Dunia
Islam di Selangor sedang kecoh membicarakan soal kebiadapan Ketua
Pengarag The Herald, Lawrence Andrew, yang dilaporkan berdegil tetap
mahu menggunakan kalimah “Allah” di majlis-majlis yang dianjurkan
oleh pihak gereja Katolik di seluruh negeri itu.
Kenyataan
itu jelas mencetus api kemarahan umat Islam di seluruh negara,
khususnya di Selangor, sehingga ada yang bertindak mengadakan
demonstrasi di depan gereja. Selain itu, bilangan laporan polis
terhadap Ketua Pengarang The Herald itu makin bertambah dari hari ke
hari.
Tambahan
pula, beberapa aktivis Kristian turut berhimpun memprotes demonstrasi
yang dilakukan di depan gereja. Marina Mahathir pun turut “menempel
muka”, kononnya mempertahankan “hak asasi penganut Kristian”?
Saya
kira, “api kecil” dicetuskan Lawrence Andrew itu semakin
“menyala” di hati umat Islam sekarang. Sekiranya “api”
tersebut tidak dibendung sebijak mungkin, ia mungkin akan mencetus
konflik agama yang agak serius di Selangor.
Di
“padang” yang lain, beberapa ADUN DAP mula “memarakkan” lagi
“api” tersebut dengan menggesa Menteri Besar Selangor, Tan Sri
Khalid Ibrahim menggantung tugas beberapa pegawai JAIS yang merampas
Bible berbahasa Melayu menggunakan kalimah “Allah” yang
dipercayai telah “diseludup” masuk dari negara jiran, Indonesia.
Khabarnya,
MB Selangor itu juga didesak agar memansuhkan Enakmen Agama Bukan
Islam Selangor (Kawalan Penyebaran Kepada Umat Islam) 1988, yang
melarang penggunaan kalimah seperti “Nabi”, “Allah” dan
seumpamanya digunakan di negeri termaju itu. Sehingga kini, Khalid
Ibrahim masih berdiam diri…
Saya
tertanya-tanya, mengapa semua ini berlaku? Kenapa umat Islam di
negeri termaju itu diuji sedemikian rupa? Sudahlah titah DYMM Sultan
Selangor mengenai kepentingan enakmen itu tidak diendahkan,
kepentingan Islam di negeri itu semakin tercabar dan seolah-olah cuba
dihapuskan secara teratur. Strategi siapakah itu?
Dulu,
ketika mana akta ISA masih ada, jangankan di Selangor, saya kira
tidak siapa pun berani mencabar kedudukan dan kepentingan Islam serta
umatnya di seluruh negara. Kini, menghina Islam di Facebook
seolah-olah menjadi perkara “biasa” yang biasanya akan terlepas
begitu saja…kan?
Saya
lihat, sejak ISA diisytihar kerajaan untuk dimansuhkan, kepentingan
Islam dan Melayu adalah dua perkara utama yang “diserang” oleh
pihak-pihak tertentu. Dua perkara yang sangat sensitif dan mampu
menggugat keamanan serta keharmonian kaum yang disemai sejak merdeka
dulu…
Siapa
yang mahu ISA dimansuhkan? Siapa yang desak supaya kerajaan
mansuhkan? Apakah mereka ini merancang sesuatu secara terancang untuk
menimbulkan segala ketegangan agama dan kaum di negara kita? Atau
mereka ini hanya “alat pekakas” yang dipergunakan untuk
merealisasikan keinginan pihak tertentu yang bersembunyi di sebalik
tabir?
Saya
masih ingat ketika di zaman ISA dulu, siapa saja yang biadap dan cuba
mengeluarkan kenyataan yang mampu menggugat kestabilan negara,
senstiviti agama dan keharmonian kaum, mereka akan ditahan
serta-merta tanpa sebarang bicara. Kononnya tindakan itu zalim…
Tapi,
zalimkah tindakan kerajaan yang cuba mengekang unsur yang mampu
mencemar kestabilan negara, kesefahaman antara agama dan keharmonian
kaum? Cuba lepaskan individu yang menghina agama Kristian di depan
gereja, agak-agak apa yang akan berlaku padanya? Selain berjaya
menutup mulut celupar, sekurang-kurangnya kerajaan berjaya
menyelamatkan individu kurang ajar itu dan dia akan diajar di dalam
tahanan ISA, bukan? Zalimkah tindakan itu?
Kini,
“nasi sudah jadi bubur”. Meskipun sudah ada SOSMA, “judicial
precedent”nya agak kabur dan ia seolah-olah menyebabkan pihak
berkuasa “takut” dan “terlalu berhati-hati” untuk mengambil
tindakan. Keadaan itulah pada pandangan saya telah menyebabkan
senario melampau seperti di Selangor itu berlaku.
Persoalannya,
saya kemukakan kembali perkara pokok, apakah semua yang berlaku ini
merupakan sebuah perancangan teliti pihak tertentu?
Ada
tukang provokasi dan ada pula yang bertindak dengan kuasa yang ada.
Bila provokasi berlaku terhadap sensitiviti umat Islam dan bangsa
Melayu, maka kita mudah terperangkap di dalam “jerat” yang
dirancang. Bila ada yang “mengamuk”, maka mungkin akan berlaku
perkara yang tidak diingini…
Bila
perkara tidak diingini itu berlaku dan ia bersalahan dengan
undang-undang, maka peguam-peguam “pihak tertentu” itu akan
tampil membawa kes ke ruang sistem pengadilan kita. Bila
undang-undang diputar belitkan, maka dengan mudah sistem perlembagaan
atau undang-undang tubuh dipertikai, dan seterusnya mungkin dipinda
atau dimansuhkan…
Dalam
teori saya, sekiranya “modus operandi” licik begitu benar-benar
dirancang, lambat laun satu persatu hak keistimewaan Islam dan bangsa
Bumiputera di negara kita akan hilang. Bila ia hilang satu persatu,
apakah kita akan “berputih mata” melihat Malaysia
di”Singapura”kan?
Pada
saya, perkara itu tidak mungkin dapat ditangani dengan emosi yang
“membara”. “Bara” selalunya akan menghidupkan “api” yang
kemudian akan membakar hangus segalanya. Ia perlu ditangani dengan
strategi dan kebijaksanaan yang tinggi, serta perlu dikawal dengan
cara yang berhikmah.
Apa
caranya? Itu bukan kerja saya. Saya tidak pula dibayar gaji lumayan
seperti mereka yang digajikan untuk memikirkan soal tersebut. Kalau
saya dibayar, mungkin saya sendiri tidak tidur malam memikirkan
perkara tersebut. Namun saya yakin, kalau diselak Al-Quran, Hadith,
Qias, Ijma’ dan sirah zaman kegemilangan tamadun Islam, di situ ada
jawapannya… Wallahu’alam.
No comments :
Post a Comment