereta yang dipandu secara melawan arus dari sungai Dua menghala ke Butterworth telah melanggar bahagian hadapan kereta Perodua Kelisa dipandu Allahyarham Mohamad Fandi.

Ekoran kejadian itu menyebab kereta dipandu wanita terbabit terbabas ke sebelah kiri dan melanggar sebuah motosikal sebelum berpusing beberapa kali dan melanggar dua buah kereta serta sebuah van kilang”, kata Ketua Polis Daerah seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Nik Ros Azhan Nik Abdul Hamid.

Allahyarham Fandi berasal dari Sungai Petani, Kedah dalam perjalanan pulang ke rumahnya selepas habis bekerja di sebuah kilang di Perai.

Polis menahan serta mengambil sampel darah wanita itu untuk ujian lanjut, kata Nik Ros Azhan.

Beliau berkata kemalangan yang berlaku ketika orang ramai bergegas ke tempat kerja menyebabkan kesesakan teruk sejauh 5km di kedua-dua arah lebuh raya.



No comments :

DISCLAIMER

Blog ini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian blog ini. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Penulis tidak memaksa anda memasuki blog ini dan tidak akan bertanggungjawab jika ada yang tercedera atau tersinggung emosi, atau disaman jika melanggar akta mesin cetak dan lain-lain undang-undang yang berkaitan. Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.