Megat Panjialam

. إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الَّذِينَ يُقَاتِلُونَ فِي سَبِيلِهِ صَفّاً كَأَنَّهُم بُنيَانٌ مَّرْصُوص 61.4. Sesungguhnya Allah menyukai orang yang berperang dijalan-Nya dalam barisan yang teratur seakan-akan mereka seperti suatu bangunan yang tersusun kokoh.

Wednesday, October 1, 2014

Antara Hazirah Yang Memperolehi Phd Usia 24 Tahun Dan Adam Adli..



Hazzirah Izzati Mat Lazim memang tidak sepopular Adam Adli.Hazirah hanyalah gadis biasa tapi mempunyai kebolehan yang luar biasa dengan pencapaian cemerlang didalam bidang akademik memperolehi Phd pada awal usia 24 tahun.Pencapaian beliau seharusnya mendapat liputan meluas media dan wajar dijadikan ikon kepada generasi kini khususnya anak-anak Melayu.Tentunya gadis ini memberikan keutamaan kepada pelajaran berbanding perkara-perkara lain adalah antara kunci utama kejayaan beliau.

Bukan dengan niat mempolitikkan gadis ini tetapi jika perbandingan dibuat dengan tujuan kebaikan anak bangsa apa salahnya dan dimana silapnya.Kejayaan menempa nama sebagai pelajar Melayu yang mendapat usia 24 tahun jauh lebih bermakna dari kejayaan Adam Adli menjadi bekas pelajar di pusat pengajian tinggi berulang alik ke balai polis menghadapi pelbagai tuduhan jenayah.Naik turun mahkamah dan menjadi buruan lensa Adam Adli kelihatan berbangga dan riak.Mempunyai pengikut yang menyokong membabi buta tanpa memikirkan kesan kepada generasi muda khususnya pelajar Melayu yang berada di menara gading.

Mahasiswa serta mahasiswi dihasut menjadi kurang ajar dan bersikap seperti extremis kononnya ingin menjadi pejuang dengan menjadi alat perkakasan parti politik pembangkang.Berguling-guling dijalanraya menjadi riadah mereka di setiap hujung minggu sambil menjaja sepanduk perjuangan di jalanan begitu meloyakan.Tutur kata kesat provokasi kepada pemerintah menjadi siulan dan tentunya tersemat di benak mereka seakan lupa siapakah diri mereka sebenarnya.

Antara mereka berdua Hazzirah Izzati dan Adam Adli ..siapakah wajar menjadi wira atau wirawati.Jika watak antagonis lebih menarik perhatian anak -anak Melayu,betapa malangnya segala pengorbanan generasi terdahulu untuk memastikan Melayu mampu berdiri sama tinggi dan duduk sama tinggi dengan bangsa yang lebih terkehadapan berbanding kita.


Biodata Hazzirah Izzati

Hazzirah Izzati Mat Hassim dilahirkan pada 18 Mei 1990 di Kota Bharu, Kelantan. Beliau merupakan anak kedua daripada 8 orang adik beradik, anak kepada pasangan Mat Hassim bin Daud, seorang Penolong Pegawai Perubatan di Unit Kecemasan, Hospital Tumpat, Kelantan dan Martinawati bt. Salleh, seorang guru Bahasa Melayu di Sekolah Kebangsaan Kubang Kerian 1.

Hazzirah memulakan pengajian peringkat awal di Sekolah Kebangsaan Kubang Kerian (1) pada tahun 1997. Pada tahun 1999, beliau menduduki peperiksaan Penilaian Tahap Satu (PTS) yang membolehkannya melangkau ke Tahun 5 pada usia 10 tahun. Kelulusan 5A dalam Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) telah melayakkannya untuk diterima masuk bagi meneruskan pengajian di Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Kuala Krai pada tahun 2002 selama 3 tahun. Selepas tamat Peperiksaan Menengah Rendah (PMR) dengan keputusan 8A, beliau memohon untuk ke MRSM Bitara Pengkalan Chepa bagi meneruskan pengajian tingkatan 4 dan 5. Peluang belajar di MRSM Bitara Pengkalan Chepa dimanfaatkan sepenuhnya sehingga ditawarkan untuk turut serta dalam Program Ekspress UTM-MARA di Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Johor Bahru : sebaik sahaja tamat peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada tahun 2006 dalam usia 16 tahun. Pemilihan pelajar untuk mengikuti program ini adalah berdasarkan keputusan peperiksaan percubaan SPM. Beliau kemudiannya mengikuti Program Persediaan Pra-Ijazah selama enam (6) bulan di UTM Johor Bahru bermula Januari 2007 hingga Jun 2007. Berdasarkan keputusan SPM (7A1, 3A2) dan keputusan peperiksaan akhir Program Ekspress UTM-MARA beliau berjaya untuk menyambung pengajian ke peringkat Ijazah Sarjana Muda Sains (Matematik) dengan mendapat pinjaman boleh ubah dari MARA.

Selepas tiga (3) tahun mengharungi pengajian, beliau berjaya menamatkan pengajian dan bergraduasi pada Oktober 2010 dan telah dianugerahkan Ijazah Sarjana Muda Sains (Matematik) dengan Kepujian Kelas Pertama dalam usia 20 tahun. Ekoran daripada itu, pihak MARA telah menukarkan pinjaman boleh ubah kepada biasiswa penuh. Beliau kemudiannya ditawarkan pula oleh UTM untuk melanjutkan pengajian terus ke peringkat Doktor Falsafah (Ph.D) di bawah program Ph.D Fast Track UTM. Beliau menerima tawaran dan memilih untuk menjalankan kajian dalam bidang Matematik Tulen di Jabatan Sains Matematik, Fakulti Sains, UTM Johor Bahru dan menerima biasiswa MyPhD yang ditawarkan oleh pihak KPT.  Beliau menerima tawaran dan memilih untuk menjalankan kajian dalam bidang Matematik Tulen di Jabatan Sains Matematik, Fakulti Sains, UTM Johor Bahru dan menerima biasiswa MyPhD yang ditawarkan oleh pihak KPT.

Di bawah seliaan Prof. Dr Nor Haniza Sarmin dan Dr Nor Muhainiah Mohd Ali, objektif utama tesis Ph.D beliau yang bertajuk “The Homological Functors of Bieberbach Groups with Cyclic Point Groups of Order Two, Three and Five” adalah untuk menentukan beberapa struktur matematik baru bagi kumpulan kristalografi bebas kilasan yang dikenali sebagai kumpulan Bieberbach. Sepanjang pengajian, beliau telah berjaya menerbitkan beberapa kertas kerja dalam jurnal-jurnal berindeks dan tidak berindeks (lihat lampiran untuk senarai penerbitan beliau). Selain itu, beliau turut menyumbang dalam penerbitan buku “Advances in Group Theory, DNA Splicing and Complex Analysis” melalui dua bab bertajuk “The Nonabelian Tensor Squares of Some 2-Engel Groups” serta “Homological Functors of Some Finite Two-Generator Two-Groups of Nilpotency Class Two”. Beliau juga telah berjaya mendapatkan hakcipta dari UTM untuk projek beliau yang bertajuk “GAP Algorithms on the Computation of the Nonabelian Tensor Squares and Homological Functors of 2-Engel Groups of Order at Most 16 (GAP_NTS&HF2E)”.

Bagi meluaskan jaringan penyelidikan yang dijalankan, beliau terlibat secara aktif dalam kolaborasi penyelidikan bersama penyelidik dari Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI). Di samping itu, dalam menyempurnakan kajian projek Ph.D, beliau telah mengikuti Penyelidikan Sangkutan (Research Attachment) di bawah penyeliaan penyelidik ternama dari universiti di dalam dan luar negara termasuk UPSI, Perak pada April 2012, Januari 2013 dan April 2013; Ferdowsi University of Masshad, Iran pada Januari – Februari 2012, University of Palermo, Itali pada April 2012 dan University of Brasilia, Brazil pada Mei 2013. Beliau juga telah membentangkan hasil penyelidikannya di persidangan antarabangsa seperti Iranian Algebra Seminar di Sabzevar, Iran pada Januari 2012 , Biennial International Group Theory Conference di Istanbul, Turki pada Februari 2013, Asian Mathematical Conference di Busan, Korea pada Julai 2013, Algebra Seminar di University of Brasilia, Brazil pada Mei 2013 dan Algebra Seminar di Bandung, Indonesia November 2013. Tidak hanya tertumpu pada akademik dan penyelidikan, beliau turut bergiat aktif dalam persatuan Pasca Siswazah di peringkat Jabatan dan Fakulti serta terlibat dalam penganjuran beberapa program seperti Bengkel LATEX, Bengkel Groups, Algorithms and Programming (GAP), Bengkel Penyediaan Tesis dan Jurnal serta persidangan peringkat antarabangsa termasuk Biennal International Group Theory Conference (BIGTC) yang diadakan pada Februari 2011 dan International Science Postgraduate Conference (ISPC) pada November 2012. Di samping itu, beliau turut melibatkan diri sebagai ahli jawatankuasa pelaksana beberapa program anjuran Persatuan Sains Matematik Malaysia (PERSAMA) seperti Olimpiad Matematik Kebangsaan (2010-2014) dan Anugerah PERSAMA (2010-2012).

Tidak hanya tertumpu pada akademik dan penyelidikan, beliau turut bergiat aktif dalam persatuan Pasca Siswazah di peringkat Jabatan dan Fakulti serta terlibat dalam penganjuran beberapa program seperti Bengkel LATEX, Bengkel Groups, Algorithms and Programming (GAP), Bengkel Penyediaan Tesis dan Jurnal serta persidangan peringkat antarabangsa termasuk Biennal International Group Theory Conference (BIGTC) yang diadakan pada Februari 2011 dan International Science Postgraduate Conference (ISPC) pada November 2012. Di samping itu, beliau turut melibatkan diri sebagai ahli jawatankuasa pelaksana beberapa program anjuran Persatuan Sains Matematik Malaysia (PERSAMA) seperti Olimpiad Matematik Kebangsaan (2010-2014) dan Anugerah PERSAMA (2010-2012).

Pada 1 April 2014, Hazzirah telah menjalani Peperiksaan Lisan bagi pengajian Doktor Falsafahnya dan tesis Ph.D beliau telah diluluskan dengan pembetulan kecil. Setelah menyiap dan menghantar pembetulan tesis, beliau telah diperakukan oleh Jawatankuasa Senat UTM dan lulus Ijazah Doktor Falsafah pada usia 24 tahun 2 bulan.


Sumber

4 comments :

Anonymous said...

SYUKUR ALHAMDULILLAH dgn. keistimewaan/kecerdikan yg. sungguh luar biasa diwarisi anak Hazirah ini! Harapnya kecerdikannya terus diasah utk. jadi SAINTIS Islam/Melayu terkemuka - mungkin anak-anak Islam/Melayu dan Bumiputera lain miskin, serta anak-anak PELARIAN dari kaum Rohingya, Palestin, Afrika dsbnya, boleh di tempatkan juga di bawah naungan Hazirah dll, di kem-kem pendidikan khas, utk. memotivasikan dan melahirkan lebih ramai SAINTIS muda Islam/Melayu serta Bumiputera lain, tetapi juga yg. berakhlak tinggi!

Yg. si mamat-PKRSODOM tu pula, aku syak dah jauh hanyut jadi SAMPAH Masyarakat!

Makcik Sambal Belacan.



Anonymous said...

Masalahnya budak2 melayu lg suka jd hantu dr manusia. Dulu sifat anarkis setakat zaman U saja. Bila dah keluar dan berkarier benda2 ikut hawa nafsu dan perasaan ni akan ditinggalkan. Tp skrg aku nengok trendnya berterusan smp dah kerja dan kawin serta beranak pinak pun masih ikut sifat anarkis. Ternyata melayu semakin pendek akal dari generasi ke generasi. Tahniah pd parti2 pembangkang krn doktrin menghancurkan anda sudah bejaya.

jentayu

Anonymous said...

Tahniah Hazirah! Jika melihat perjalanan kejayaan Hazirah, Melayu jugak yang membantu beliau. Maknanya, Melayu boleh cemerlang jika saling bantu membantu.

Anonymous said...

UMUM NYA MELAYU MEMANG CERDIK.
TETAPI ADA YANG PILH NAK JADI BODOH.
TEPUK DADA TANYA SELERA.

2 ANAK SAYA ADA Phd, 2 MASTERS DAN SATU PROFESSIONAL AKAUNTAN.

KINI MEREKA BERGERAK DALAM UMNO.

DISCLAIMER

Blog ini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian blog ini. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Penulis tidak memaksa anda memasuki blog ini dan tidak akan bertanggungjawab jika ada yang tercedera atau tersinggung emosi, atau disaman jika melanggar akta mesin cetak dan lain-lain undang-undang yang berkaitan. Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.