Megat Panjialam

. إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الَّذِينَ يُقَاتِلُونَ فِي سَبِيلِهِ صَفّاً كَأَنَّهُم بُنيَانٌ مَّرْصُوص 61.4. Sesungguhnya Allah menyukai orang yang berperang dijalan-Nya dalam barisan yang teratur seakan-akan mereka seperti suatu bangunan yang tersusun kokoh.

Saturday, May 17, 2014

DAP Cuba Elak PAS… Dan PAS Cuba Tutup Mulut Tentang Hudud

PRK Teluk Intan


PAS cuba maklum malah sangat sedar tentangan sengit kepada keinginan mereka untuk mewujudkan undang-undang hudud di negara ini sebenarnya mendapat tentangan yang paling kuat adalah dari DAP, bukannya MCA atau GERAKAN mahupun parti-parti nyamuk yang lain. Walau bagaimanapun, PAS tidak berani mengakui kebenaran tersebut sebaliknya terus bertaici kepada MCA dan GERAKAN walaupun dari semasa ke semasa, pelbagai peringkat kepimpinan dalam DAP terus lantang menyatakan ketidaksetujuan mereka dengan hukum hudud.

Penghalauan PAS dari Pakatan Rakyat juga telah dibuat secara terbuka. Jawatankuasa Teknikal berkaitan hudud yang merupakan kerjasama atau kolaborasi antara PAS dengan UMNO telah dilabelkan oleh DAP sebagai ancaman terbesar kepada kewujudan Pakatan Rakyat. PAS secara halus dikatakan tidak lagi berminat dan tidak lagi boleh dipercayai untuk terus berada dalam Pakatan Rakyat.

Isu hudud telah menyebabkan DAP cukup takut dan cuba mengelak daripada berada sepentas dengan para pemimpin PAS. Lebih ditakuti sekiranya para hadirin bertanya kepada para pemimpin DAP dan PAS yang berada di atas pentas yang sama, tentang hudud dan reaksi daripada kedua-dua parti tersebut.

Justeru, beberapa ceramah yang sepatutnya dikongsi bersama oleh PAS dan DAP, terpaksa dipinda, bahkan dibatalkan terus bagi mengelakkan perpindahan undi masyarakat Cina dan Melayu kepada pihak lawan ekoran kontroversi hudud.

Itulah yang berlaku dua malam sudah di Dewan Kwan Tung, Jalan Tokong, Taiping.  Sepatutnya satu ceramah PAS diadakan di situ. Malangnya, DAP telah melakukan tekanan dan membatalkan ceramah tersebut atas alasan bimbang memberi kesan kepada PRK Bukit Gelugor dan PRK Teluk Intan.

Akhirnya PAS terpaksa mengadakan ceramah di Markaz PAS Ayer Kuning. PAS benar-benar kecewa apabila DAP yang diketuai oleh Ahli Parlimen Taiping, Nga Kor Ming enggan memberikan kerjasama untuk mengumpulkan masyarakat Cina untuk hadir ke program berkenaan.

ADUN Pokok Assam dari DAP, Teh Kok Lim secara berterus-terang menyatakan bahawa isu hukum hudud yang dibawa oleh PAS Kelantan akan menggugat peluang kemenangan besar calon-calon DAP di Bukit Gelugor dan Teluk Intan. Tambahan pula, kenyataan susulan daripada Timbalan Menteri Besar Kelantan yang mengatakan, PAS tetap bercadang membawakan usul hukuman hudud ke Parlimen pada bulan September nanti, akan memberi ruang kepada calon-calon lawan meraih sokongan pengundi-pengundi Cina.

Usul tersebut sepatutnya dibentangkan dalam Sidang Dewan Rakyat pada bulan Jun nanti tetapi PAS yang didesak kuat oleh DAP, akhirnya menerusi Presiden parti, telah mengeluarkan kenyataan bahawa PAS menunda atau menangguhkan terlebih dahulu usul berkenaan dibentangkan di Parlimen bagi menyelamatkan air muka DAP dalam dua PRK.

Disebabkan itulah, dalam kempen-kempen pilihanraya yang berjalan di Bukit Gelugor dan pra-kempen di Teluk Intan, DAP dan PAS selagi boleh cuba mengelak daripada berada di atas pentas yang sama. Baik PAS mahupun DAP langsung tidak berani menyentuh tentang isu hudud di kalangan hadirin masing-masing. Sebaliknya apa yang dilakukan oleh pemimpin kedua-dua parti tersebut yang dikerahkan untuk berkempen ialah, mempergiatkan penyuburan sentimen agar rakyat bangun memberontak dan menumbangkan Kerajaan Barisan Nasional dengan sebarang cara.

Menariknya penyokong kedua-dua parti ini terus menyorak-nyorak dan mengejek-ngejek UMNO serta Barisan Nasional. Tanpa melihat apa yang berlaku dalam parti yang mereka sendiri sokong, Barisan Nasional dan UMNO khususnya dikatakan terus menentang hudud dan tidak selayaknya mengaku yang mereka beragama Islam.

Sedangkan pada masa yang sama, PAS sendiri bekerjasama rapat dengan UMNO untuk mendapatkan sokongan dan berkongsi kedudukan dalam Jawatankuasa Teknikal mengenai hudud yang telah pun dibentuk untuk mengkaji kelemahan-kelemahan yang terdapat dalam Undang-Undang Syariah (II) Kelantan untuk perlaksanaan di negeri berkenaan.

Yang mereka langsung tidak berani sentuh ialah KETAKUTAN PAS dan DAP menceramahkan hudud di atas pentas-pentas ceramah di PRK Bukit Gelugor dan PRK Teluk Intan. 

MyKmu

No comments :

DISCLAIMER

Blog ini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian blog ini. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Penulis tidak memaksa anda memasuki blog ini dan tidak akan bertanggungjawab jika ada yang tercedera atau tersinggung emosi, atau disaman jika melanggar akta mesin cetak dan lain-lain undang-undang yang berkaitan. Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.