Teluk
Intan – Raja Bomoh, Datuk Mahaguru Ibrahim Mat Zin jelas kecewa
dengan kenyataan Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim yang mengkritiknya
seolah-olah tidak pernah kenal dengannya.
Menurut
pengamal perubatan tradisional itu, Anwar pernah memintanya agar
menjaga Wan Azizah Ismail sekiranya berlaku sesuatu ke atas dirinya.
“Masa
itu saya pernah jumpa di pejabat beliau (Anwar), beliau pernah
berkata kepada saya. Datuk kalau terjadi apa-apa dalam penentangan
saya ini… Datuk tolong jaga Isteri saya. Saya kata Insyallah.
“Sebab
pada masa itu, parti Keadilan menang satu kerusi sahaja di Permatang
Pauh. Jadi pada masa itu, Wan Azizah selalu kena buli dekat Parlimen.
Jadi Pak Sheikh suruh saya jaga isteri dia. Datuk tolong
tengok-tengok (kata Anwar).
“Jadi
saya jagalah isteri dia kalau orang nak buat tak tentu (khianat).
Macam mana dia boleh kata tak kenal?” jelas Raja Bomoh itu ketika
ditemui baru-baru ini.
Anwar
Ibrahim sebelum ini menghentam hebat Raja Bomoh itu dan menggelarnya
sebagai Bomoh 1Malaysia.
Ahli
parlimen Permatang Pauh itu turut menggesa agar siasatan segera
dijalankan terhadap Ibrahim kerana melakukan ritual di terminal
Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), bagi membantu
menjejak kehilangan pesawat MH370.
“Saya
nak tahu siapa yang suruh, siapa yang membayar mereka, siapa yang
membenarkan? Apakah ini bomoh ’1Malaysia’?” ujar beliau ketika
membahaskan titah ucapan Diraja ketika Sidang Dewan Rakyat baru-baru
ini.
Tidak
cukup dengan itu, Anwar turut secara sinis mengatakan Ibrahim sebagai
‘Bomoh bubu’ dan baling kelapa ketika berceramah di Kajang.
Mengulas
lanjut, Ibrahim turut mendakwa telah berkhidmat hampir 8 bulan untuk
menjaga isteri Anwar itu tanpa mengambil sebarang bayaran.
“Jadi
lebih kurang saya selalu bantu isteri dia lebih kurang 8 – 9 bulan.
Sebab dia seorang perempuan dalam parti pembangkang. Takut orang
tolak isteri dia kat lif atau takut orang buat tak tentu.
“Saya
selalu bersembang dengan dia (Wan Azizah). Buktinya saya panggil
orang ambil gambar dan menjaga (Azizah) seperti keluarga (untuk)
tolong dia (Anwar).
“Saya
tak terima apa-apa bayaran, saya ikhlas nak tolong. Tetapi lepas itu
banyak tohmahan kepada saya, mengatakan Datuk orang Keadilan, mengata
saya mengganggu isteri Pak Syeikh (Anwar). Saya panggil dia Pak
Syeikh. Tapi tidak, kerana Allah saya menjaga (agar) jangan terjadi
apa-apa.
Ibrahim
turut menyifatkan Anwar sebagai ‘kacang yang lupakan kulit’
walaupun beliau sebelum ini ikhlas berbakti untuk Anwar atas dasar
persahabatan.
No comments :
Post a Comment