Megat Panjialam

. إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الَّذِينَ يُقَاتِلُونَ فِي سَبِيلِهِ صَفّاً كَأَنَّهُم بُنيَانٌ مَّرْصُوص 61.4. Sesungguhnya Allah menyukai orang yang berperang dijalan-Nya dalam barisan yang teratur seakan-akan mereka seperti suatu bangunan yang tersusun kokoh.

Friday, October 30, 2015

{ VIDEO } Nizar Mohon Maaf Sebab Fitnah Najib | BUKTI PEMBANGKANG KAKI FITNAH






Ipoh: Bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin dilepas dan dibebas oleh Mahkamah Sesyen di sini, hari ini selepas membuat permohonan maaf terbuka kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak kerana memfitnah beliau tiga tahun lalu.

Permohonan maaf itu dibuat Mohammad Nizar yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Changkat Jering di hadapan Hakim Ikmal Hishan Mohd Tajuddin.

Terdahulu Timbalan Pendakwa Raya, Yusaini Amer Abdul Karim memberitahu mahkamah, pihaknya ada menerima permohonan daripada Mohammad Nizar pada surat bertarikh 22 Oktoberlalu yang dihantar kepada Perdana Menteri memohon supaya kes itu dikompaun mengikut Seksyen 260 Kanun Prosedur Jenayah.

Mohammad Nizar dituduh memfitnah Najib dalam ucapannya kepada orang ramai di Taman Desa Pakatan di sini antara jam 9 malam dan 12 tengah malam pada 23 April 2012.

Apa yang menarik tentang pengakuan fitnah Nizar ini beliau dipuji melangit oleh puak pencacai hingga ada yang mengelar beliau berjiwa besar hanya kerana meminta maaf atas fitnah jahat beliau terhadap Ds Najib

sumber

1 comment :

Anonymous said...

Ni saki jiwa namanya...time buat fitnah x hingat.
Apa2pun Najibul boleh belah..!.

DISCLAIMER

Blog ini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian blog ini. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Penulis tidak memaksa anda memasuki blog ini dan tidak akan bertanggungjawab jika ada yang tercedera atau tersinggung emosi, atau disaman jika melanggar akta mesin cetak dan lain-lain undang-undang yang berkaitan. Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.