Megat Panjialam

. إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الَّذِينَ يُقَاتِلُونَ فِي سَبِيلِهِ صَفّاً كَأَنَّهُم بُنيَانٌ مَّرْصُوص 61.4. Sesungguhnya Allah menyukai orang yang berperang dijalan-Nya dalam barisan yang teratur seakan-akan mereka seperti suatu bangunan yang tersusun kokoh.

Saturday, October 18, 2014

Amaran Utk Azmin Telah Keluar

Sallehin Mukhyi Balas Dendam dan Ingatkan Azmin, Bagaimana Dia Boleh Jadi MB Selangor

 

Azmin Ali naik jadi Menteri Besar Selangor kerana namanya diusulkan oleh PAS. Kalau diharapkan kepada DAP dan parti yang dia sendiri menjadi Timbalan Presiden, PKR, Azmin Ali hanya kekal sebagai ADUN Bukit Antarabangsa dan tidak mempunyai sebarang peranan kecuali kontrak di Majlis Perbandaran Ampang Jaya yang dia terpaksa pula berkongsi dengan Zuraidah Kamaruddin, si Mak Lampir, Ahli Parlimen Ampang.

Selepas PKR dan DAP sebulat suara serta hanya menamakan Wan Azizah sebagai calon tunggal untuk jawatan Menteri Besar Selangor, hanya PAS sahaja yang terus mengekalkan sokongan tidak berbelah bahagi kepada Azmin Ali walaupun dua daripada ADUN mereka yang diketahui amat kuat menyokong Anwar Ibrahim dan Teresa Kok, memilih untuk berpaling tadah.

Tempoh sebelum Azmin Ali dinaikkan menjadi Menteri Besar Selangor dan mendapat perkenan daripada DYMM Sultan Selangor, kerajaan negeri Selangor hanya diwakili oleh empat orang Exco dari PAS dan Khalid Ibrahim selaku Menteri Besar. Walaupun DAP dan PKR mahu mewujudkan Selangor sebagai negeri yang penuh kacau bilau menerusi desakan agar kerajaan sementara Khalid Ibrahim meletak jawatan, PAS tetap meneruskan sokongan kepada Azmin Ali dan mempertahankan keputusan mereka sekalipun PKR dan DAP menjadikan PAS sebagai bahan sesahan mereka.

Sehinggalah Azmin Ali dinaikkan menjadi Menteri Besar, rupa-rupanya budi dan jasa PAS tidak dihargai langsung oleh Azmin Ali. Kerana sokongan PAS, Azmin Ali menjadi Menteri Besar tetapi kerana PAS jugalah, Azmin Ali mahu mendapat nama semula dalam PKR dan meraih sokongan daripada DAP secara tidak berbelah bahagi.

 

PAS dikorbankan. ADUN-ADUN PAS yang memberikan sokongan tidak berbelah bahagi kepadanya, telah dibuang dan digantikan dengan ADUN-ADUN PKR dan DAP dalam barisan kabinet negerinya.

Sallehin Mukhyi yang merupakan salah seorang daripada ADUN dan bekas Exco yang memberikan sokongan tidak berbelah bahagi kepada Azmin Ali, dibuang dan dicampakkan. Bahkan diperhinakan seperti anjing.

Kini, para pengikut dan penyokong Sallehin Mukhyi dan PAS, mula menyedari bahawa Azmin Ali tidak boleh dipercayai. PKR dan DAP bukanlah kawan yang sesuai untuk mereka. Tetapi PAS telah terlambat. PAS telah terlewat untuk menyedari yang mereka tertipu.

Barangkali kerana kekecewaan itulah, beberapa pemidang yang menzahirkan luahan perasaan mereka boleh ditemui di serata Selangor. Gambar paling atas merupakan banner yang ditemui di Sabak Bernam, manakala banner kedua pula boleh ditemui di Kuala Selangor.


http://selangorchronicle.blogspot.com/2014/10/sallehin-mukhyi-balas-dendam-dan.html 

No comments :

DISCLAIMER

Blog ini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian blog ini. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Penulis tidak memaksa anda memasuki blog ini dan tidak akan bertanggungjawab jika ada yang tercedera atau tersinggung emosi, atau disaman jika melanggar akta mesin cetak dan lain-lain undang-undang yang berkaitan. Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.