Megat Panjialam

. إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الَّذِينَ يُقَاتِلُونَ فِي سَبِيلِهِ صَفّاً كَأَنَّهُم بُنيَانٌ مَّرْصُوص 61.4. Sesungguhnya Allah menyukai orang yang berperang dijalan-Nya dalam barisan yang teratur seakan-akan mereka seperti suatu bangunan yang tersusun kokoh.

Friday, March 8, 2013

Bela Diri, Anwar Gagal Nafi Bukti Air Mani

Dua pakar luar negara yang diupah oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim gagal menafikan kehadiran air mani milik Ketua Umum PKR di dalam lubang dubur pengadu, Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Dr David Lawrence Noel Wells dan Dr Brian McDonald, kedua-dua doktor dari Australia, menjadi saksi pembela ketiga dan keempat Anwar, selain gagal menafikan kewujudan air mani dalam dubur Mohd Saiful, mereka juga gagal menafikan air mani itu adalah milik ‘Lelaki Y’, yakni lelaki yang dikenal pasti sebagai Anwar Ibrahim.

Bahkan sampai satu peringkat Dr Wells sendiri tidak dapat menjawab, bagaimana boleh wujud air mani dalam dubur pengadu, tetapi mempertikaikan tempoh masa, 56 jam, air mani yang diambil dari dubur untuk analisis sebagai ‘tidak berapa elok’. Klik di sini, sini, sini

 
Namun, hujah tempoh masa yang dianjurkan oleh Dr Wells dibantah oleh Dr McDonald, di mana beliau bersetuju dengan pendapat oleh GM Willot dan JE Ellard dalam artikelnya yang bertajuk ‘Sexual Assault and Semen Persistence’ (1997) yang merumuskan air mani yang berada dalam dubur atau rektum boleh bertahan antara empat hingga 113 jam.

Bahkan lebih parah lagi, Dr McDonald turut mengakui beliau telah tersilap memahami analisis yang dilakukan oleh Ketua Unit Jenayah Berat, Jabatan Kimia Malaysia, Dr Siew Sheue Feng.

Kredibiliti saksi keempat Anwar, Dr McDonald juga turut dipertikaikan kerana beliau bukan seorang doktor pakar yang menjalani analisis sendiri, sebaliknya beliau hanya seorang perunding yang hanya pandai bercakap berdasarkan teori.

Bahkan dokumen dari Mahkamah Daerah Australia Barat, Perth pada tahun 2007, membuktikan keterangan Dr McDonald sebagai saksi pembela untuk kes jenayah di negara itu ditolak mahkamah kerana beliau tidak mempunyai autoriti atau kelayakan rasmi untuk bercakap berkenaan dengan DNA forensik.

Pada akhirnya, kehadiran Dr McDonald menjadi anti klimaks, apabila saksi itu hanya memberi masa yang lebih untuk menjawab persoalan kredibiliti dirinya yang sepatutnya tidak berlaku, jika saksi itu benar-benar kredibel.

Kerana gagal dalam penghujahannya akhirnya, Dr McDonald dan peguam Anwar, Ram Karpal menjadi bahan ketawa di mahkamah.

Sebelum ini, pihak pendakwa telah berjaya membuktikan kewujudan air mani milik ‘Lelaki Y’ dalam dubur pengadu dengan keterangan dari Dr Siew Sheue Feng, Pakar Patologi Forensik, Malaysia yang berpengalaman mengendalikan antara 200 dan 300 kes forensik dan menyelia lebih kurang 20 kes liwat.

Menurutnya, kehadiran air mani milik “Lelaki Y” itu dikesan dari calitan kapas yang diambil dari dalam dubur pengadu di lokasi B7 (rektal atas), B8 (rektal atas) dan B9 (rektal bawah).


Padanan profil “Lelaki Y” pula dilakukan oleh Dr Nor Aidora Saedon, Ketua Unit DNA Paterniti, Divisyen Forensik, Jabatan Kimia Malaysia yang melakukan analisis ke atas tiga objek milik Anwar iaitu tuala Good Morning, berus gigi dan botol air mineral yang diambil dari dalam lokap yang pernah dihuni oleh Ketua Umum PKR itu pada 16 Julai 2008.

Berdasarkan analisis Dr Nor Aidora terhadap tiga objek itu, didapati profil DNA adalah sama dengan profil DNA ‘Lelaki Y’ yang dianalisis oleh Dr Siew.

Maka terbukti, profil DNA ‘Lelaki Y’ adalah Anwar Ibrahim, yakni air mani ‘Lelaki Y’ yang ditemui di dalam lubang dubur pengadu adalah milik Anwar Ibrahim.

Ini mengesahkan bahawa “Lelaki Y” itu adalah Anwar. Ini menunjukkan ada prima facie,” kata Peguam Cara Negara II, Datuk Mohd. Yusof Zainal Abiden dalam hujah penggulungannya sambil menambah bahawa kes tersebut telah ‘melampaui keraguan yang munasabah’.

Berdasarkan faktor penemuan air mani itu, mahkamah mengarahkan Anwar untuk membela diri.



No comments :

DISCLAIMER

Blog ini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian blog ini. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Penulis tidak memaksa anda memasuki blog ini dan tidak akan bertanggungjawab jika ada yang tercedera atau tersinggung emosi, atau disaman jika melanggar akta mesin cetak dan lain-lain undang-undang yang berkaitan. Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.