Megat Panjialam

. إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الَّذِينَ يُقَاتِلُونَ فِي سَبِيلِهِ صَفّاً كَأَنَّهُم بُنيَانٌ مَّرْصُوص 61.4. Sesungguhnya Allah menyukai orang yang berperang dijalan-Nya dalam barisan yang teratur seakan-akan mereka seperti suatu bangunan yang tersusun kokoh.

Saturday, October 4, 2014

14 9 Editor Harakahdaily Merintih Harga Minyak Naik Sambil Mengisi Minyak Pada Kereta Nissan Teana


Amat sedih dan pilu apabila membaca posting yang dibuat oleh Pengarang dan Editor Harakahdaily yang juga blogger PAS blog Sanggah Tok Sago, Tarmizi Mohd Jam, apabila beliau mengeluh dengan kenaikan harga minyak semalam sebanyak 20 sen. Baru sahaja hendak bersimpati, apabila melihatkan gambar yang dipaparkan rupanya kereta Nissan Teana. Kereta mewah tu yang berharga lebih dari RM100,000! Golongan hartawan dan banyak duit (kalau tidak tentu tidak mampu membeli kereta mewah ini kan dan hanya mampu pakai kereta kancil, tiara atau motorsikal) secara tiba-tiba menjadi Rakyat Marhaen yang terkesan dengan kenaikan minyak.

Manakala di butik dan restoren mewah di dalam KLCC dan juga Pavillion penuh dengan orang ramai. Mungkin golongan ini juga terkesan dengan kenaikan harga minyak sebanyak 20 sen. Mereka tidak kisah berbelanja mewah walaupun 'penuh-penuh' mulut mengutuk Kerajaan mengurangkan subsidi minyak. Yang lebih memilukan sehingga sebak dada ini apabila membaca posting-posting yang terdapat di laman sosial Facebook, sejak petang tadi.

Jalanraya menuju ke Utara, Selatan dan Pantai Timur penuh sesak dengan kenderaan untuk pulang ke kampung berhari raya Aidil Adha. Golongan ini juga terkesan dengan kenaikan harga minyak apabila mereka tidak kisah membayar harga petrol dan diesel untuk mengharungi lebuhraya dan jalan persekutuan yang penuh sesak. Golongan ini akan sekali lagi menempuh jam pada Hari Ahad dan Isnin apabila kembali ke Ibu Kota untuk kembali bertugas. Mungkin apabila sampai ke kampung akan sambung memaki hamun Kerajaan mengurangkan subsidi minyak. Sedih kan? 




Ini pula gambar-gambar yang dimuatnaik oleh rakan Facebook di sebuah pasaraya terkenal di Kuala Lumpur. Amat sedih dan pilu apabila Rakyat Malaysia terkesan dengan kenaikan harga minyak sehingga mereka naik minyak keluar membeli belah. Kesian Rakyat Malaysia kan?






No comments :

DISCLAIMER

Blog ini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian blog ini. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Penulis tidak memaksa anda memasuki blog ini dan tidak akan bertanggungjawab jika ada yang tercedera atau tersinggung emosi, atau disaman jika melanggar akta mesin cetak dan lain-lain undang-undang yang berkaitan. Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.