Megat Panjialam

. إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الَّذِينَ يُقَاتِلُونَ فِي سَبِيلِهِ صَفّاً كَأَنَّهُم بُنيَانٌ مَّرْصُوص 61.4. Sesungguhnya Allah menyukai orang yang berperang dijalan-Nya dalam barisan yang teratur seakan-akan mereka seperti suatu bangunan yang tersusun kokoh.

Sunday, December 28, 2014

BANJIR... DARURAT... DAN AKAL BODOH YANG PERASAN MEREKA LEBIH PANDAI!!!


Jikalau kita menyebut kepada orang yang berminda sepet akan dua perkara iaitu, pertama, peperangan di Timur Tengah boleh menyebabkan kenaikan harga minyak secara global; dan kedua, kenaikan harga minyak akan menyebabkan kenaikan harga barangan keperluan, mereka lebih tertumpu kepada perkara kedua dan tidak memperdulikan perkara pertama yang menjadi asas kepada perkara kedua.

Ini adalah kerana minda yang sepet lebih mengutamakan perkara yang lebih mempunyai pengaruh kepada kehidupan seharian mereka.

Maka, berbunyilah suara-suara sumbang apabila saya menulis mengenai 
Kenapa Tidak Isytihar Darurat Bencana semalam.

Perkara yang mereka nampak hanyalah mengenai urusan tuntutan insuran mungkin terjejas sekiranya Darurat Bencana diisytiharkan. Timbullah bijak pandai berminda sepet yang bertanya pula: “Berapa ramaikah di antara 160,000 mangsa banjir yang telah mengambil insuran untuk melindungi rumah dari bencana alam seperti banjir? Berapa ramaikah orang kampung yang telah mengambil perlindungan insuran untuk bencana banjir untuk pondok buruk mereka?”

Jawapannya ialah tidak ramai. Bahkan, saya mungkin boleh menyokong minda sepet mereka dengan mengatakan tiada langsung pondok buruk yang diinsurankan dengan perlindungan bencana banjir. Tetapi, untuk yang tidak tinggal di pondok buruk yang ada membuat perlindungan dari bencana banjir di dalam insuran am mereka, pengecualian tuntutan boleh dikenakan oleh syarikat-syarikat insuran, dan ini akan merugikan mereka.

Maka, minda yang sepet dengan segera bersuara menyatakan bahawa hanya mereka yang berkemampuan untuk menambahkan sejumlah 0.5% dari kos insuran mereka untuk perlindungan banjir sahaja yang akan menerima manafaat sekiranya Darurat Bencana tidak diisytiharkan. Jawapannya ialah: ITU TIDAK BENAR.

Pada tahun lepas, satu pekeliling telah dikeluarkan untuk mangsa banjir di kalangan kakitangan kerajaan yang mempunyai pinjaman perumahan untuk membuat tuntutan insuran :


Bayangkan masalah yang boleh mereka hadapi sekiranya Darurat Bencana diisytiharkan.

Walaupun kuasa untuk mengisytiharkan Darurat Bencana berada di tangan Perdana Menteri atas nasihat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Pusat, Perdana Menteri masih perlu berbincang dengan kerajaan di negeri-negeri terjejas untuk pengesahan keadaan darurat kerana kuasa kerajaan negeri-negeri tersebut mengikut undang-undang yang termaktub di bawah Perlembagaan Persekutuan masih wujud. Sekiranya kerajaan di negeri-negeri tersebut tidak merasakan bahawa sesuatu bencana itu sudah diluar kawalan, dan menyebabkan jumlah kemalangan jiwa yang amat besar, boleh menyebabkan keselamatan dan ketenteraman awam di negeri tersebut berada di luar kawalan, dan tidak lagi selamat untuk para pelabur untuk terus beroperasi di situ, maka bolehlah mereka bersetuju untuk mengisytiharkan darurat.

Walau bagaimanapun, tanpa mengisytiharkan Darurat Bencana, Kerajaan Persekutuan telahpun mengerahkan aset-aset di bawah jabatan-jabatan dan kementerian-kementeriannya untuk membantu dalam operasi bantuan bencana banjir bak kata orang kampung, “Beyond the call of duty.” Malah, segala kos operasi bantuan bencana banjir juga ditanggung sepenuhnya oleh Kerajaan Persekutuan, bukan oleh kerajaan di negeri-negeri terbabit.

Yang berminda sepet ini juga mahu Darurat Bencana diisytiharkan agar aset-aset Angkatan Tentera Malaysia dapat dikerahkan di negeri-negeri terbabit. Ingin saya bertanya aset apakah yang digunakan di dalam gambar-gambar berikut?



Tidakkah mereka nampak seramai 1,000 orang anggota tentera darat, 50 buah bot telah dikerahkan ke negeri Kelantan sahaja? Ini tidak termasuk aset-aset seperti bot-bot dan pesawat milik Tentera Udara dan Tentera Laut!

Itulah yang tidak ternampak oleh minda-minda sepet. Mereka hanya nampak perkataan insuran yang telah saya tulis, dan Perdana Menteri umumkan semalam.

Perkara kedua yang telah saya tulis dan tidak ternampak juga oleh minda-minda sepet ialah berkenaan para pelabur boleh mengeluarkan pelaburan mereka dari negeri-negeri terbabit sekiranya keadaan Darurat Bencana berlaku tanpa membayar sebarang kos kepada kerajaan negeri-negeri tersebut. Tetapi, seperti yang saya nyatakan di permulaan artikel ini, pelaburan asing tidak memberi kesan secara langsung kepada minda-minda sepet. Perkara seperti itu adalah terlalu rumit bagi mereka dan hanya kerajaan negeri sahaja yang patut memikirkan kesannya. Minda sepet hanya hendak tahu mengenai insuran yang mereka tidak beli, dan harga teh tarik yang mereka gemari sahaja. Sama ada saudara-mara, rakan-taulan mereka akan mempunyai pekerjaan setelah Darurat Bencana diisytiharkan bukan menjadi keutamaan mereka....
.sambung baca di The Flying kick



No comments :

DISCLAIMER

Blog ini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian blog ini. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Penulis tidak memaksa anda memasuki blog ini dan tidak akan bertanggungjawab jika ada yang tercedera atau tersinggung emosi, atau disaman jika melanggar akta mesin cetak dan lain-lain undang-undang yang berkaitan. Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.