Megat Panjialam

. إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الَّذِينَ يُقَاتِلُونَ فِي سَبِيلِهِ صَفّاً كَأَنَّهُم بُنيَانٌ مَّرْصُوص 61.4. Sesungguhnya Allah menyukai orang yang berperang dijalan-Nya dalam barisan yang teratur seakan-akan mereka seperti suatu bangunan yang tersusun kokoh.

Monday, December 8, 2014

AL FATIHAH. KEMBALINYA SEORANG PEJUANG

Monday, December 8, 2014

Al Fatihah... kembalinya seorang aktivis

Dato Fuad di Kemaman sabtu lepas
Innalillahi wainna ilaihi raajiuun. Allahummaghfirlahu warhamhu wa'afihi wa'fu'anhu. 

Dimaklumkan bahawa YBhg Dato Fuad Tan Sri Hassan Ketua Pengarah JASA Malaysia telah meninggal dunia pada tengah malam tadi jam 12.20 am di Hospital Tengku Ampuan Afzan, Kuantan. Al-Fatihah..

Jenazah Allahyarham telah dibawa ke rumah beliau di No.52, Jalan 4M, Ampang Jaya, Selangor dan akan dikebumikan seawal jam 11.00 PAGI
di Tanah Perkuburan Islam Taman Bukit Teratai, Ampang.

Mohon dipanjangkan kepada semua yang mengenali Allahyarham.

TRIBUTE BUAT FUAD HASAN

Fuad bin Hassan Azahari
Anak seorang ahlul quran, guru segala qari
Tertanam nur alquran  dalam empunya diri
Di zaman muda bangkit dia membela  pertiwi
Ketika remaja lainnya mabuk tari menari

Ketika teman sebaya berkereta dan berjas lawa
Dia melempar ijazah membuka sekolah swasta
Menolong anak Melayu tercicir tidak terbela
Meski terpaksa bersarapan jam dua
Di warung sekolah yang di dirinya, Yayasan Anda

Fuad Hasan mungkin tidak terkenal 
Sepertinya Anwar ibrahim teman seperjuangan asal
Namun sumbangannya jangan dipersoal
Kerna kita sendiri pun belum tentu dapat kekal
Dapat Terus berjuang sepertinya sampai ajal

Warga PKPIM mustahil tidak tahu,
Fuad Hasanlah penghulu mereka sewaktu waktu
Ke hulu ke hilir membuang waktu
Tanpa meminta  upah, tiada diberi wang saku
Tetap tegar berjuang tidak sekadar guru
Membela generasi pelajar agar maju
Mengerah anak muda bangkit bersatu
Memurni peribadi umat, hidup harus berilmu

Pendokong ABIM mustahil lupa,
Fuad Hasanlah sekretaris mereka 
Mengilik fail merata rata
Menyiap laporan membentang kertas kerja
Menghantar ABIM ke persada dunia
Bekerja dia dan terus dia bekerja 
Tak tahu mana yang ABIM mana Yayasan Anda
Semua kerja di pulun belaka 
Kerna cintanya mendakwah Agama
Memertabat  bangsa mengharumkan negara

Warga MBM tentu masih ingat
Betapa Fuad Hasan menumpahkan keringat
Mengemudi gerakan belia agar bersemangat
Berpidato berhujjah berdialog hangat
Memprotes kezaliman di seantero tempat
Dengan hasrat dan cita cita tersemat
Martabat insan harus diangkat
Misi keadilan harusnya misi keramat
Generasi muda mesti  di angkat darjat
Jangan dibiar pemimpin belia kepala berulat
Kerna nantinya  umat akan tersesat
Minda terjajah hidup melarat.

Fuad Hasan adalah pejuang masyarakat
Di gelanggang  politik terus berkhidmat 
Tak kiralah wadah apa yang dia minat
Bukankah tampak dia terus berbuat
Membawa kebaikan mendatangkan manfaat
Usahlah diungkit caranya yang kita tak minat
Kerna kita pun bukanlah sempurna amat

Fuad Hasan sejak dulu memang Perkasa
Nampak macam sombong, tapi sangat berbahasa
Tiada lain dalam dirinya selain menumpah jasa
Pada agamanya , negaranya dan bangsa bangsa
Kerrna itulah ...
Dia disayangi Tuhan Yang Maha Esa
Memanggilnya pulang tepat masa
Ketika dia menjadi khalifah qabilah BerJASA

8 Disember 2014

No comments :

DISCLAIMER

Blog ini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian blog ini. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Penulis tidak memaksa anda memasuki blog ini dan tidak akan bertanggungjawab jika ada yang tercedera atau tersinggung emosi, atau disaman jika melanggar akta mesin cetak dan lain-lain undang-undang yang berkaitan. Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.