Megat Panjialam

. إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الَّذِينَ يُقَاتِلُونَ فِي سَبِيلِهِ صَفّاً كَأَنَّهُم بُنيَانٌ مَّرْصُوص 61.4. Sesungguhnya Allah menyukai orang yang berperang dijalan-Nya dalam barisan yang teratur seakan-akan mereka seperti suatu bangunan yang tersusun kokoh.

Wednesday, December 10, 2014

Kerajaan tidak cadang ekstradisi Alvin dan Ali

alvin n ali

Kerajaan tidak cadangan atau hasrat  membuat permohonan ekstradisi blogger kontroversi Alvin Tan dan aktivis politik Ali Abdul Jalil ke Malaysia bagi menghadapi tindakan undang-undang.
Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, kerajaan setakat ini tidak ada cadangan tersebut walaupun ada perjanjian extradisi dengan negara berkenaan.
 Zahid berkata demikian kepada media selepas menerima kunjungan Penolong Setiausaha Hal Ehwal Antarabangsa, Jabatan Keselamatan Dalam Negeri Amerika Syarikat, Alan Bersin, di pejabatnya di Putrajaya, Selasa.
Tan atau nama sebenarnya Tan Jye Yee melarikan diri ke Amerika Syarikat bagi mendapatkan perlindungan politik dan mengelak daripada ditahan pihak berkuasa di Malaysia atas kesalahan-kesalahan yang dilakukan.
Ali pula melarikan diri ke Sweden bagi mendapatkan perlindungan politik. Ali berdepan tuduhan menghasut kerana menghina institusi Raja di negara ini melalui laman Facebooknya.
Zahid bagaimanapun yakin Tan dan Ali yang kini berada di luar negara untuk mendapatkan perlindungan politik akan pulang ke tanah air suatu hari nanti.
Menjawab soalan, beliau berkata kerajaan Malaysia tidak kejam sehingga bertindak menggugurkan kerakyatan Tan dan Ali, Ahmad Zahid berkata kerajaan Malaysia tidak sekejam itu.
“Mereka adalah anak kelahiran Malaysia. Tiada pasport sudah cukup menyeksa,” katanya.
Pada Isnin, Jabatan Imigresen Malaysia mengumumkan bahawa pasport Malaysia Antarabangsa Tan dan Ali ditarik balik berkuat kuasa serta-merta.


No comments :

DISCLAIMER

Blog ini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian blog ini. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Penulis tidak memaksa anda memasuki blog ini dan tidak akan bertanggungjawab jika ada yang tercedera atau tersinggung emosi, atau disaman jika melanggar akta mesin cetak dan lain-lain undang-undang yang berkaitan. Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.