Lim
Kit Siang tiba-tiba mengumumkan beliau bersedia untuk bertanding di
kawasan lain dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).
Beliau yang juga Penasihat DAP mendakwa kononnya beliau bersedia meninggalkan kerusi Parlimen Gelang Patah jika Pakatan Harapan memerlukan beliau untuk memenangi kawasan lain.
“Jika ada alasan strategik saya perlu bertanding di kerusi Parlimen yang lain, saya bersedia memberi pertimbangan yang serius,” dakwanya dalam satu kenyataan media hari ini.
Umum
bagaimanapun mengetahui Kit Siang membuat pengumuman itu selepas
dirinya dikecam hebat oleh penduduk Gelang Patah.
Dimanakah
agaknya Lim Kit Siang akan bertanding kali ini? Kemungkinan besar
beliau akan bertanding di Pulau Pinang. Ini jelas daripada lawatan
beliau ke kampung-kampung di Pulau Pinang sebagaimana catatan dalam
Roketkini.com bersama anak kesangan beliau yang bakal menghadapi
pendakwaan di mahkamah yang kemungkinan besar akan dipenjarakan.
Bagi
meneruskan kesinambungan pemerintahan Dinasti Lim di Pulau Pinang, kerana anaknya yang
juga Ketua Menteri, Lim Guan Eng bakal berhadapan dengan hukuman
berikutan skandal rasuah yang dihadapinya.“Sepatutnya, beliau tumpukan usaha untuk tambah baik kehidupan rakyat di kawasannya. Kenapa pula Kit Siang hendak sibuk di Pulau Pinang
Kit Siang ghairah ‘pindah-randah’?
Sila PERHATIKAN peta
‘pindah randah’ Penasihat DAP, Lim Kit Siang. Lim Kit Siang ghairah 'pindah rahdah'?
Lima
negeri, tujuh kerusi Parlimen dan beberapa kerusi Dewan Undangan
Negeri (DUN) sudah dijelajahi veteran DAP berusia 76 tahun ini sejak 1969.
Setiap
kali masuk musim pilihan raya umum (PRU), Kit Siang sibuk menjengah
kawasan baharu untuk ditandinginya. Dengar cerita untuk PRU-14
nanti, Kedah dan pangkalan lamanya, Pulau Pinang menjadi sasarannya.
Barangkali
Kit Siang cukup maklum dan mengerti penyokong Cina DAP tidak
bersifat ‘kedaerahan’. Sebaliknya terarah ‘federalisme’.
Dari aspek memahami psikologi penyokong tegarnya, Kit Siang mungkin
menang.
Cuma,
kalau benarlah Kit Siang ini ‘hebat’ dan mahu menyerlahkan
sifat ‘persekutuan’nya, kenapa hanya bertanding di kawasan
majoriti Cina? Mengapa tidak di kawasan pengundi bercampur (50-50
pengundi Cina dan Melayu).
Masuklah
gelanggang Parlimen Putrajaya, Pekan, Bagan Datuk atau Bera kah?
Kalau kata takut kalah, tidak yakinkah pada jentera DAP di situ?
Apakah
dahulu di kawasan pengundi bercampur, DAP serahkan tanggungjawab
pancing pengundi kepada sekutunya PKR belaka. Dan PKR pula
bergantung kepada jentera Pas? Tapi bila Pas enggan tunduk kembali
ke pakatan harapan, DAP singkirkan Pas dan berpaling pula ke Parti
Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM)?
Alasan
Kit Siang sebelum ini dari gelagat ‘pindah-randah’ bertanding
kononnya ‘sebagai satu strategi kerana DAP mahu mengadakan gerakan
berbentuk politik di seluruh negara bagi membangkitkan kesedaran
rakyat’.
Ungkapan
itu mudahlah diluahkan demi agenda peribadi. Tapi bagaimana nasib
pengundi untuk mendapatkan khidmat wakil rakyat mereka?
Takkanlah
pengundi Cina di Gelang Patah misalnya masih mengharapkan
menteri Pusat membantu mereka. Namun bila mengundi, calon MCA dan
Gerakan disingkirkan.
Sumber: Utusan
No comments :
Post a Comment