Megat Panjialam

. إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الَّذِينَ يُقَاتِلُونَ فِي سَبِيلِهِ صَفّاً كَأَنَّهُم بُنيَانٌ مَّرْصُوص 61.4. Sesungguhnya Allah menyukai orang yang berperang dijalan-Nya dalam barisan yang teratur seakan-akan mereka seperti suatu bangunan yang tersusun kokoh.

Wednesday, October 8, 2014

(MANTAP IV) Dato' Razali Lebih Cerdik. Bilakah KJ Zumba Akan Mula Berkerja?


7 Oktober 2014, Kuala Lumpur, lebih 100 mahasiswa yang cenderung ke arah politik kepartian hari ini diserahkan kepada Ahli-ahli Parlimen Barisan Nasional sebagai intern bagi memberi peluang kepada mahasiswa untuk mengenal erti politik sebenar.



Majlis penyerahan disempurnakan oleh Ahli Parlimen Muar, YB Dato' Razali Ibrahim merangkap Pengerusi MANTAP (Mahasiswa Turun Parlimen). Majlis berlangsung pada awal tengahari tadi adalah termasuk intern yang akan bertugas di bawah seliaan Perdana Menteri, menteri-menteri kabinet dan Ahli-ahli Parlimen Barisan Nasional.

Antara yang turut hadir Timbalan Menteri, YB Datuk Halimah Sadique, Pengerusi BNBBC, YB Tan Sri Shahrir Samad, serta Ahli-ahli Parlimen Barisan Nasional.



Perkara itu disebut kenyataan media yang dikeluarkan oleh Majlis Ahli Parlimen Barisan Nasional (BNBBC) sebaik selesai Majlis Penyerahan Peserta Mahasiswa Turun Parlimen (MANTAP IV) dekat Dewan Parlimen, tengahari tadi.

Menurut kenyataan sama, MANTAP IV pada tahun ini telah dianjurkan oleh Barisan Nasional Backbenchers Club (BNBBC) dengan kerjasama Biro Tata Negara (BTN) dan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM).

MANTAP IV merupakan cetusan idea Y.B. Dato’ Razali Ibrahim, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri merangkap Pengerusi MANTAP IV yang juga turut hadir dalam Majlis Penyerahan Peserta Internship Mahasiswa Turun Perlimen (MANTAP) IV.




Program MANTAP telah bermula pada tahun 2011 dan kini telah memasuki siri ke-4 di mana pengambilan mahasiswa kali ini lebih dititikberatkan atas sambutan yang mengalakkan pada siri-siri MANTAP yang sebelumnya.

Antara kriteria mahasiswa yang diketengahkan pada siri MANTAP IV ialah berpengetahuan luas, mempunyai latar belakang agama yang baik, semangat patriotisme yang jitu, semangat 1 Malaysia dan juga ketahanan mental dan fizikal yang kuat.



Para peserta MANTAP IV merupakan himpunan mahasiswa yang telah berjaya dipilih melalui proses pemilihan secara online di website rasmi MANTAP IV,www.mantap4.com

Pemilihan secara terbuka ini telah berjaya mengumpulkan mahasiswa dari pelbagai lapisan masyarakat termasuk penglibatan mahasiswa daripada kaum Cina dan India.

Kerjasama yang telah diberikan oleh Ahli Parlimen Barisan Nasional untuk pengambil peserta MANTAP IV sebagai mentee juga membuka peluang yang baik kepada mahasiswa untuk berasa lebih dekat bersama wakil rakyat. Disamping itu, dapat menuntut ilmu dan pengalaman sebagai pelatih kepada wakil rakyat. 

Pada 28 September sehingga 3 Oktober 2014 telah dijalankan kursus MANTAP IV di Kem Bina Negara Tanjung Ryu kepada semua peserta sebagai persiapan kepada mereka sebelum menjadi pelatih kepada Ahli Parlimen Barisan Nasional.

Antara aspek yang dilatih ketika khusus ialah keadaan politik semasa, pengetahuan mengenai hubungan parlimen-perlembagaan, gerak kerja keselamatan dan struktur kepimpinan negara. Setiap modul dan latihan yang dijalani pelatih telah diselia oleh kumpulan profesional, antaranya Prof. Madya Dr. Shamrahayu Ab. Aziz dan Dr. Kamril Juraidi.  


No comments :

DISCLAIMER

Blog ini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian blog ini. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Penulis tidak memaksa anda memasuki blog ini dan tidak akan bertanggungjawab jika ada yang tercedera atau tersinggung emosi, atau disaman jika melanggar akta mesin cetak dan lain-lain undang-undang yang berkaitan. Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.