Megat Panjialam

. إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الَّذِينَ يُقَاتِلُونَ فِي سَبِيلِهِ صَفّاً كَأَنَّهُم بُنيَانٌ مَّرْصُوص 61.4. Sesungguhnya Allah menyukai orang yang berperang dijalan-Nya dalam barisan yang teratur seakan-akan mereka seperti suatu bangunan yang tersusun kokoh.

Wednesday, March 15, 2017

Urut Dan Judi: SPRM juga perlu siasat PBT di Selangor – Jamal




AMPANG: Ketua Umno Sungai Besar Datuk Seri Jamal Yunos meminta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) meningkatkan siasatan ke atas penglibatan pihak berkuasa tempatan (PBT) dalam aktiviti perniagaan tidak bermoral di Selangor.
Beliau berkata berkata SPRM wajar meluaskan pencarian mereka kepada PBT yang membiarkan penyalahgunaan lesen, seperti rumah urut haram dan pusat judi haram, dijalankan di negeri itu.
Saya minta pihak berwajib menyiasat penglibatan PBT, bukan hanya kepada polis, bomba dan penguatkuasa agensi lain,” katanya dalam satu sidang media di pejabatnya hari ini.
Jamal mengulas penangkapan 12 individu daripada pelbagai agensi penguatkuasaan di Selangor oleh SPRM semalam.

Mereka yang ditangkap terdiri daripada 2 pegawai polis berpangkat inspektor, 5 anggota polis, 4 anggota bomba dan seorang pegawai Majlis Perbandaran Kajang.
SPRM berkata suspek dipercayai menerima rasuah antara RM300 hingga RM10,000 bagi setiap kedai urut yang dilindungi.

No comments :

DISCLAIMER

Blog ini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian blog ini. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Penulis tidak memaksa anda memasuki blog ini dan tidak akan bertanggungjawab jika ada yang tercedera atau tersinggung emosi, atau disaman jika melanggar akta mesin cetak dan lain-lain undang-undang yang berkaitan. Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.