Megat Panjialam

. إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الَّذِينَ يُقَاتِلُونَ فِي سَبِيلِهِ صَفّاً كَأَنَّهُم بُنيَانٌ مَّرْصُوص 61.4. Sesungguhnya Allah menyukai orang yang berperang dijalan-Nya dalam barisan yang teratur seakan-akan mereka seperti suatu bangunan yang tersusun kokoh.

Tuesday, August 11, 2015

Keyboard Warriors vs Viraliti... Selamatkah BN di PRU14?? @NajibRazak


1. Perang siber akan menjadi lebih sengit dan mencabar menjelang PRU14, dapatkah BN menyusuri arus ini dengan idea lapuk & terus tertinggal di belakang pembangkang seperti dua PRU lepas.

2. Semasa PRU12 BN kecundang teruk di media sosial bila pengharapan cuma diletakkan pada media mainstream untuk mengurus persepsi. Pembangkang bangkit dengan pelbagai blog & portal, BN tertinggal di belakang.

3. Menyedari kelemahan itu, pasca PRU12 BN mula menggerakkan tentera siber mereka dengan mengumpulkan ramai blogger-blogger di bawah pelbagai kumpulan seperti MyKMU, UMB, NadiRakyat & Brotherhood dengan peranan masing-masing.

4. Dalam masa BN baru bertatih dengan peranan blog pembangkang telah mewujudkan rangkaian cybertroopers RBA untuk bergerak di pelbagai platfom media sosial terutamanya Facebook. Walau cuba mengejar, BN masih tertinggal lagi di belakang dalam PRU13.


 

5. Dalam ucapan terbaru di Pasir Gudang, PM menyebut tentang peripenting peranan 'keyboard warriors' di media sosial dalam menangani kemelut persepsi yg makin buruk menimpa BN di bawah pimpinan DS Najib Razak.

6. Pengerusi BP UMNO Selangor, DS Noh Omar juga menyuarakan kebimbangan ini dengan mencadangkan Jabatan Media Sosial (JMS) diwujudkan di bawah KKMM yang kini dikendali oleh DS Salleh Said Keruak.


 


7. Penggunaan diksi 'keyboad warriors' menunjukkan PM disalurkan maklumat perang siber yang masih terkebelakang. Diksi itu seolah-olah BN baru mahu mengejar peranan RBA, sedangkan pembangkang sudah mula menggerakkan strategi baru untuk menghadapi PRU14.

8. MOBILE & VIRALITI - strategi ini sudah digunapakai oleh pembangkang untuk menghadapi PRU14. BN harus mempunyai strategi untuk mendahuluinya, bukan lagi mengekor dari belakang dan terus tersungkur rebah dalam perang siber yang makin sengit & merumitkan.

9. MOBILE dijangka menjadi peranti penting menjelang PRU14 kerana mengikut kajian pengguna peranti mobile akan melebihi pengguna desktop (PC/laptop) untuk melayari internet menjelang tahun 2016. Jadi strategi dan sasaran konten propaganda harus disesuaikan dengan perkembangan tersebut.


10. VIRALITI pula bertujuan untuk menarik perhatian golongan muda (pengundi baru) dan juga golongan atas pagar. BN masih jauh terkebelakang dalam aspek ini tapi satu langkah strategik harus digembeleng dari sekarang sebelum keadaan menjadi bertambah parah menjelang PRU14 dalam masa 2-3 tahun lagi.


11. Kerana itu cadangan DS Noh Omar untuk mewujudkan JMS di bawah KKMM adalah satu idea yang tepat, tapi harus diketuai oleh individu yang betul serta mempunyai kumpulan penggerak yang komited & strategis bagi menyusur arus perkembangan semasa propaganda digital.

12. Pada masa sekarang BN tidak boleh lagi mengharap kepada peranan sayap PPUM untuk menggerakkan media sosial memandangkan mereka kini cuma dibarisi oleh golongan oportunis yang cuma memperjuangkan misi peribadi. Apatah lagi kumpulan yang dipertanggungjawabkan dalam turus perang siber PPUM, Biro Media Sosial (BMS) diketuai oleh seorang yang diragui tentang loyalitinya terhadap presiden parti yang juga Perdana Menteri Malaysia.


13. BMS yang diangkat oleh PPUM dari sebuah Unit menjadi Biro, cuma kelihatan berperanan ketika menjelang PRK, kerana bajet media sosial UMNO sekarang disalurkan kepada PPUM. 80% pengisian media sosial PPUM semasa PRK pula sekadar merakam aktiviti KP & exco berselfie di PDM, bukan meletakkan serangan menjatuhkan calon pembangkang sebagai prioriti.

14. Di luar radar PRK pula BMS dan Biro Penerangan PPUM yang sepatutnya menjadi baris hadapan penyaluran maklumat parti tiada langsung menampakkan impak, selain bertindak sebagai 'biro pertanyaan' yang mendesak kepimpinan sendiri, bukan pemimpin pembangkang. Mereka tidak menguasai isu dan gagal menjelaskan isu bagi pihak kerajaan/BN, kerana itu kita belum pernah dapat lihat barisan exco PPUM hari ini yang berani berhadapan dengan pemimpin pembangkang untuk mempertahankan BN... situasi yang jauh berbeza dengan keberanian exco-exco PPUM terdahulu.

15. Berbeza dengan Unit Media Baru (UMB) dalam sayap PPUM musim lepas yang diketuai oleh Tun Faisal Ismail yang meletakkan kepentingan parti melebihi kepentingan KJ sendiri sebagai ketua, dengan menggerakkan tentera siber di seluruh negara seawal penubuhan pada 2009, dengan siri kursus dan latihan terutamanya di negeri-negeri yang ditadbir pembangkang. BACA SINI [KLIK]

16. Menyedari platfom media sosial akan menjadi battlefield paling sengit dalam PRU13, lebih setahun sebelumnya UMB berusaha melatih lebih 500 mahasiswa IPT yang berminat untuk membantu BN/kerajaan menjadi 'keyboard warriors' menghadapi PRU13. Tapi peranan mereka kini sudah kelayuan kerana kebanyakan daripada mereka sudah menamatkan pengajian & menumpukan komitmen kepada urusan kerja serta keluarga. BACA SINI [KLIK]

14. Sekiranya JMS diwujudkan, kumpulan mahasiswa & cytro negeri yang baru perlu dilatih dalam menangani perang siber dengan modul terbaru berpaksikan strategi utama iaitu mobile dan viraliti, bukan mewujudkan 'keyboard warriors' semata-mata.


15. BN sudah semakin tertinggal, tapi belum terlewat untuk mengejar jika kita fahami [i] milestone mana yang perlu dikejar/diatasi, [ii] siapa yang selayaknya mengemudi haluan dan [iii] cara bagaimana paling ampuh untuk mendahului & menewaskan mereka. 

Baca lebih lanjut disini:  http://www.1peluru.com/2015/08/keyboard-warriors-vs-viraliti.html - 

No comments :

DISCLAIMER

Blog ini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian blog ini. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Penulis tidak memaksa anda memasuki blog ini dan tidak akan bertanggungjawab jika ada yang tercedera atau tersinggung emosi, atau disaman jika melanggar akta mesin cetak dan lain-lain undang-undang yang berkaitan. Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.