Kira-kira
600,000 permohonan baru Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) bagi tahun
ini ditolak kerana gaji mereka melebihi RM4,000.
Malah
Menteri Kewangan II Datuk Seri Johari Abdul Ghani berkata, antara
permohonan yang ditolak juga adalah belasan ribu permohonan yang
terdiri daripada individu berpendapatan antara RM8,000 hingga
RM12,000 yang turut memohon BR1M.
"Kita
terpaksa tolak 600,000 permohonan sebab gaji mereka melebihi RM4,000.
Orang gaji RM12,000 pun ada yang memohon.
"Gaji
lebih RM5,000 ada 260,000 orang yang memohon. Gaji dari RM6,000 ke
RM8,000 ada dalam 40,000 ke 50,000 orang yang memohon. Dan
berbelas-belas ribu orang daripada gaji RM8,000 hingga 12,000 yang
memohon.
"Jadi
sebab itu kita perlukan pengesahan kerana kita tak mahu kerajaan
salurkan RM700 juta (wang BR1M) pada orang yang tak sepatutnya,"
katanya.
Beliau
berkata demikian pada sidang media di parlimen hari ini.
Selain
itu, anggota parlimen Titiwangsa itu berkata, pihaknya juga telah
mengarahkan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) menyalurkan BR1M kepada
705,562 pemohon yang telah mendapat wang bantuan pada tahun lalu.
"Saya
dah suruh LHDN masukkan wang peringkat pertama kepada 705,562 pemohon
sebab mereka dapat (BR1M) tahun lepas.
"Yang
mana permohonan baru dia kena memenuhi syarat-syarat. Tak boleh bagi
dokumen yang tak lengkap.
“Tak ada kena mengena dengan SSM (suruhanjaya syarikat Malaysia) sebab kita ada proses untuk periksa.
“Tak ada kena mengena dengan SSM (suruhanjaya syarikat Malaysia) sebab kita ada proses untuk periksa.
"Jadi
tak perlu ada pihak yang padam nama di SSM kerana kalau ada nama di
SSM pun, kalau pendapatan bawah RM4,000 kita tetap bagi,"
katanya lagi.
Sebelum
ini terdapat isu individu yang mendapat BR1M pada tahun lalu tidak
mendapat bantuan berkenaan pada tahun ini kerana mempunyai syarikat
berdaftar dengan SSM.
No comments :
Post a Comment