Megat Panjialam

. إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الَّذِينَ يُقَاتِلُونَ فِي سَبِيلِهِ صَفّاً كَأَنَّهُم بُنيَانٌ مَّرْصُوص 61.4. Sesungguhnya Allah menyukai orang yang berperang dijalan-Nya dalam barisan yang teratur seakan-akan mereka seperti suatu bangunan yang tersusun kokoh.

Monday, December 1, 2014

PUAK PAKATAN HARAM MARAHKAN UMNO-BN BILA HARGA MINYAK GLOBAL JATUH!!! MEROYAN BILA HARGA MINYAK JATUH

Dah beberapa jam berlalu harga petrol RON 95 dan RON 97 turun masing masing RM0.04 sen dan RM0.09 sen. Manakala harga Diesel naik sikit RM0.03 sen seliter.

Puak-puak pemakan petrol nampaknya mendapat malu apabila sebelum ni mengatakan harga minyak RON 95 dan RON 97 akan naik. Kononnya juga kerajaan hanya nak tipu rakyat kerana tiada sebarang perubahan harga semuanya kerana nak ambil hati rakyat semasa perhimpunan Agong UMNO lah, nak alih pandangan rakyat berkaitan Akta Hasutan lah, nak itu nak ini pot pet pot pet...

Malam tadi juga stesen-stesen minyak agak lengang sikit tak macam semasa nak naik harga sampai sesak dan habis stok dibuatnya.  Tapi ada juga kutu brahak yang kufur tak pernah nak syukur dan berterima kasih. Masih nak salahkan kerajaan. 

Agaknya berasa apalagi modal yang boleh digunakan untuk hentam kerajaan bila harga minyak RON 95 dan RON 97 turun. Mungkin mereka akan kata Diesel naik akan menyebabkan harga barang naik mendadak sebab kerajaan tak cukup duit... kerajaan zalim, GST, rakyat tak cukup duit sekolah anak, duit makan tak cukup nanti terpaksa mintak sedekah bla...bla...bla....semua salah Rosmah!...nauzubillah! 

Puak pemakan petrol dan diesel ini akan terus meroyan di alam siber atau ceramah di tepi longkang dan padang-padang mengutuk-ngutuk kerajaan selagi boleh. Pagi ni pula banyak pulak kenderaan isi minyak sampai sesak jalan. Maklumlah semalam tak nak isi tunggu harga jatuh. Boleh jimat...ramai juga yang lega bersyukur dan berterima kasih pada kerajaan BN.

Hakikatnya kerajaan telah menunaikan janjinya untuk menurunkan harga minyak apabila harga minyak mentah dunia turun. Lepas ini naik turun harga minyak akan ditentukan oleh mekanisme apungan berdasarkan harga pasaran dunia sepertimana RON 97, tanpa suntikan subsidi.

Walaupun tanpa subsidi kerajaan masih mempunyai mekanisme untuk mengawal harga minyak dan diesel agar tidak melepasi tahap kritikal hingga menyukarkan hidup rakyat.  Wang hasil penjimatan subsidi inilah yang disalurkan untuk pelbagai program membantu rakyat di bandar dan luar bandar tanpa memilih kaum. 

Itulah keadilan dan keprihatinan kerajaan, bukan sekadar tabur janji, melalak, mengutuk, demo sana sini heret rakyat bela isu peribadi...tapi jasa all nothing!  Sekarang ni trend harga minyak mentah jatuh di bawah paras US$70.00 (RM231.00)....ulang sekali lagi harga minyak mentah bukan minyak diproses siap. 

Kalau puak pemakan minyak dan diesel nak harga murah lagi mereka digalakkan untuk berdayung sampan ke tengah-tengah lautan dan mencarigali sendiri minyak mentah di sana.  Tak pun cer cuba gali belakang rumah atau ceduk air perigi kot-kot hasil berkat tok guru maka akan jumpa minyak mentah untuk kenderaan sendiri dan boleh dijual.

Macam bukti bawah ni... Sebenarnya harga minyak mentah sekarang jatuh adalah disebabkan Pertubuhan Negara-Negara Pengeksport Petroleum (OPEC) tidak bertindak mengurangkan pengeluaran minyak mentah mereka.

Malahan beberapa negara OPEC seperti Amerika, Kanada, Rusia meningkatkan pengeluaran minyak mentah mereka sejak Jun tahun ini bagi menampung permintaan domestik menjelang musim sejuk di negara masing-masing.

Beberapa negara pengeluar lain seperti Libya kini kembali mengeksport minyak mentah selepas reda krisis politik dan perang saudara di negara berkenaan tercetus pada tahun 2011 lalu.  Krisis perang saudara di Syria dan ancaman IS di Iraq juga dilihat kurang mempengaruhi harga minyak dunia.

Terusan Suez yang menjadi laluan kapal tanker antarabangsa juga tenang tanpa ancaman. Konflik Palestine -Israel pun sudah reda.  Ringkasnya minyak mudah dibawa keluar dan dieksport merata ceruk dunia hingga tidak banyak risiko perjalanan dan urusniaga penjualan telah menyebabkan harga menjadi lebih stabil dan terus menurun. Bahkan permintaan minyak mentah di Eropah dan Jepun mudah diperolehi tanpa risiko ancaman keselamatan, Eropah makin pulih dari krisis ekonomi. 

Musim sejuk di kutub utara juga mempengaruhi bilangan permintaan apabila kenderaan kurang di jalanan, banyak sektor industri pula menghentikan operasi.  Paling ketara permintaan minyak mentah untuk kenderaan dan kilang di Jepun, Korea Selatan bahkan di China, Eropah dan US semakin menunjukkan penurunan apabila negara-negara tersebut mula menumpukan usaha membangunkan dan mengeluarkan lebih banyak kenderaan cekap tenaga, hibrid, solar dan elektrik atau sekurang-kurangnya menggunakan gas asli bagi menggantikan petrol. 

Selain jimatkan wang ia dapat mengurangkan pencemaran udara sekaligus dapat meningkatkan teknologi mesra alam.  Harga minyak turun bermakna runtuhnya keegoan seorang kaki penipu...

Jadi bila harga petrol global turun mesti ada sebabnya...Ia tak de kena mengena sama sekali dengan desakan si Rapussy, Nuar Berahim atau para Ah Beng DAP yang lancang berbicara.

Malah ia juga tak de kaitan langsung dengan mitos karut marut kononnya ia berkat dari jampi serapah Tok Garu serta para pengikutnya yang meratib-ratib hiba dan berguling-guling di tengah-tengah jalanan.   

Paling penting, trend harga minyak ditentukan oleh faktor ekonomi iaitu penawaran dan permintaan. Kita berharap agar harga minyak mentah turun lagi untuk bulan Januari 2015 nanti, Insya Allah.

Korang boleh rujuk dan baca ni jugak;

http://mymassa.blogspot.com/2014/11/subsidi-minyak-belajar-dari-kerajaan.html

http://mymassa.blogspot.com/2014/11/harga-ron-95-kini-lebih-murah-biar-betul.html

http://mymassa.blogspot.com/2014/11/santai-bila-macai-tunjuk-pandaiakhirnya.html

http://mymassa.blogspot.com/2014/11/anwar-tersedak-bila-harga-petrol.html

http://mymassa.blogspot.com/2014/11/apa-harga-petrol-kat-brunei-lebih.html

http://mymassa.blogspot.com/2014/10/cerita-raya-qurban-minyak-naik-20.html

http://mymassa.blogspot.com/2014/10/kenapa-dan-mengapa-rasionalisasi.html

http://mymassa.blogspot.com/2014/10/subsidi-dikurangkan-harga-petrol-diesel.html

http://mymassa.blogspot.com/2014/10/petrol-kena-gstlahkata-rapussymuahahaha.html

http://mymassa.blogspot.com/2014/10/minyak-naik-atau-naik-minyak.html

http://mymassa.blogspot.com/2014/10/jom-kita-jadi-cerdik-sikit-dengan.html

http://mymassa.blogspot.com/2014/10/bravo-minyak-naik-semua-naik-apa.html

http://mymassa.blogspot.com/2014/05/ooo-patutlah-mahal.html

http://mymassa.blogspot.com/2014/05/harga-ron-95-indonesia-kok-lebih-murah.html

Credit Mymassa

No comments :

DISCLAIMER

Blog ini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian blog ini. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Penulis tidak memaksa anda memasuki blog ini dan tidak akan bertanggungjawab jika ada yang tercedera atau tersinggung emosi, atau disaman jika melanggar akta mesin cetak dan lain-lain undang-undang yang berkaitan. Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.