Megat Panjialam

. إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الَّذِينَ يُقَاتِلُونَ فِي سَبِيلِهِ صَفّاً كَأَنَّهُم بُنيَانٌ مَّرْصُوص 61.4. Sesungguhnya Allah menyukai orang yang berperang dijalan-Nya dalam barisan yang teratur seakan-akan mereka seperti suatu bangunan yang tersusun kokoh.

Friday, May 16, 2014

Gambar 11 serang wartawan di siar Polis KL

15 MEI: Polis Kontinjen Kuala Lumpur (KL) pada Khamis mendedahkan gambar sebelas individu yang disyaki memukul petugas media semasa perhimpunan membantah Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) di Dataran Merdeka, ibu negara pada 1 Mei lalu.

Gambar 11 individu itu di muat naik ke laman rasmi Facebook Polis KL sejak petang tadi bagi membolehkan orang ramai mengecam suspek terbabit dan membantu polis dalam siasatan kes berkenaan.

Pihak polis mengambil kesempatan untuk menyeru mereka yang terbabit atau mana-mana orang yang mengenali mereka yang terdapat di dalam gambar untuk memberikan maklumat bagi membantu pihak polis menyelesaikan penyiasatan kes ini,” kata Polis KL dalam kenyataan di laman Facebook itu.


11 Wanted

Polis KL bertindak membuka kertas siasatan kes berkenaan selepas menerima aduan dari seorang wartawan akhbar bisnes mingguan Focus Malaysia pada malam hari kejadian.

Pengadu mendakwa dalam kejadian kira-kira jam 5 petang 1 Mei itu, kira-kira 20 hingga 30 pemuda berpakaian hitam melakukan provokasi dengan mengeluarkan kata-kata kesat dan menunjukkan isyarat lucah kepada petugas media di Dataran Merdeka.

Kumpulan yang sama kemudian menyerang dengan menendang dan menumbuk pengadu dan dua lagi petugas media dari akhbar berbahasa Cina Oriental Daily dan tabloid bahasa Inggeris, The Malaysian Reserve.

Akibat serangan ini pengadu telah mengalami kesakitan serta takut untuk menjalankan tugas, bagi membuat laporan yang sebenar mengenai perhimpunan oleh kumpulan ini.
Polis melalui kenyataan di laman sosial berkenaan juga memaklumkan kesalahan tersebut dikategorikan sebagai “merusuh” dan jika disabitkan kesalahan boleh dihukum penjara selama dua tahun atau didenda, atau kedua-duanya sekali.

Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian ataupun mengenai 11 individu dalam gambar yanng disiarkan iitu diminta agar menghubungi ASP Ananthan Rajoo dari Pusat Kawalan Daerah, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi di talian 03-26977099.-bnbbc.my

No comments :

DISCLAIMER

Blog ini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian blog ini. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Penulis tidak memaksa anda memasuki blog ini dan tidak akan bertanggungjawab jika ada yang tercedera atau tersinggung emosi, atau disaman jika melanggar akta mesin cetak dan lain-lain undang-undang yang berkaitan. Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.