Megat Panjialam

. إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الَّذِينَ يُقَاتِلُونَ فِي سَبِيلِهِ صَفّاً كَأَنَّهُم بُنيَانٌ مَّرْصُوص 61.4. Sesungguhnya Allah menyukai orang yang berperang dijalan-Nya dalam barisan yang teratur seakan-akan mereka seperti suatu bangunan yang tersusun kokoh.

Wednesday, October 7, 2015

Lebuhraya EKVE sepanjang 24.16km , lebuhraya bertol bermula dari Bandar Sungai Long ke Ukay Perdana,



Sempena 1 tahun Azmin Ali menjadi menteri besar, beliau telah menghadiahkan rakyat selangor satu hadiah yang sangat berharga.




Lebuhraya EKVE sepanjang 24.16km , lebuhraya bertol bermula dari Bandar Sungai Long ke Ukay Perdana, membelah satu-satunya hutan simpan kawasan tadahan di Selangor, diluluskan oleh kerajaan negeri Selangor di bawah pimpinan beliau. 

Selain itu juga, lebuhraya ini dianugerahkan kepada syarikat kroni Umno-BN, AZRB, adakah Azmin bersekongkol dengan UMNO? Bagaimana dengan perjanjian konsensi tol tersebut? Berapa tahun? Berapakah bayaran tol yang dikenakan?

Terdapat lima persimpangan bertol iaitu di Ampang, Hulu Langat, Bandar Mahkota Cheras, Ukay Perdana dan Sungai Long, ini bertentangan dengan polisi Pakatan yang tercatit dalam buku jingga yang tidak menyokong tol.

Projek ini sudahpun bermula, apa lagi yang boleh rakyat lakukan? Dahulunya rakyat bergantung harap pada pakatan, nampaknya harapan itu cuma janji-janji kosong. Mereka membatalkan Kidex, tetapi meluluskan EKVE pada masa yang sama. Kesan EKVE lebih 10 kali teruknya dari KIDEX kerana lebuhraya ini merosakkan ekosistem dan hutan simpan yang berusia jutaan tahun!

Yang paling pelik, MP Pakatan yang paling banyak bising mengenai Kidex: Tony Pua dan Rafizi Ramli tidak langsung berbunyi pasal EKVE ini!


Jajaran terbaru dari website EKVE : http://www.ekve.com.my/map.html

alignment EKVE di google map : https://www.google.com/maps/d/viewer…

WWF Malaysia berang dengan kerajaan Selangor : http://www.wwf.org.my/…#

gambar azmin diambil dr FB beliau ketika main flying fox : https://www.facebook.com/MohamedAzminAli/photos/pcb.976882285709451/976882075709472/?type=3&theater

Apa kata anda?

Arafas Borjuis Kecil:
"Baru aku tau awat Klang Valley manyak sangat highway bertoll. Sebab pentadbiran negeri toya juga macam bn"

Azrul Azwar Ahmad Tajudin:
"EKVE is not a tolled expressway project mehh? Jadi apa beza EKVE dengan KIDEX? Para panglima "Say No To KIDEX" dah jadi tikus ker?"

Ronasina Fandi:
"Punai punai yang protes pembinaan lebuhraya KIDEX dulu mati pucuk hari ini bila diam dengan pembinaan lebuhraya EKVE. Jelaslah dalam politik bukan soal betul atau salah, tetapi kem mana yang buat..Kem lain buat itu salah, kem kita buat benda yang sama tak apa.
Punai punai yang pengecut dan diperbudakkan!"

Siti Kasim :
"dia orang politikus ni semuanya sama ajer... menyampah!!"

Lai Chee Seng:
"Pakatan got rid of Khalid so that they could do stuff like this?"

Asiah Abd Jalil :
"Dah macam taikkk dah bila tengok muka MB sekarang.

Hazlan Abd Hamil :
"Lepas siap lebuh raya ni.. hutan keliling confirm akan ditebang lagi utk bangunkan perumahan"

Siti El Houda :
"Hahahahaha..
2x5 je mana mana"

Dhani Ahmad :
"BN buat tol. PKR pun buat tol jugak.
PUNDAK!"

Eric Law:
"Siapa cakap Pakatan tak makan???"

Zodinho Pernambucano:
"Salah satu sbb knp aku nk Pas mnjadi pembangkang dkt slgr supaya benda2 mengarut mcm ni mndpt perhatian. Antara sbb knp kita x perlukan highway ekve ini:
1. Ada 5 biji tol.
2. Merosakkan satu2nya kaw tadahan hujan di lembah klang.
3. Apabila ekve siap, lbh bnyk kawa htn yg akn dikorbankan atas nama pembangunan sprt kaw perumahan baru, industrial dsb.
4. Banjir kilat di lembah klang akn mnjd lbh buruk. Mgkn kn buat next smart tunnel?"

Davis Tan:
" EKVE most serious issue is water catchment area will be damage 

1 comment :

Gabenor johor said...

zaman BN berTOL..zaman PR BAHLOL

DISCLAIMER

Blog ini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian blog ini. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Penulis tidak memaksa anda memasuki blog ini dan tidak akan bertanggungjawab jika ada yang tercedera atau tersinggung emosi, atau disaman jika melanggar akta mesin cetak dan lain-lain undang-undang yang berkaitan. Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.