Megat Panjialam

. إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الَّذِينَ يُقَاتِلُونَ فِي سَبِيلِهِ صَفّاً كَأَنَّهُم بُنيَانٌ مَّرْصُوص 61.4. Sesungguhnya Allah menyukai orang yang berperang dijalan-Nya dalam barisan yang teratur seakan-akan mereka seperti suatu bangunan yang tersusun kokoh.

Wednesday, December 17, 2014

TURUN PADANG :KHAIRUDDIN YANG TAK NAMPAK MUKA ATAU UMNO PP? @dzainalabidin @RRafizal @NajibRazak


Selepas membuat laporan polis isu 1MDB ,  Khairuddin   semakin besar kepala dan perasan hebat dan kali ini beliau menghentam   UMNO P.Pinang tidur  diketuai DS Zainal Abidin Osman dengan mendakwa tak turun padang bertemu rakyat . 

Malah beliau  turut  memperlekehkan & mempertikaikan Presiden UMNO melantik DS Zainal &  Teng Chang Yeow mengetuai UMNO & BN P.Pinang .






Siapa dia Khairuddin ini yang perasan   dirinya lebih bijak untuk menentukan  orang ini tidak layak memegang jawatan ?

Apakah sebab dia mendapat liputan media pembangkang Malaysiakini membolehkan dirinya jadi popular sebab berani menghentam parti dan pemimpin ?

Aku yakin ramai orang kuat UMNO P.Pinang tak kenal pun malaun ini &  memegang jawatan Naib Ketua Bahagian Batu Kawan kerana muka dia selepas menang pemilihan  tak pernah nampak pun .

Apa program yang dianjurkan Khairuddin di Batu Kawan   yang turun ke akar umbi beri kesan sokongan kepada BN ?

Selama ini  dia tak pernah hadir bersama kepimpinan negeri khususnya di program dan majlis masyarakat dan rumahnya pulak di Kuala Lumpur.

Selepas itu , dia memuji pembangkang dapat sokongan menang PRU13 di P.Pinang  sebab kerap  turun padang bertemu rakyat .

Sepatutnya Khairuddin perlu bertanya kepada  sepupunya Anwar Ibrahim di Permatang Pauh berapa kerap dia balik kawasan parlimen menjenguk masalah rakyat di situ bukan hanya makan kenduri kahwin sahaja .

Jangan hanya bercakap membabi buta memuji pembangkang tanpa melihat sendiri perkara sebenar dan menuduh UMNO P.pinang  tidur.

UMNO P.Pinang antara negeri ditadbir pembangkang yang aktif  & berani melawan DAP, mempertahankan hak  orang Melayu dan kesucian Agama Islam.  Isu kalimah Allah yang  dibenarkan Guan Eng digunakan bukan Islam,  yang paling awal membuat  laporan polis adalah Pemuda UMNO negeri ini .

Jadi , tuduhan Khairuddin  ini umpama menembak membabi buta tanpa sebarang fakta dan hujah berkesan .

Sumbangannya selama ini  tak seberapa pun kepada UMNO  daripada seorang tukang angkat beg Umi Hafilda ke mahkamah  dulu hinggalah   menjadi suami Umie Aida.

Beliau hanya seorang dedalu dalam UMNO yang opportunis ......credit



No comments :

DISCLAIMER

Blog ini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian blog ini. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Penulis tidak memaksa anda memasuki blog ini dan tidak akan bertanggungjawab jika ada yang tercedera atau tersinggung emosi, atau disaman jika melanggar akta mesin cetak dan lain-lain undang-undang yang berkaitan. Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.