Megat Panjialam

. إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الَّذِينَ يُقَاتِلُونَ فِي سَبِيلِهِ صَفّاً كَأَنَّهُم بُنيَانٌ مَّرْصُوص 61.4. Sesungguhnya Allah menyukai orang yang berperang dijalan-Nya dalam barisan yang teratur seakan-akan mereka seperti suatu bangunan yang tersusun kokoh.

Sunday, October 12, 2014

Monopoli gula wujudkan empayar Robert Kuok

[190210+mainpix.jpg]


Temubual dengan Shen Yee Aun (SYA), anak muda berbangsa Cina itu memberitahu, undi masyarakat Cina solid kepada pembangkang, kerana ada pihak yang mengapi-api sentimen kemarahan bangsa itu dengan menuduh polisi kerajaan majukan taikun Melayu supaya merampas kekayaan orang Cina.

Taikun Melayu yang sering disebut oleh ‘batu api’ itu adalah Syed Mokhtar.

Sebelum ini Robert Kuok merupakan satu-satunya individu yang memonopoli gula, namun DAPIG tidak mengkritik monopoli Raja Gula tersebut.

Berbanding dengan Syed Mokhtar, semasa Robert Kuok bergelar ‘Raja Gula’ berlaku krisis ‘ketiadaan gula di pasaran’ ketika menjelangnya Pilihanraya Umum ke-12 (PRU 12).  
(http://wwwmegatpanjialam.blogspot.com/2012/12/siapa-monopoli-gula-di-malaysia-jom.html)




Monopoli gula wujudkan empayar Robert Kuok


1. Ramai khalayak terutama orang Melayu tidak tahu yang tidak tahu kapitalis Cina dan India yang jadi kaya raya atas bantuan kerajaan, tapi Orang Melayu ditanam dengan pendapat yang orang Cina pandai berniaga.

2.Sekarang kita nak cerita sikit lagi hal tauke Cina yang terkaya di negara kita walaupun dia dah lama tinggalkan Malaysia. Tauke itu adalah Robert Kuok Hock Nien 'Raja Gula'. Dalam kajian tahunan terbaru majalah Malaysian Business (16 Februari), nilai kekayaan beliau adalah RM43 bilion.

3. Dia dah lama pindah ke Hong Kong. Sejak dua tiga tahun ini pula, dia jual atau tarik keluar banyak pelaburan dia di Malaysia. Anak-anak dan suku sakat dia pun tak lagi rapat dengan Malaysia macam dia atau mendiang bapa dia, Kuok Keng Kang.

4. Mungkinkah ini punca rizab antarabangsa kita jatuh merudum tahun lepas. Syarikat korporat dan kapitalis macam Robert Kuok, YTL, Genting, IOI dan Rimbunan Hijau banyak bawa keluar duit untuk dilabur atau disimpan di luar negara, khasnya Singapura. Tak hairanlah dah tiga empat tahun lebih banyak modal Malaysia pergi ke Singapura daripada modal Singapura datang ke Malaysia.

5. Dalam masa setahun hingga 15 Jun tahun lepas, simpanan asing kita jatuh RM29.1 bilion daripada RM125.8 bilion kepada RM96.7 bilion kerana pengaliran keluar ini. Empayar Kuok mula kecil-kecilan pada awal abad ke-20 bila Kuok Keng Kang berhijrah dari wilayah Fujian di Negeri China ke Tanah Melayu pada 1909.

6. Catatan dalam buku mengenai Allahyarham Tun Dr Ismail Abdul Rahman, The Reluctant Politician: Tun Dr Ismail and His Time antara lain berbunyi:

"The patriarch was Kuok Keng Kang, also from Foochow, a late immigrant to Johor Bahru, who had to face fierce competition from the dominant Teochews, and who attributed his subsequent success to the help he received from the Malay community. By 1920, Kuok's fortune was already made, and he was among the very few who could afford the new luxury of motorcars."

(Ketua keluarganya adalah Kuok Keng Kang, juga dari Foochow, seorang pendatang baru ke Johor Bharu, yang mendapat persaingan hebat dari puak Teochew. Kuok Keng Kang juga berjaya hasil bantuan yang diterimanya daripada masyarakat Melayu. Menjelang tahun 1920, Kuok Keng Kang sudah pun menjadi kaya raya, dan menjadi antara segelintir orang yang mampu memiliki beberapa buah kereta mewah).

7. Orang Melayu ni baik dan pelik. Dia tolong semua orang. Kadang-kadang dia tolong orang bangsa lain lebih daripada dia tolong bangsa sendiri. Dengan bangsa sendiri dia kira. Dengan orang bangsa lain dia cincai.

8. Kuok Keng Kang mula berniaga beras, gula dan tepung gandum di Johor Bahru dengan pertolongan pembesar Melayu. Ada sebuah cerita dalam akhbar The Star tidak lama dulu yang kata pembesar Melayu Johorlah yang tolong sembuhkan Kuok Keng Kang daripada penagihan candu.

9. Roberk Kuok dan saudara lelakinya, Philips dan William dihantar belajar di sekolah Inggeris. Philips akhirnya jadi diplomat tapi William yang masuk Parti Komunis Malaya ditembak mati oleh Inggeris pada 1952.

10. Antara kawan sekolah Robert Kuok di Kolej Raffles, Singapura adalah Allahyarham Tun Abdul Razak Hussein, Allahyarham Tun Hussein Onn dan Lee Kuan Yew.

11. Robert Kuok sah jadi Raja Gula dengan bantuan kerajaan bila pada 1968 bila dia tubuh syarikat Perlis Plantation Berhad (PPB) bagi menyahut seruan kerajaan mewujudkan industri gula tempatan.

12. Syarikat itu dibagi tanah di Perlis dan monopoli untuk import, proses dan edar gula sampai tahun lalu bila Kuok jual sahamnya dalam perniagaan gula kepada Felda Global Ventures, anak syarikat Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda).

13. Dengan keuntungan daripada monopoli gula itulah, Robert Kuok bina empayar perniagaannya di Malaysia yang kemudian berkembang ke Singapura, Hong Kong, Negeri China dan ke seluruh dunia. Kalau pun betul orang Cina pandai berniaga, tapi di Malaysia mereka berjaya dan ramai jadi kaya raya kerana turut dibantu oleh kerajaan.

(sumber;http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Friday/Rencana/20100218235252/Article)

1 comment :

Anonymous said...

dgn bantu pembesar melayu juga klu nk berjaya..
sampai sekaranf amalan begitu beelaku.

DISCLAIMER

Blog ini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian blog ini. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Penulis tidak memaksa anda memasuki blog ini dan tidak akan bertanggungjawab jika ada yang tercedera atau tersinggung emosi, atau disaman jika melanggar akta mesin cetak dan lain-lain undang-undang yang berkaitan. Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.