Megat Panjialam

. إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الَّذِينَ يُقَاتِلُونَ فِي سَبِيلِهِ صَفّاً كَأَنَّهُم بُنيَانٌ مَّرْصُوص 61.4. Sesungguhnya Allah menyukai orang yang berperang dijalan-Nya dalam barisan yang teratur seakan-akan mereka seperti suatu bangunan yang tersusun kokoh.

Saturday, October 18, 2014

Isteri Ustaz Rentung Dipanah Petir Ketika Berzina Dengan Lelaki Lain

Gambar Hiasan

Hashim merupa kan seorang ustaz di sebuah daerah, mempunyai perwatakan yang baik,di kampung beliau mengajar anak-anak mengaji,dan mempunyai seorang isteri yang mempunyai paras rupa yang cantik dan dari keluarga yang berada,manakala suami nya hanyalah seorang guru agama di sebuah pondok,namun kebahagian mereka terserlah,dan mereka di kurnia kan seorang anak perempuan berusia setahun,pada awalnya Hashim agak hairan kerana anak nya mempunyai rupa yang berbeza,serta bentuk tubuh yang kurus serta berkulit agak gelap sedang kan diri nya bukan lah tinggi sama juga dengan isterinya,dan yang lebih menghairan kan Hashim hidung anak nya mancung.kerana mempunyai iman dan pegangan ugama yang kuat,Hashim menganggap itu satu anugerah untuk keluarga nya.

Hashim akan berada di rumah ketika malam sahaja,kecuali Jumaat baru lah beliau tidak mengajar,maka tinggal lah isteri nya bersama anak kecil di rumah,sehingga lah pada satu hari ketika balik dari pondok Hashim mendapat kemalangan,sehingga tidak sedarkan diri dan terlantar di hospital.selama empat bulan baru lah Hashim sedarkan diri. Ketika balik,Hashim berehat dan gembira dapat bertemu anak isteri nya setelah empat bulan tidak bersua. Seminggu selepas itu Hashim memulakan tugas nya iaitu mengajar di pondok, seperti biasasehingga kemalam barulah Hashim balik kerumah. Malam itu lah Hashim bermimpi melihat isteri nya memelihara seekor ular sawa yang mempunyai kulit yang amat menarik sehingga Hashim terjaga dari mimpi dalam keadaan berpeluh dan melihat isterinya tiada di sebelah. Hashim bangun dan mencari isteri nya, ternyata isterinya muntah dan memberitahu Hashim kepalanya sakit.

Keesokannya Hashim mengambil cuti dan membawa isterinya ke klinik berhampiran kampung mereka. Setelah diperiksa, doktor mengucapkan tahniah kepada Hashim kerana isteri nya telah mengandung empat bulan ! Hashim menjadi bingung kerana dia baru balik dari hospital dan berada bersama keluarga mereka belum sebulan. Ketika tiba di rumah Hashim bertanya kepada isteri nya namun isteri Hashim berkeras menafikan dan memberitahu itu adalah benih Hashim sehingga siisteri sanggup bersumpah mengatakan itu ialah anak mereka. Perwatakan baik dan sopan santun yang selama ini di percayai dan dibanggakan oleh Hashim hilang sekelip mata kerana Hashim mula mencurigai isterinyasehingga lah dia berdoa dan memohon petunjuk jika itu memang anaknya.

Keesokan harinya ketika waktu itu hujan turun dengan renyai-renyai, namun Hashim gagah kan langkah menuju ke pondok menggunakan baju kalis hujan,walaupun guruh berdentum di langit Hashim tetap ke pondok untuk mengajar kerana kewajiban. Ketika mengajar sekitar pukul dua petang, Hashim telah dikejutkan dengan satu panggilan dari ayah nyadi talian Hashim di minta untuk balik secepat mungkin kerana sesuatu yang kurang baik telah berlaku.

Hashim meletakkan telefon dan terus bergegas untuk balik meredah hujan. Ketika tiba di rumah dalam keadaan basah kuyup Hashim melihat ibu bapa dan keluarga mertuanya turut  ada di rumah. Selepas memberi salam Hashim mendukung anak perempuannya dan bertanya apa yang berlaku kepada ayahnya namun ayahnya cuma membisu dan meminta Hashim melihat sendiri. Ketika melangkah ke dalam bilik tidur mereka,  terperanjat melihat dua tubuh yang melekat dalam keadaan renting dan dalam masa yang sama mengeluarkan kan bau yang amat meloyakan. Hashim hampir rebah bila melihat jasad isteri nya yang rentung bersama seorang lelaki asing berkulit gelap tidak bernyawa.

Ibu mertua Hashim meraung menagis meratapi anak perempuannya yang mati dalam keadaan mengaibkan. Ketika itu lah ayah Hashim memberitahu yang mereka kebetulan datang untuk menziarah sambil berhajat untuk melihat menantunya yang hamil namun lain pula yang mereka temui. Hashim bertawakal dan menganggap itu satu ujian besar dalam hidupnya. Hashim tetap menjaga anak perempuan mereka walaupun mula sedar bahawa itu hasil kecurangan isterinya. Beliau tidak menyangka isterinya yang baik sanggup menikam dirinya dari belakang.

Semoga kisah ini menjadi pengajaran dan ikhtibar untuk kita semua. Usah lah kita terlalu taksub melaksanakan tugas sehingga lupa akan keselamatan dan kebajikan keluarga. Bersama-samalah kita mendoakan agar roh siisteri diampunkan, dan ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman.

(terima kasih untuk sumber, Haji Minhat) 

DISCLAIMER

Blog ini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian blog ini. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Penulis tidak memaksa anda memasuki blog ini dan tidak akan bertanggungjawab jika ada yang tercedera atau tersinggung emosi, atau disaman jika melanggar akta mesin cetak dan lain-lain undang-undang yang berkaitan. Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.