Antara
masalah paling utama yang melanda Perkhidmatan Awam adalah sikap kakitangan
awam itu sendiri. Jumlah kakitangan awam di Malaysia yang sebenarnya sudah
berlebihan, membuatkan perkhidmatan yang diberikan tidak sahaja kurang cekap,
bahkan tidak memuaskan hati. Dengan lambakan pegawai-pegawai tua yang dinaikkan
kedudukan kerana seniority selain kurangnya kerja yang dihadap, membuatkan
mereka mempunyai masa lapang dan mula berlagak seolah-olah merekalah yang
paling baik, paling bagus dan paling berkuasa.
Kakitangan
awam adalah pekerja kerajaan. Kerajaan yang dimaksudkan adalah Kerajaan Masa
Kini dan Kerajaan Masa Kini di Malaysia adalah Kerajaan Barisan Nasional.
Dengan kata lain, mana-mana parti politik yang menang serta menguasai majoriti
Kerusi Parlimen, maka itulah majikan kepada pekerja-pekerja awam.
Bukan
seperti yang mereka sangkakan, kononnya mereka adalah PEKERJA RAKYAT.
Tidak
ada istilah PEKERJA RAKYAT di dalam dunia ini. Begitu juga dengan Kerajaan
Rakyat kerana semua pekerja adalah rakyat dan Kerajaan pula memang untuk
rakyat. Istilah-istilah retorik sebegitu hanya digunakan dan dikeluarkan untuk
menunjukkan akrab dan hebatnya sesebuah kerajaan walaupun hakikatnya, Kerajaan
Rakyat dan Pekerja Rakyat yang boleh dijadikan contoh, hanya terdapat di negara
Cambodia pada zaman Pol Pot manakala istilah untuk Kerajaan Rakyat merupakan
istilah yang digunakan oleh Kerajaan-Kerajaan berfahaman Komunis dan Fasis.
Di
Malaysia, perkataan rakyat cukup dipopularkan oleh Anwar Ibrahim dan DAP.
Segala-galanya telah dirakyatkan walaupun dari segi praktikalnya, sebarang
keistimewaan dan kuasa hanya berlegar-legar di sekitar kroni dan ahli keluarga
sahaja sepertimana yang dilakukan oleh Anwar Ibrahim.
Bagi
mendapatkan sokongan daripada kakitangan awam, diberitahu kepada mereka bahawa
mereka adalah pekerja rakyat. Majikan mereka adalah rakyat kerana gaji mereka
dibayar daripada cukai rakyat seolah-olah jikalau Pakatan Rakyat menjadi
Kerajaan, tiada lagi cukai dikenakan dan sebarang gaji dan imbuhan diambil
daripada cukai rakyat, sebagaimana yang sering dicanangkan oleh para penyokong
Pakatan Rakyat yang masih berkhidmat dalam Perkhidmatan Awam.
Satu
perkara yang mungkin puak-puak ini terlepas pandang ialah, kewajipan mereka
adalah melaksanakan dasar-dasar kerajaan sedia ada. Mereka tertakluk kepada
peraturan dan pekeliling. Mereka juga tidak boleh berbuat sesuka hati dengan
jawatan yang disandang.
Masalahnya
di Malaysia ialah, kakitangan awam cukup hebat berdalih. Mutu kerja mereka
terlalu rendah tetapi mereka sangat bijak bermain politik ugut. Mereka
seringkali berhujah bahawa mereka tidak bekerja dengan Barisan Nasional
sebaliknya dengan Kerajaan dan Rakyat. Justeru, mereka boleh berbuat apa-apa
sahaja kerana kononnya, kalau tindakan diambil terhadap mereka, maka Kerajaan
sedia ada akan tumbang.
Walhal
apa yang berlaku ialah, kakitangan awam inilah yang sebenarnya telah menjadikan
imej kerajaan sekarang sebagai korup dan sebagainya. Mereka tidak amanah dan
mereka tidak cekap, sebaliknya mereka meletakkan atau memindahkan segala
ketidakjujuran dan ketidakcekapan itu kepada Kerajaan. Mereka pembohong dan
tidak melaksanakan dasar-dasar yang digubal untuk kebaikan rakyat, sebaliknya
mereka menuduh majikan mereka sebagai berbohong dan tidak mempunyai dasar-dasar
yang baik.
Mereka
yang berurusan dengan pejabat kerajaan, pasti akan tahu apa yang dimaksudkan.
Pegawai-pegawai yang pro Pakatan Rakyat yang sering berkursus, tiada di
pejabat, bermain golf, bercuti bahkan terlalu lambat bekerja walaupun sekadar
untuk menguruskan satu fail, bukannya susah dicari. Pergi sahajalah ke
mana-mana pejabat kerajaan dan kemudian NIKMATILAH mutu kerja seperti itu,
kemudian bawa-bawalah bersembang dengan pegawai-pegawai dan kakitangan di
pejabat kerajaan itu. Nanti kita akan tahulah mana puak yang mereka sokong.
Suruhanjaya
Perkhidmatan Awam seharusnya mengambil tindakan tegas terhadap kakitangan awam.
Anehnya laporan-laporan Ketua Audit Negara, jarang ditanggapi dan ditangani
dengan sebaik-baiknya. Kakitangan-kakitangan yang menyebabkan ketirisan,
keborosan dan kebobrokan masih lagi kekal bekerja tanpa sedikit pun rasa
bersalah, mahupun dihukum. Peruntukan hilang begitu sahaja dalam pembelian
indent yang berharga tinggi, tidak dipedulikan bahkan kesatuan-kesatuan sekerja
awam pula, cukup kuat membela mereka, sekalipun kakitangan-kakitangan berkenaan
jelas melakukan kesalahan dan pengkhianatan terhadap rakyat dan majikan mereka
sendiri.
Menariknya,
golongan yang bercakap pandai ini, tidak pula mahu bekerja kerja dan
mengosongkan tempat mereka untuk penyokong kerajaan. Sebaliknya mereka terus
bertahan dengan hujah mereka bukannya bekerja dengan Kerajaan Barisan Nasional
dan gaji mereka tidak dibayar oleh Barisan Nasional.
Ironinya,
di negeri-negeri yang diperintah oleh Pakatan Rakyat, kakitangan awamnya
diberikan kata dua sama ada mahu melaksanakan dasar dan menyokong majikan
mereka, atau melepasksan kerja masing-masing untuk diberikan kepada penyokong
Pakatan Rakyat.
Yang
pasti, lambakan kakitangan yang keterlaluan sebenarnya telah menyebabkan
pelbagai masalah melanda negara ini. Suruhanjaya Perkhidmatan Awam, seharusnya
sudah mula memikirkan kaedah untuk meminimakan jumlah pekerja dan memaksimakan
produktiviti. Kalau pihak swasta yang bergantung kepada margin sendiri, mengapa
pula perkhidmatan awam yang menggunakan wang dari perbendaharaan, tidak boleh
melakukannya.
Terlalu
berlambak pegawai-pegawai tua yang masih hidup dengan alam fantasi mereka yang
seharusnya disuruh bersara dan mengaji balik. Terlalu ramai kakitangan awam
yang tidak berminat dengan kerja mereka, sebaliknya lebih minat berpolitik dan
aktiviti politik yang seharusnya dibenarkan mereka bergiat dalam politik
sepanjang masa.
Mana-mana
pegawai atasan yang jelas tidak dapat menjalankan dasar-dasar kerajaan sedia
ada, perlu diberhentikan kerana mereka tidak menyumbang apa-apa kebaikan pun!
Alasan
MEMBANTU MELAYU-BUMIPUTERA dengan mewujudkan pelbagai jawatan dalam
perkhidmatan awam, seharusnya dihapuskan kerana sebahagian besar kakitangan
awam bukannya berminat dengan Melayu-Bumiputera lagi. Bahkan mereka yang paling
kuat melaung-laungkan ANTI-RASIS jikalau wujud perkataan MELAYU-BUMIPUTERA
walaupun hakikatnya mereka mendapat pekerjaan kerana MELAYU-BUMIPUTERA yang
menjadi status mereka.
MPA:
Ini adalah petik dari blog Flying Kick yang artikelnya amat menarik. Sudah tiba
masanya parasit-parasit dalam kakitangan
awan ini dibersihkan kerana menjadi duri dalam daging kepada perkhidmatan awam.
2 comments :
Hairan pula, kenapa ramai guru yang Pro-pembangkang. Tak bersyukur lagi dengan nikmat yang ada sampaikan majikan sendiri dicemuh dan dikeji. Ini yang saya nampak terutama guru-guru muda yang dari semenanjung yang bertugas di Sabah.
patut rtm kurang diminati rupanya ada kucing kurap yg membangkai dlm nya.
Post a Comment