15
MEI: Satu notis tuntutan saman dihantar kepada portal berita
pro-pembangkang, Malaysiakini, di atas penerbitan artikel yang
berunsur fitnah bertajuk “A
Case Of The PM Reaping What He Sows”
dan “How
Much Will Najib Spend To Keep Terengganu”
oleh portal berita berkenaan.
Menurut
peguam Raihanah Ariffin dari firma guaman Hafarizam Wan & Aisha
Mubarak, yang mewakili UMNO dan Presidennya, Datuk Seri Najib
Tun Razak, notis tuntutan saman itu telah dihantar ke pejabat
operasi Malaysiakini di Jalan Bangsar Utama di ibu negara, petang
tadi.
“MKINI
DOTCOM Sdn Bhd melalui portal beritanya, Malaysiakini secara sedar
telah mengumpul dan memilih komen-komen yang berunsur fitnah dan
hasutan yang jelas menunjukkan niat jahat terhadap anakguam kami dan
telah diterbitkan di laman web tersebut bertarikh 14 Mei 2014
baru-baru ini.
“Biarpun
pada awalnya wakil daripada portal berita tersebut berkeras tidak
mahu menerima notis tersebut, namun akhirnya mereka akur dan
menerimanya,” jelas beliau seperti dilaporkan portal berita rasmi
UMNO – UMNO-Online, Khamis.
Raihanah
menjelaskan, notis saman itu menuntut portal
Malaysiakini untuk:-
- membuat permohonan maaf,
- menarik balik artikel,
- menyediakan akujanji bertulis tidak akan mengeluarkan lagi sebarang kenyataan fitnah terhadap UMNO dan Najib,
- menyediakan akujanji akan lebih berhati-hati untuk menerbitkan semula komen pengguna secara amnya,
- serta membayar ganti rugi serta kos perbelanjaan (mahkamah) berkaitan kes ini.
“Segala
tuntutan yang dibuat oleh anakguam kami itu hendaklah dipenuhi oleh
portal berita Malaysiakini dalam tempoh masa 48 jam.
“Sekiranya
mereka gagal, maka kami akan meneruskan prosiding mahkamah bagi
permohonan memfailkan injunksi bagi menghalang sebarang penerbitan
lanjut berhubung isu tersebut terhadap Malaysiakini,” tegas beliau.
Turut
menerima notis tuntutan saman itu ialah Ketua Pengarang Malaysiakini,
Fathi Aris Omar dan juga Ketua Editor, Steven Gan kerana telah
membenarkan artikel tersebut diterbitkan.-bnbbc.my
1 comment :
SYUKUR ALHAMDULILLAH YAB PM/UMNO kita saman si MalaysiaKKKini - yg. sebenaqnya adalh ejen KAPIRDAJAL Barat-ZIONIS dan DAPBANGKAI/PKRSODOM!
Makcik Sambal Belacan – PERTAHAN ISLAM/umatnya, Kesultanan Melayu, Bahasa Melayu, hak BUMIPUTERA Melayu dan BUMIPUTERA lain; dan hak orang miskin dari semua bangsa yang hormat Islam, dan bangsa dan hak Bumiputera (Bumiputera juga bermakna Pribumi/Orang Asal-Asli/Indigenous/Native/Aboriginal/First Nation).
Post a Comment