Megat Panjialam

. إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الَّذِينَ يُقَاتِلُونَ فِي سَبِيلِهِ صَفّاً كَأَنَّهُم بُنيَانٌ مَّرْصُوص 61.4. Sesungguhnya Allah menyukai orang yang berperang dijalan-Nya dalam barisan yang teratur seakan-akan mereka seperti suatu bangunan yang tersusun kokoh.

Saturday, December 20, 2014

Pembunuhan Kejam.Pengasas Bank Melayu Pertama

Saturday, December 20, 2014

Bagi mereka yang tinggal di kota metropol Lumpur, nama Jalan Maarof bukanlah satu nama yang asing. Jalan Maarof yang terletak berdekatan Dataran Maybank Bangsar ini diambil bersempena nama seorang tokoh ekonomi Melayu yang merupakan pengasas Bank Kebangsaan Melayu yang terletak di Klang Street.

Di era pra-kemerdekaan, orang Melayu menghadapi kesukaran dalam urusan ekonomi terutamanya bagi urusan membuat pinjaman daripada pihak bank.Pada waktu itu hanya terdapat.dua buah bnk iaitu The Chartered Bank dan sebuah bank milik orang China bernama Overseas Chinese Banking Corporation. Namun,kedua-dua bank ini tidak memberi kemudahan pinjaman wang kepada orang Melayu pada waktu itu.Hal ini menyebabkan ramai orang Melayu terpaksa beralih angin kepada ceti-ceti haram yang memberi pinjaman dengan kadar bunga yang tinggi.

Keratan akhbar berita pembunuhan Maarof Zakaria

Maarof Zakaria (Allahyarham) seorang bekas peguam dan pegawai daerah di Perak yang hidup sezaman dengan nasionalis negara seperti Pak Sako (Ishak Haji Muhammad) melihat perkara ini sebagai satu kemelut ekonomi Melayu yang perlu diselesaikan sebelum ia bertambah meruncing.

Dan hasilnya pada bulan Julai 1947 sebuah Bank Kebangsaan Melayu telah diasaskan oleh beliau di atas sebidang tanah berkeluasan 27 ekar. Bank ini telah membuka saham bernilai 2 juta khas untuk orang Melayu pada ketika itu. Pada beliau (Maarof) sebagai tuan tanah (Tanah Melayu) ,orang Melayu perlu bijak menguasai bidang ekonomi sebelum dapat menguasai lain-lain bidang seperti politik.

Namun langit tidak selalunya cerah. Selepas enam bulan beroperasi, Allahyarham telah ditemui mati dan mayatnya digantung di dalam hutan berdekatan Lake Garden. Hasil siasatan polis pembunuhan tersebut tidak bermotifkan rompakan atau samun kerana jam tangan Rolex dan wangnya tidak diambil.Jelas ia merupakan satu konspirasi pembunuhan terancang dalam usaha menghapuskan tokoh ekonomi Melayu itu.

Siapa pembunuhnya?? Itulah misteri yang masih belum terungkai sehingga kini..Alfatihah untuk Allahyarham Maarof..dan ankanda beliau Mustapha Maarof.

p/s: Seniman Mustapha Maarof merupakan anak kepada Allahyarham

No comments :

DISCLAIMER

Blog ini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian blog ini. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Penulis tidak memaksa anda memasuki blog ini dan tidak akan bertanggungjawab jika ada yang tercedera atau tersinggung emosi, atau disaman jika melanggar akta mesin cetak dan lain-lain undang-undang yang berkaitan. Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.