Megat Panjialam

. إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الَّذِينَ يُقَاتِلُونَ فِي سَبِيلِهِ صَفّاً كَأَنَّهُم بُنيَانٌ مَّرْصُوص 61.4. Sesungguhnya Allah menyukai orang yang berperang dijalan-Nya dalam barisan yang teratur seakan-akan mereka seperti suatu bangunan yang tersusun kokoh.

Saturday, October 18, 2014

Dr Wan Azizah Yang Kalah Saman Dengan Felda Sambut Deepavali Di Klang ... Eh Bukan Kajang?


'Nenek Kipas Bersarung Tangan Putih' yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kajang, Dr Wan Azizah, meraikan kekalahan beliau dalam kes saman fitnah FELDA dan anak syarikatnya, FELDA Global Ventures Holdings Sdn Bhd (FGV), semalam dengan menghadiri majlis Deepavali di Klang, sebentar tadi.

FELDA dan FGV telah memenangi saman berkenaan terhadap Dr Wan Azizah dan dua yang lain iaitu Dr Syed Husin Ali, dan penulis artikel itu, Rusnizam Mahat, berhubung penerbitan dua artikel fitnah dalam akhbar PKR, Suara Keldaian.

Dua artikel fitnah jahat Dr Wan Azizah & Co. itu masing-masing bertajuk 'Felda Bankrap' yang diterbitkan pada 22 Jun 2010, dan 'Kontroversi' serta 'Bina Bangunan RM662 juta Hanya Libatkan Tiga Individu' yang diterbitkan bagi edisi 29 Jun 2010.


Agak pelik bagi Dr Wan Azizah yang masih boleh bersukaria dengan meraikan perayaan warisan keluarga suaminya, selepas didapati bersalah memfitnah. Dan lebih pelik lagi Dr Wan Azizah menyambut Deepavali di Klang dan bukannya di Kajang, DUNnya sendiri. Apa dia ingat dia Menteri Besar nak sambut perayaan satu Selangor?



No comments :

DISCLAIMER

Blog ini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian blog ini. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Penulis tidak memaksa anda memasuki blog ini dan tidak akan bertanggungjawab jika ada yang tercedera atau tersinggung emosi, atau disaman jika melanggar akta mesin cetak dan lain-lain undang-undang yang berkaitan. Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.