Kota
Bharu – Wanita yang menjadi mangsa pukul, wanita yang cemburukan
beliau kononnya masih berhubung dengan teman lelaki beliau berjaya
ditemu bual.
“Saya
tak salah dalam hal itu, sebaliknya menjadi mangsa keadaan. Namun
mereka menyerang saya seperti samseng.
“Disebabkan
kejadian itu saya takut untuk keluar rumah dan trauma hingga kini,”
kata mangsa pukul beberapa wanita yang rakaman videonya menjadi viral
di laman sosial beberapa hari lalu.
Dalam
rakaman itu, mangsa dikenali sebagai Nila, 22, dibelasah teruk dan
dimalukan gara-gara salah faham serta didakwa menjalin hubungan sulit
dengan teman lelaki pelaku serta suami orang.
Kejadian
berlaku di Wakaf Mek Zainab, di sini, 15 Oktober lalu dan menyebabkan
tiga wanita berusia 20-an ditahan polis sehingga semalam bagi
membantu siasatan mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan.
Menurut
Nila, dia tiada upaya melawan kembali perbuatan wanita terbabit
kerana keseorangan, selain dikeliling ramai rakan wanita berkenaan.
Walaupun
teruk dibelasah, ibu anak satu itu bersyukur kerana tidak mengalami
kecederaan teruk, sebaliknya menerima rawatan pesakit luar di
Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II), di sini.
“Kes
dalam perhatian pihak berkuasa dan saya tidak mahu mengulas lanjut.
Saya menyerahkan sepenuhnya kepada polis untuk menyiasat dan
bersyukur mereka ditahan.
“Saya
berharap mendapat pembelaan sewajarnya kerana yakin tidak bersalah
dalam hal ini. Semua yang terjadi akibat rasa tidak puas hati dan
salah faham,” katanya.
Menceritakan
kejadian itu, Nila berkata, sebelum insiden, dia dipukul wanita sama
pada 13 Oktober kerana rasa tidak puas hati, namun tiada pihak
merakam kejadian itu.
“Kerana
masih tidak puas hati, dia mencari saya lagi ketika saya ke Wakaf Mek
Zainab untuk ke rumah rakan. Ketika itu saya menunggu di dalam kereta
dan secara tiba-tiba diheret keluar.
“Mereka
pukul saya dengan teruk dan merakam kejadian yang berlaku jam 7 pagi.
Saya tak tahu apa yang dia dendam sangat kerana tidak mempunyai
hubungan dengan teman lelakinya seperti didakwa.
“Saya
juga tidak tahu-menahu mengenai barang kemas yang didakwanya dalam
milikan saya. Dia sebenarnya mencari seorang rakan saya di Kuala
Terengganu kerana masalah antara mereka,” katanya, lapor Harian
Metro. Seterusnya
No comments :
Post a Comment