Bersama
Syeikh Yusuf Abu Sunainah – Imam Masjid Al-
Aqsa
As-Syarief, Baitula-Maqdis
AL-AQSA
MENANGIS DARAH!!!*
Al-Aqsa
Bumi para
anbiya
Kelahiran
para syuhada
Tanah
yang diberkati
Langit
yang menjadi saksi
Mukjizat
Rasul & Nabi
Al-Aqsa
Bumi mu
berdarah
Peluru
dimuntah
Umat
dimamah
Tanah
merekah merah
Di baham
zionis haram jadah
Al-Aqsa
Bumi mu
menangis darah,
Angkara
zionis,
Anak-anak
mu ditumis
Tanah mu
berkudis
Umat mu
habis di gilis
Mana
saudara se-kiblat mu?
Mana
jiran se-kitab mu?
Mana
pembela se-aqidah mu?
Mana
warisan ‘Umar Al Khattab?
Mana
warisan Ali Abi Tolib?
Mana
warisan Salahudin Al Ayyubi?
Mana
warisan Muhammad Al-Fateh?
Dimana
mereka…..Al-Aqsa
Dimana?
Aduhai
Al-Aqsa
Kau
bersendirian
Sekadar
batu dan lastik
Sekadar
doa dan semangat
Kau
bangkit berjihad
Intifadah menjadi
pengubat
Jiran mu
yang semut berjuta
Saudara
mu yang qorun-raya
Sekadar
mampu menghantar doa
Diiringi
baju selimut gebar
Hanya
mampu mengutuk zionis
Sambil
memuntah asap rokok Yahudis!
Aduhai
Al-Aqsa
Kau jadi
cermin umat masakini
Dayus,
bacul menjubah diri
Ukhwah
perpaduan diterajang ke-tepi
Angkara
gila kuasa..gila kerusi
Terpukau
perangkap
Barat
Yahudi
Namun
Al-Aqsa
Suatu
hari bumi ini pasti meledak,
Langit
terbelah
Gelombang
umat yang marak
Berang
lasykar terbakar ke puncak
Bukan sekadar
menjadi penyalak
Sekadar muffler melilit
tengkok
Umat kini
sudah tidak gentar
Pada
peluru zionis yang ketar
Kami
mendengarmu Al-Aqsa
Dan kami
tetap akur mendengar
Intifadah..intifadah..intifadah
!!!
Kesetiap
penjuru tak bertepi
Kami
bukan sekadar pandir
Mengiya
fitnah parasit hanyir
Penyujud
na’am zionis kafir
Kerana
kami lasykar Yang Maha Esa
Kerana
kami sol-jah Maha Pencipta
Umat yang
mengenal si-kitol derhaka
Antara
parasit berserban lilit
Antara
pak yangoat berjubah meleret
Nanti
waris kami bersoaltanya
Di atas
kuburan merah menyala
Mengapa
Al-Aqsa di biar sendirian
Tanpa
pembelaan
tanpa
penentangan
Ramai
umat bak buih dilautan
Sekadar
ramai bertakbir sakan
Tapi
berpecah tanpa sempadan
Mengejar
kilauan kalkatu kerakusan
Yang
batil yang palsu menjadi idaman
Namun intifadah itu
mutlak
Akan
menjadi keramat yang hak
Biar
disekat biar dihambat
Parasit
zionis kalkatus keparat
Kami
bersama mu Al-Aqsa
Dan kami
adalah lasykar
Kami
adalah sol-jah
Bersama
mu menegakkan
Intifadah..intifadah..intifadah..!!!
Biar
dipagar tembok dan besi
Zionis
yang makin menikus
Dikelilingi
parasit yang rakus
Menentang
arus hangat semangat jihad
Jiwa umat
yang lama tersekat
Pasti
bangkit menentang keparat
Mahkamah
ALLAH menjadi penyukat
Menghakimi
antara pejuang dan petualang
Antara
lasykar dan parasit
Antara
mujahid dan mujahat
Antara
sol-jah dan penderhaka
Antara
yang betul dengan si-kitol
Kami
mendengar mu Al-Aqsa
Kami
bersama mu Al-Aqsa
ALLAH hu
akbar! ALLAH hu akbar! ALLAH hu akbar!
**************************************
ZULKIFLI
BIN NOORDIN
Kuala
Lumpur
Jumaat
18
Zul-Hijjah 1436
02 Okt
2015
No comments :
Post a Comment