Kegagalan
mencipa fitnah untuk menyalahkan UMNO yang menyebabkan kekecohan ketika proses
pemilihan dan pengundian PKR, apabila berbelas Cabang PKR di seluruh negara
digantung manakala keputusan pemilihan terpaksa dibatalkan dan JPP
dipersalahkan kerana terlalu bias kepada Azmin Ali, akhirnya Anwar Ibrahim mengambil masa lebih dua minggu untuk
memberikan ulasan yang jawapannya YANG SANGAT BERNAS.
Menurut
Anwar, proses pilihanraya PKR itu sebenarnya berlangsung secara aman dan
harmoni. Bagaimanapun kekecohan tersebut telah dicetuskan oleh
kumpulan-kumpulan gangster yang telah diupah oleh pihak-pihak tertentu bagi
menggambarkan huru-hara serta kekecohan dalam PKR. Walaupun PKR telah berusaha
untuk mengawal keadaan tersebut, namun akhirnya JPP terpaksa membuat keputusan
untuk menggantung proses pengundian dan keputusan 27 Cabang PKR di seluruh
negara.
Menurut
Anwar Ibrahim lagi, kumpulan samseng ini telah dibawa masuk ke dalam parti
secara sengaja dengan motif menimbulkan kacau bilau. Bukti kepada konspirasi
tersebut, kata Anwar, wujud dalam video dan gambar yang akan didedahkan tidak
lama lagi.
Dakwa
Anwar Ibrahim, dalam semua kejadian tersebut, yang terlibat bukanlah ahli-ahli
PKR. Di sesetengah Cabang pula terdapat elemen-elemen gangsterisme. Sebahagian
ahli-ahli baru dibawa masuk dalam awal tahun ini untuk memastikan tidak
melebihi 15 Mac yang ditetapkan oleh jawatankuasa pilihanraya PKR.
Memang
sedap benar Anwar Ibrahim menuduh dan membuat dakwaan bagi mengelakkan
dipersalahkan atau memperlekehkan pengurusan partinya yang memang caca marba.
Namun Anwar Ibrahim tidak pernah dapat menjelaskan bagaimana pula wujudnya
pembabitan golongan pembuat kacau dalam isu pemalsuan undi dan pecah peti undi
serta beberapa isu yang lain.
Anehnya,
di sebalik kecaman masyarakat yang menyebabkan PKR terpaksa mengadakan
pemilihan semula di 27 Cabang, Anwar Ibrahim dengan megahnya berkata, proses
pilihanrayanya 'BERJAYA'.
2 comments :
lambat betul tunggu keputusan 1 saat dari Al-juburi ni...
Dah berkecai negara baru nak ambil tindakan... LEMBAB..!!!!
lambat betul tunggu keputusan 1 saat dari Al-juburi ni...
Dah berkecai negara baru nak ambil tindakan... LEMBAB..!!!!
Post a Comment