Saturday, December 6, 2014
ABITW sini menegur pelbagai pihak yang buat komen sebelum membaca seluruh laporan RCI. Tambah lagi pelbagai pihak masih berdegil mengatakan Projek IC wujud untuk jatuhkan PBS.
Kalau benar, kenapa Dato Najib serahkan kepada Tan Sri Pairin untuk jadi Pengerusi Sekretariat penyelesaian masalaah skandal IC ini.
Ia layak dipanggil skandal kerana ada pihak buat duit dari projek tersebut. Azizah Mantra menulis berikut:
Kenyatan 1:
Pada akhir Januari 2013, Ketua Special Branch Sarawak, Datuk Ibrahim Zakaria yang merupakan saksi ke 33, telah menyoalsiasat pesalah ISA Datuk Abdul Rauf Sani pada tahun 1996, ketika itu Rauf adalah Pengarah Jabatan Pendaftar Sabah dari 1990 hingga 1992.
Rauf telah mengaku perbuatannya tidak diarahkan oleh mana-mana pihak malahan dilakukan demi kepentingan keuntungan peribadinya sendiri dan telah mengutip sebanyak RM167,300 kerana mengeluarkan 6,305 kad pengenalan kepada warga asing.
Kenyataan 2:
Pegawai Unit Teknikal Inteligen Kelantan, Timbalan Superintendent Badaruddin Ismail telah membuat kenyataan bahawa mantan Pengarah Jabatan Pendaftaran Sabah, Ramli Kamaruddin mengaku mengeluarkan 16,000 resit iaitu JPN 1/9 bagi dokumen pengenalan sementara dan JPN 1/11 sebagai dokumen sementara bagi laporan kehilangan) kepada warga asing. Ramli mengaku mengenakan caj sebanyak RM250 bagi setiap resit dan telah menerima lebih dari SEJUTA. Ramli juga mengaku tidak menerima arahan dari sesiapa termasuk pemimpin kerajaan yang berlaku sekitar 1993 hingga 1995. Habuan yang diterima dikongsi bersama sindiket dan untuk keuntungan peribadinya.
Kelima-lima yang telah diambil keterangan dari Kee Dzulkifly, Asli Sidup, Alcop Damsah @ Yakup Damsah, Nasir Sungib dan boss mereka, Ramli Kamaruddin adalah di antara 23 kakitangan Jabatan Pendaftaran Negara yang bersubahat dan ditahan di bawah ISA kerana mengancam keselamatan negara.
Jeffrey Kitingan pun ada kata:
Satu lagi maklumat dari saksi kedai kopi adalah pemimpin PKR Sabah, Dr Jeffrey Kitingan. Beliau juga adalah bekas tahanan ISA dan pernah berkata yang ketika berada dalam tahanan, beliau menemui beberapa tahanan yang kononnya dikambing hitamkan, terdiri daripada pegawai Jabatan Pendaftaran dan Imigresen. Jeffrey yang beri maklumat bahawa tidak kurang dari sejuta kad pengenalan telah dikeluarkan kepada warga asing sekitar tahun 1991.
Sumber
No comments :
Post a Comment