Megat Panjialam

. إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الَّذِينَ يُقَاتِلُونَ فِي سَبِيلِهِ صَفّاً كَأَنَّهُم بُنيَانٌ مَّرْصُوص 61.4. Sesungguhnya Allah menyukai orang yang berperang dijalan-Nya dalam barisan yang teratur seakan-akan mereka seperti suatu bangunan yang tersusun kokoh.

Wednesday, December 10, 2014

PADAN MUKA NIK NAZMI DISAMAN RM10 JUTA OLEH FELDA! BANYAK KE DUIT NAZMI NAK BAYAR?

SELASA, 09 DIS 2014


Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) mengemukakan tuntutan saman terhadap Nik Nazmi Nik Ahmad kerana mengaitkan Ketua Pengarahnya, Datuk Faizoull Ahmad dengan lelaki yang dikehendaki polis antarabangsa dalam status Facebook, 11 September lalu.


Bagi MP, tindakkan yang diambil oleh Felda itu adalah tindakkan yang tepat, bukan bermotifkan 'politik'. Itu adalah fitnah dan dikira juga di dalam katogeri 'Hasutan'.


Apabila menghasut, ianya melibatkan maruah seseorang tercemar, jesteru, Felda berhak melalui peguam Hafarizam Wan & Aisha Mubarak dalam surat tuntutan bertarikh 27 November lalu meminta ketua Pemuda PKR itu membayar gantirugi RM10 juta dan memohon maaf dalam tempoh 7 hari kerana membuat kenyataan yang tidak berasas dan tidak benar. Kalau diteliti dari semua sudut, tuduhan itu terlalu serius sehingga boleh menyebabkan anak guam mereka dihina dan dibenci orang ramai dan masyarakat awam.


Reputasinya mungkin tercalar sehingga bertahun-tahun, katanya. Felda juga menuntut Nik Nazmi memohon maaf mengikut kenyataan yang akan didrafkannya sendiri untuk disiarkan, selain menghalangnya daripada melakukan tindakan sama pada masa akan datang.  Namun, exco Selangor itu dalam surat balasnya melalui firma Daim & Gamany berkata, pihaknya tidak akan meminta maaf dan tidak akan berganjak dari dakwaannya sebelum ini. Anak guam mereka (Nik Nazmi) sebagai seorang ahli Dewan Undangan Negeri, dan Ketua Pemuda PKR, bertanggungjawab membangkitkan hal yang menyentuh kepentingan rakyat. 



Kami diarahkan menyatakan yang anak guam kami bergantung kepada pertahanan justifikasi dan komen yang adil, kata peguamnya Latheefa Koya di dalam surat itu, sambil menambah pihaknya menolak tuntutan yang dibuat dalam surat saman Felda itu. Tolak atau tidak itu bukan urusan PKR dan peguamnya. Itu terpulang kepada Mahkamah untuk menentukannya. Maka, bersedialah wahai Nik Nazmi, jumpa di Mahkamah. Lain kali mulut tu jangan terlalu celupar. Wassalam ~ IBM

No comments :

DISCLAIMER

Blog ini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian blog ini. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Penulis tidak memaksa anda memasuki blog ini dan tidak akan bertanggungjawab jika ada yang tercedera atau tersinggung emosi, atau disaman jika melanggar akta mesin cetak dan lain-lain undang-undang yang berkaitan. Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.