Megat Panjialam

. إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الَّذِينَ يُقَاتِلُونَ فِي سَبِيلِهِ صَفّاً كَأَنَّهُم بُنيَانٌ مَّرْصُوص 61.4. Sesungguhnya Allah menyukai orang yang berperang dijalan-Nya dalam barisan yang teratur seakan-akan mereka seperti suatu bangunan yang tersusun kokoh.

Sunday, December 28, 2014

Kami Doakan Yang Terbaik, Kata Jokowi

1:00PM Dec 28, 2014

Pesawat AirAsia membawa 155 penumpang dan tujuh anak kapal hilang pagi ini.

Pesawat Airbus 320-200 daripada Surabaya, Indonesia pada 5.20 pagi waktu tempatan (6.20 pagi waktu Malaysian) dan dijadual tiba ke Singapura dua jam selepas itu.

Ia bagaimanapun hilang kawalan dengan pusat kawalan trafik udara.

LAPORAN LANGSUNG

4.40pm: Presiden Indonesia Joko Widodo atau Jokowi (bawah) berkata beliau mengharapkan yang terbaik untuk pesawat QZ8501.

“Kita semua berdoa, saya dan seluruh rakyat Indonesia.

“Kita berdoa supaya penumpang dan anak kapal AirAsia QZ8501 yang hilang perhubungan pulang dengan selamat,” beliau dipetik sebagai berkata oleh Tribunnews.

Dalam perkembangan berkaitan, Perdana Menteri Singapura Lee Hsien Loong berkata beliau sedih dengan insiden yang berlaku.

Lee juga dilapor bercakap dengan Jokowi dan menawarkan bantuan daripada negara itu.

Tony terbang ke Surabaya 

4.20pm Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia Tony Fernandes mengumumkan bahawa beliau menuju ke Surabaya untuk memantau keadaan di sana.

“Dalam perjalanan ke Surabaya, di mana kebanyakan penumpang daripada sana, bersama pegawai pengurusan saya di Indonesia,” katanya di Twitter.

3.45pm Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama hari ini mengadakan mesyuarat mengenai hilangnya pesawat AirAsia QZ8501 meskipun beliau sedang bercuti di Hawaii, lapor Reuters.

"Presiden Barack Obama telah mengadakan mesyuarat mengenai hilangnya pesawat AirAsia QZ8501,"   jurucakap kerajaan Eric Schultz dipetik sebagai berkata.

Eric juga berkata, Obama telah menerima semua laporan termasuk status terakhir penerbangan itu.

3.41pm: Kerajaan Indonesia menafikan pihaknya telah mengesahkan laporan bahawa penerbangan QZ8501 terhempas di Pulau Belitung Timur di Laut Jawa, lapor Astro Awani.

Pengarah Kementerian Udara dan Perhubungan Djoko Murjatmodjo dilaporkan berkata pihaknya masih belum mendapat sebarang maklumat mengenai keadaan pesawat tersebut.

3.00pm: Menurut CCTV China, yang memetik pihak berkuasa Indonesia, “tiada kemungkinan” untuk QZ8501 terus terbang selepas hilang perhubungan kerana pesawat itu hanya mempunyai minyak yang mampu bertahan cuma empat jam setengah.

Pesawat itu hilang perhubungan semasa perjalanan ke Singapura. Kebanyakan laluanya melalui kawasan laut.

2.40pm: Agensi berita nasional Indonesia Antaramelaporkan bahawa pesawat itu terhempas kira-kira 145km dari Pulau Belitung.

Antara memetik pegawai Agensi Mencari dan Menyelamat (Basarnas) sebagai berkata demikian, lapor Jakarta Post.

Pesawat itu dipercayai berputar-putar di udara bagi mengelakkan ribut sebelum terhempas ke laut.

2.25pm: CCTV China di Twitter melaporkan bahawa bangkai sebuah pesawat ditemui di timur Pulau Belitung, Indonesia.

Tiada maklumat lanjut dinyatakan, mahu pun pengesahan AirAsia atau mana-mata pihak berkuasa berhubung perkara itu.

2.05pm: Ketua operasi mencari dan menyelamat di Belitong Joni Supriadi berkata, pihaknya sedang mempersiapkan sebuah kapal menyelamat ke Belitung.

Bagaimanapun, keadaan cuaca buruk mungkin menyukarkan operasi ke lokasi yang dikatakan jatuhnya pesawat Air Asia itu.

“Namun cuaca yang sangat buruk sehingga kapal Belitung Ekspress ke Pangkal Pinang tidak dapat meneruskan perjalanan hari ini,” katanya dalam Kompas TV.

1.50pm: AirAsia Indonesia berkata, pesawat QZ8501
telah meminta pertukaran laluan disebabkan keadaan cuaca, sebelum komunikasi terputus semasa bawah kawalan Pusat Kawalan Udara Indonesia (ATC).

Berikut maklumat daripada AirAsia Indonesia:

Penerbangan QZ8501 dari Surabaya ke Singapura terputus hubungan dengan pusat kawalan trafik udara pada 07:24 (waktu tempatan Surabaya) pagi ini.

Penerbangan berlepas daripada Lapangan Terbang Antarabangsa Juanda di Surabaya pada 5:35 pagi.

Dua orang juruterbang, empat orang anak kapal dan seorang jurutera bertugas dalam penerbangan.

Kapten yang mengemudi pesawat mempunyai 6,100 jam penerbangan dan pegawai pertama / penolong juruterbang mempunyai 2,275 jam penerbangan.

Terdapat 155 penumpang dalam penerbangan, dengan 138 dewasa, 16 kanak-kanak dan seorang bayi. Turut berada dalam penerbangan ialah dua orang juruterbang dan lima anak kapal.

Kerakyatan penumpang dan anak kapal seperti berikut: 1 Singapura, 1 Malaysia, 3 Korea Selatan dan 157 Indonesia.

Operasi mencari dan menyelamat dijalankan bawah pimpinan Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Indonesia (CAA).

Pesawat tersebut melalui penyelenggaraan berjadual terakhir pada 16 November lalu.

1.49pm: Ketua tentera udara Indonesia, Marsma Hadi Tjahjanto berkata pihaknya mengerahkan anggotanya ke wilayah Belitung untuk menyiasat perkara itu.

“Hari ini angkatan udara menerbangkan Boeing 737 dari Makassar menuju ke tempat yang dikatakan jatuhnya pesawat AirAsia itu.

"Mengikut radar pesawat itu jatuh di atas Laut Jawa berdekatan Belitung.

“Kita akan mencari pesawat itu dengan pesawat yang kita miliki.

"Dan sekiranya kita menemui objek seperti pesawat kita akan melaporkannya,” katanya seperti disiarkan Metro TV Indonesia.

1.20pm: Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) AirAsia Tony Fernandes berkata pihaknya akan mengeluarkan kenyataan berhubung perkembangan terkini tidak lama lagi.

Menulis di Twitter, beliau mengucapkan terima kasih atas sokongan dan doa orang ramai.

1.11pm: Orang ramai dinasihat hanya terima maklumat sahih daripada AirAsia berhubung kehilangan pesawat AirAsia Indonesia, kata menteri penerangan Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek, lapor Bernama.

1pm: Menurut laman web pengesan penerbangan FlightRadar24, pesawat QZ8501 hilang daripada radar  di barat laut, Laut Jawa.

Kawasan di lintasannya termasuk Pulau Belitung dan Pulau Bangka.

FlightRadar24 melaporkan, sebelum penerbangan hari ini, QZ8501tiba ke Surabaya daripada Kuala Lumpur pada 8.45 malam (waktu tempatan) tadi dan mendarat pada 10.20 malam (waktu tempatan).

Statusnya kini disenaraikan sebagai tidak diketahui.

12.50pm: CNN Indonesia laporkan bahawa lokasi terakhir pesawat itu dikesan sekitar Pulau Betilung, Sumatera.

Memetik bangkapos.com, Kompas pula melaporkan “sebuah pesawat” dikhabarkan jatuh di perairan laut Belitung Timur namun titik lokasinya belum dapat dipastikan.

[Laporan penuh menyusul]

1 comment :

Anonymous said...

perghhhh...cepat je obama amik tau...masa mh370 dulu napa dia lambat amik tindakan nak membantu?mmmmmm


azhar

DISCLAIMER

Blog ini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian blog ini. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Penulis tidak memaksa anda memasuki blog ini dan tidak akan bertanggungjawab jika ada yang tercedera atau tersinggung emosi, atau disaman jika melanggar akta mesin cetak dan lain-lain undang-undang yang berkaitan. Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.