Megat Panjialam

. إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الَّذِينَ يُقَاتِلُونَ فِي سَبِيلِهِ صَفّاً كَأَنَّهُم بُنيَانٌ مَّرْصُوص 61.4. Sesungguhnya Allah menyukai orang yang berperang dijalan-Nya dalam barisan yang teratur seakan-akan mereka seperti suatu bangunan yang tersusun kokoh.

Monday, October 5, 2015

Perarakan Hantu Lapar di Pulau Pinang Bakal Diharamkan DAP?

Kerajaan DAP Pulau Pinang dikritik ramai kerana dikatakan cuba mahu menidakkan penggunaan pembesar suara di luar Masjid dan Surau seluruh Pulau Pinang bagi azan dan iqamat. Dikatakan tindakan tersebut diambil setelah terdapat sepuluh aduan bahawa bunyi seruan azan dan iqamat telah menganggu ketenteraman awam penduduk setempat Pulau Pinang. 


Alasan yang sama juga dibuat apabila perarakan Maulidur Rasul dihentikan semenjak dua tahun lepas kononnya atas alasan pembaikkan.  Awal tahun pula perarakan Maulidur Rasul yang mahu berakhir di Masjid Negeri Pulau Pinang tidak mendapat kelulusan oleh kerajaan DAP Pulau Pinang.


Provokasi DAP Pulau Pinang terhadap budaya Melayu dan amalan Muslim di Pulau Pinang semakin menjadi-jadi. Presiden ISMA kelmarin bertanya sama ada perarakan Gospel juga akan dihentikan oleh kerjaan DAP Pulau Pinang atas alasan menganggu ketenteraman awam?


Oleh itu tidak keterlaluan juga untuk kita semua bertanya sama ada kerajaan DAP Pulau Pinang pimpinan Lim Guan Eng akan mula melarang perarakan Festival Hantu Lapar yang saban tahun menyusahkan orang ramai dengan kesesakan jalan sepanjang Penang Road sehingga lewat malam?


Apatah lagi bunyi bingit daripada lagu-lagu vernakular yang dibawa oleh kereta-kereta berhias yang bertumpu ditengah-tengah bandar Georgetown?

Hantu Lapar 'makan kereta' di PAP Singapura

Tentunya atas alasan mahu menjaga ketenteraman awam, kerajaan DAP Pulau Pinang harus berlaku adil dan saksama kepada semua kaum. Dan bukannya melayan satu kaum melebihi kaum yang lain. Konsep keadilan kerajaan DAP Pulau Pinang amat songsang sekali kalau amalan Melayu dan Islam saja yang terus-menerus mendapat kekangan daripada parti supremacis Cina tersebut! 

Info seterusnya  di SINI

No comments :

DISCLAIMER

Blog ini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian blog ini. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Penulis tidak memaksa anda memasuki blog ini dan tidak akan bertanggungjawab jika ada yang tercedera atau tersinggung emosi, atau disaman jika melanggar akta mesin cetak dan lain-lain undang-undang yang berkaitan. Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.